Friday, July 19, 2013

Apakah Teori Pembaharuan Sel Stem Dewasa

Apakah Teori Pembaharuan Sel Stem Dewasa
Apakah Teori Pembaharuan Sel Stem Dewasa. Teori ini mencadangkan bahawa sel stem dewasa dirembeskan secara semula jadi oleh sum-sum tulang dan diangkut melalui saluran darah hingga memasuki tisu-tisu bagi merangsang proses pembaharuan semula tisu secara semula jadi oleh tubuh.


Berapa kerapkah tisu diperbaharui?

Sel-sel tubuh sentiasa ditukar ganti, bermaksud sel-sel akan mati dan digantikan dengan sel-sel yang baru bagi menjana pembaharuan tisu. Sebagai contoh: Pembaharuan sepenuhnya tisu-tisu anda berlaku mengikut tempoh masa yang tertentu:

  • Lapisan usus – setiap 5 hari
  • Sel darah merah – setiap 90 hari
  • Sel darah merah - setiap 90 hari
  • Hati – setiap 3 tahun
  • Paru-paru – setiap 4-5 tahun
  • Jantung – setiap 20-25 tahun
Bagaimanakah mekanisme tindakan sel stem dewasa dalam proses pembaharuan tisu tersebut?

Apabila tisu perlu diperbaharui, sel-sel stem dewasa akan bertindak melalui cara berikut:

  1. Bahan kimia dirembeskan oleh tisu-tisu yang memerlukan khasiat sel stem dari sum-sum tulang.
  2. Sel-sel stem dewasa dibebaskan ke dalam saluran darah.
  3. Rembesan bahan-bahan kimia yang lain akan menarik sel-sel stem dewasa memasuki tisu di mana sel-sel stem dewasa ini akan membahagi dan menjadi sel-sel yang sihat untuk tisu atau organ tersebut.

No comments:

Post a Comment