Friday, July 26, 2013

Rawatan stem sel, kos rawatan, hospital terlibat

Rawatan stem sel, kos rawatan stem sel, hospital terlibat
Saya ingin share pengalamn pemindahan dan rawatan stem sel dewasa dan stem sel darah tali pusat bagi penyakit talasemia, luekimia dan kos rawatan stem sel. Ini pengalaman oleh pihak bank stem sel malaysia. Di malaysia antara hospital yang menjalakan rawatan stem sel ialah Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Hospital Besar Kuala Lumpur serta beberapa Hospital Swasta. Hospital Universiti Malaya, 

Bolehkah Rawatan Sel Stem untuk Penyakit Talasemia didapati di Malaysia? Berapakah Kos Rawatanya?

Jawapan Profesor Doktor Aw Tar Choon , Sudah ada di Malaysia..........kos rawatan ialah RM60,000+

Kali ini Saya ingin menterjemahkan jawapan kepada soalan pembaca blog ini, daripada Profesor Doktor Aw Tar Choon, Profesor dan Doktor Pakar dalam bidang Perubatan Dalaman serta Pakar Patologi.


1. Transplantasi atau Rawatan mengunakan Sel Stem sum-sum tulang untuk penyakit Talasemia major telah dilakukan untuk kali pertama di dunia pada tahun 1981.

2. Kali Pertama Rawatan mengunakan Sel Stem sum-sum tulang di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Malaysia, adalah pada tahun 1987.

3. Kali Pertama Rawatan mengunakan Sel Stem Darah Tali Pusat di Thailand adalah pada tahun 1995.

4. Kali Pertama Rawatan mengunakan Sel Stem Darah Tali Pusat di Malaysia adalah pada tahun 1997.

5. Kini Rawatan ini boleh dilakukan di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Hospital Besar Kuala Lumpur serta beberapa Hospital Swasta.

6. Empat (4) pelanggan StemLife Berhad telah berjaya mengunakkan Darah Tali Pusat dan lebih Seratus Lima Puloh (150+) pelanggan Dewasa kami telah mengunakkan Sel Stem Dewasa mereka.

7. Antara empat (4) pelanggan itu, dua (2) adalah untuk penyakit Lukemia dan dua (2) lagi untuk penyakit Talasemia. Rawatan Lukemia pertama pelanggan StemLife telah dilakukan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada tahun 2004 dan yang kedua pada tahun 2007 di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Rawatan Talasemia pelanggan StemLife adalah pada tahun 2005 dan 2008 di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

8. Sepertimana dilapurkan dalam akhbar-akhbar tempatan bagi kes-kes yang tertentu, anggaran Kos untuk pesakit bayaran penuh di Pusat Perubatan Universiti Malaya adalah RM60,000 dan di Hospital Swasta pula kosnya telah dilapurkan sekitar RM200,000.

No comments:

Post a Comment