Thursday, July 18, 2013

Fakta dan FAQ Stemtech AFA Extract

FAQ Stemtech AFA Extract
Maklumat Stemtech AFA Extract, SOALAN mengenai stemtech, dan perbagai fakta mengenai stemtech AFA Extract. sila baca selanjutnya

1. Apakah sel stem?

Sel stem ialah sel yang berupaya menduplikasi dirinya berulang kali dan seterusnya berubah menjadi apa-apa sel sahaja di dalam tubuh. Terdapat dua kategori sel stem: embrionik dan dewasa.

2. Apakah perbezaan di antara sel-sel stem embrionik dan dewasa?

Sel stem embrionik ialah sel-sel stem yang terdapat di dalam embrio dan berperanan menjadi bahagian-bahagian sel yang berlainan untuk perkembangan seseorang bayi yang sempurna. Sel stem dewasa ialah sel-sel stem yang dijumpai di dalam tubuh selepas proses kelahiran. Sebelum ini, sel stem dewasa dipercayai hanya berkeupayaan untuk berubah menjadi sel-sel darah, tulang dan tisu penghubung. Walau bagaimanapun, teknologi penyelidikan terkini telah membuktikan bahawa sel-sel stem dewasa boleh menjadi apa-apa sel sahaja di dalam tubuh.


 
3. Kenapa media masa lebih banyak membuat sorotan mengenai sel stem embrionik berbanding sel stem dewasa?

Berbeza dengan sel stem dewasa, penggunaan sel-sel stem embrionik telah mencetuskan pelbagai kontroversi. Daripada aspek penyelidikan, sel stem embrionik pada mulanya dianggap lebih berguna kerana ia mudah dibiak di luar tubuh dan dimanipulasi menjadi sel-sel lain di dalam tabung uji.

4. Bolehkah sel stem dewasa berubah menjadi sebarang jenis sel dalam tubuh?

Ya, kajian saintifik terbaru menunjukkan bahawa sel stem dewasa boleh berubah menjadi hampir apa jua sel di dalam tubuh seperti sel otak, buah pinggang, jantung, otot dan sebagainya.

5. Adakah produk Stemtech mengandungi sel-sel stem?

Produk kami tidak mengandungi sebarang jenis sel stem dan tidak dikaitkan dengan sel stem embrionik mahu pun rawatan melibatkan apa-apa jenis sel stem.
6. Bagaimanakah produk Stemtech bertindak di dalam tubuh?

Produk Stemtech merangsang pengeluaran semula jadi dan aktiviti sel stem dewasa di dalam tubuh.
7. Apakah peranan yang dimainkan oleh sel stem dewasa di dalam tubuh?

Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat menyatakan bahawa peranan utama sel stem dewasa di dalam tubuh adalah untuk mengekalkan kelancaran fungsi serta membaik pulih tisu.
8. Apakah Teori Pembaharuan Sel Stem Dewasa?

Teori ini mencadangkan bahawa sel stem dewasa dirembeskan secara semula jadi oleh sum-sum tulang dan diangkut melalui saluran darah hingga memasuki tisu-tisu bagi merangsang proses pembaharuan semula tisu secara semula jadi oleh tubuh.
9. Berapa kerapkah tisu diperbaharui?

Sel-sel tubuh sentiasa ditukar ganti, bermaksud sel-sel akan mati dan digantikan dengan sel-sel yang baru bagi menjana pembaharuan tisu. Sebagai contoh: Pembaharuan sepenuhnya tisu-tisu anda berlaku mengikut tempoh masa yang tertentu:
Lapisan usus – setiap 5 hari
Sel darah merah – setiap 90 hari
Sel darah merah - setiap 90 hari
Hati – setiap 3 tahun
Paru-paru – setiap 4-5 tahun
Jantung – setiap 20-25 tahun

 
10. Bagaimanakah mekanisme tindakan sel stem dewasa dalam proses pembaharuan tisu tersebut?

Apabila tisu perlu diperbaharui, sel-sel stem dewasa akan bertindak melalui cara berikut:
  1. Bahan kimia dirembeskan oleh tisu-tisu yang memerlukan khasiat sel stem dari sum-sum tulang.
  2. Sel-sel stem dewasa dibebaskan ke dalam saluran darah.
  3. Rembesan bahan-bahan kimia yang lain akan menarik sel-sel stem dewasa memasuki tisu di mana sel-sel stem dewasa ini akan membahagi dan menjadi sel-sel yang sihat untuk tisu atau organ tersebut.

11. Apakah manfaat Stemtech AFA Extract® terhadap kesihatan?

Stemtech AFA Extract merangsang pengeluaran sel-sel stem dewasa anda secara semula jadi dari sum-sum tulang ke dalam sistem peredaran darah. Menurut pelbagai kajian, tahap sel stem dewasa yang lebih tinggi dalam tubuh adalah bersamaan dengan kesihatan keseluruhan yang lebih baik.
12. Apakah ramuan Stemtech AFA Extract dan bagaimanakah ia berbeza dengan Aphanizomenon flos-aquae?

Stemtech AFA Extract ialah rumusan serba semula jadi dan berpaten daripada pati proprietari penuh khasiat Aphanizomenon flos-aquae (AFA). Komponen Mobilin yang terkandung di dalam produk ini padat dengan sejenis molekul semula jadi yang telah didokumenkan berkesan bagi merangsang pengeluaran sel stem dewasa. Walau bagaimanapun, Alga AFA yang asli tidak mengandungi pati komponen ini.

Stemtech AFA Extract dirumus dan dikembangkan khusus bagi merangsang fisiologi sel stem dewasa. Selain itu, ia juga dipenuhi pelbagai nutrien semula jadi termasuklah phenylethylamine (PEA), phycocyanin, asid-asid lemak poli tak tepu, klorofil dan lain-lain bagi memantapkan kelancaran fungsi seluruh tubuh.
13. Apakah manfaat utama Mobilin?

Mobilin mengandungi sejenis molekul yang dikenali sebagai L-selectin ligand yang telah terbukti berkesan dalam satu kajian saintifik (lihat soalan 19) bagi merangsang pengeluaran sel-sel stem dewasa dari sum-sum tulang.
14. Apakah manfaat-manfaat utama Phenylethylamine (PEA) dan Phycocyanin?

Phenylethylamine (PEA), sejenis nutrien yang wujud secara semula jadi dalam sesetengah makanan seperti AFA, kerap dirujuk sebagai "molekul ceria.” Phycocyanin pula ialah sejenis antioksidan. PEA telah didokumenkan berkesan bagi merangsang mood atau keadaan emosi yang sihat. Ia adalah sebatian semula jadi yang dihasilkan oleh otak apabila seseorang berasa puas hati dan gembira. Manfaat utama Phycocyanin adalah untuk menyeimbangkan tindak balas semula jadi tubuh terhadap proses keradangan.
15. Adakah Stemtech AFA Extract diiktiraf Vegetarian? Kosher? Halal? Organik?

Stemtech AFA Extract ialah produk vegetarian/vegan yang tidak mengandungi gula, pewarna tiruan, perisa tiruan, soya, tenusu, yis atau pengawet. Ia diiktiraf Kosher dan Halal – sila klik pautan ini untuk melihat sijil-sijil pengiktirafan. Pati Stemtech AFA Extract disahkan organik dan dihasilkan oleh sebuah kilang organik yang diiktiraf.
16. Adakah Stemtech AFA Extract diubah secara genetik?

Tidak, Stemtech AFA Extract tidak melalui sebarang pengubahsuaian genetik.
17. Adakah Aphanizomenon flos-aquae (AFA) yang dirumus di dalam Stemtech AFA Extract diperoleh dari ladang atau tumbuh liar?

AFA yang digunakan untuk menghasilkan Stemtech AFA Extract tumbuh liar di dalam persekitaran semula jadi.
18. Apakah syor pengambilan Stemtech AFA Extract?

Dua biji kapsul Stemtech AFA Extract disyorkan untuk diambil sekali atau dua kali sehari.
19. Apakah cara terbaik untuk mengambil Stemtech AFA Extract?

Stemtech AFA Extract boleh diambil pada bila-bila masa sahaja, sama ada bersama makanan atau dengan perut kosong.
20. Apakah bukti sains yang menyokong keberkesanan Stemtech AFA Extract?
Menurut satu kajian silang rabun dwi-pihak (double-blind study) dengan kawalan plasebo yang diterbitkan di dalam sebuah jurnal tersohor, Cardiovascular Revascularization Medicine edisi September 2007, pengambilan satu gram (dua kapsul) Stemtech AFA Extract terbukti berupaya merangsang pembebasan semula jadi sel-sel stem dewasa, dan meningkatkan bilangan sehingga hampir tiga juta sel stem dewasa di dalam sistem peredaran tubuh.
21. Adakah Stemtech AFA Extract akan mengurangkan tahap sel stem dewasa di dalam sum-sum tulang saya?

Stemtech AFA Extract tidak akan menjejaskan tahap sel stem dewasa di dalam sum-sum tulang anda. Sum-sum tulang akan terus menghasilkan dan membebaskan sel-sel stem dewasa ke dalam saluran darah di sepanjang hayat anda. Di dalam sum-sum tulang, sel-sel stem dewasa membiak melalui suatu mekanisme penjanaan diri yang dikenali sebagai pembiakan asimetri. Melalui proses ini, setiap kali sel stem dewasa dibebaskan, ia akan meninggalkan sel ‘kembar’ di dalam sum-sum tulang bagi mengekalkan populasi sel stem dewasa di dalam sum-sum tulang.

Peningkatan bilangan sel stem di dalam sistem peredaran, iaitu anggaran purata 3 juta sel susulan pengambilan satu gram (2 kapsul) Stemtech AFA Extract, adalah di dalam julat fisiologi yang normal dan tidak membebankan sum-sum tulang sama sekali.
22. Apakah yang akan terjadi kepada sel stem dewasa di dalam sistem peredaran sekiranya ia tidak sampai kepada tisu-tisu yang memerlukannya?

Sel-sel stem dewasa yang tidak digunakan untuk memperbaharui tisu akan dikembalikan ke sum-sum tulang.
23. Adakah Stemtech AFA Extract mengandungi iodin?

Berbanding sesetengah rumpai dari lautan, Aphanizomenon flos-aquae (AFA) yang digunakan untuk menghasilkan Stemtech AFA Extract sebenarnya adalah spesis alga air tawar dengan kandungan iodin yang sangat rendah - hanya 0.39 mcg setiap gram. Syor Pengambilan Harian iodin ialah 150 mcg. Untuk rujukan, sekeping roti mengandungi hampir 6 mcg iodin; sebiji telur bersaiz sederhana mengandungi 14 mcg; dan satu gram Kelp (sejenis rumpai laut) mengandungi sekurang-kurangnya 5000 mcg.
24. Bolehkah sel stem dewasa mencetuskan sel-sel tak normal seperti kanser?

Berbanding sel stem embrionik, sel-sel stem dewasa yang dibebaskan dari sum-sum tulang didapati tidak pernah mengakibatkan sebarang pertumbuhan sel tak normal. Satu hasil kajian berasaskan Stemtech AFA Extract telah diterbitkan dalam jurnal saintifik Anticancer Research edisi Januari 2009 yang boleh memberi maklumat lanjut mengenai topik ini. Lawati: http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19331184
25. Adakah Stemtech AFA Extract diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat?

Stemtech AFA Extract dikategorikan sebagai suplemen pemakanan dan bukannya ubat-ubatan. Ia tidak bertujuan untuk digunakan bagi merawat, menyembuh atau mencegah sebarang masalah kesihatan atau penyakit. Oleh yang demikian, ia belum lagi dinilai oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, FDA tetap bertanggung jawab bagi memantau pelabelan dan aspek keselamatan suplemen pemakanan seperti Stemtech AFA Extract. Stemtech AFA Extract dihasilkan di kilang berlesen yang diiktiraf FDA serta sentiasa mematuhi Amalan Perkilangan Baik.
26. Mengapakah terdapat kenyataan berikut pada label Stemtech AFA Extract: “dapatkan nasihat doktor anda sekiranya anda hamil atau menyusu”? Apakah yang akan berlaku sekiranya saya hamil ketika sedang mengambil Stemtech AFA Extract?

Kebanyakan produk disertai label sebegini sebagai langkah berjaga-jaga dan bukannya disebabkan oleh sebarang risiko kehamilan yang diketahui. Sehingga kini, tiada bukti yang menunjukkan bahawa pengambilan Stemtech AFA Extract semasa hamil boleh menimbulkan risiko kesihatan.

27. Bolehkah Stemtech AFA Extract diambil bersama nutrien lain?

Ya. Tiada sebarang interaksi sesama nutrien yang diketahui akibat pengambilan Stemtech AFA Extract.
28. Bolehkah Stemtech AFA Extract diambil bersama produk sel stem dewasa Stemtech yang lain?

Ya, produk Stemtech dirumus khusus bagi menyokong fungsi sel stem dewasa secara menyeluruh.
Stemtech AFA Extract – menyokong pembebasan sel-sel stem dewasa dari sum-sum tulang.
StemFlo® – melancarkan pengaliran sel-sel stem dewasa, nutrien dan oksigen di dalam sistem peredaran darah.
ST-5 dengan MigraStem – menyokong keupayaan sel-sel stem dewasa untuk memasuki (bermigrasi ke dalam) tisu-tisu.

 
29. Mengapakah label produk menyatakan bahawa orang-orang yang mengambil antikoagulan perlu mendapat nasihat doktor sebelum mengambil Stemtech AFA Extract, dan apakah maklumat yang dikehendaki oleh doktor mereka?

Kenyataan pada label ini adalah berkaitan sejenis ubat antikoagulan yang dipanggil Coumadin atau warfarin. Pesakit yang mengambil warfarin lazimnya dinasihatkan oleh doktor mereka supaya berhati-hati dengan tahap vitamin K di dalam diet mereka. Seperti kebanyakan makanan hijau, Stemtech AFA Extract mengandungi vitamin K yang wujud secara semula jadi.

Syor Pengambilan Harian (RDA) Amerika Syarikat untuk vitamin K ialah 80 mcg. Dua kapsul Stemtech AFA Extract mengandungi lebih kurang 40 mcg vitamin K. Untuk rujukan, separuh cawan brokoli mentah yang dipotong mengandungi hampir 100 mcg vitamin K manakala separuh cawan bayam rebus pula mengandungi 540 mcg vitamin K.

30. Bolehkah Stemtech AFA Extract diambil bersama ubat-ubatan?

Bagi ubat-ubat selain antikoagulan (lihat soalan 29 untuk maklumat mengenai ubat-ubat antikoagulan), tidak wujud sebarang kontraindikasi yang dikaitkan dengan pengambilan Stemtech AFA Extract. Walau bagaimanapun, terdapat suatu teori yang mengetengahkan kemungkinan berlaku interaksi dengan ubat-ubat antidepresan.

Seperti makanan asli yang lain seperti coklat, Stemtech AFA Extract juga mengandungi sejenis nutrien semula jadi iaitu phenylethylamine (PEA). PEA juga boleh dihasilkan oleh otak setiap kali seseorang berasa puas hati dan gembira; ia dikenali sebagai “molekul cinta”. Pengambilan PEA telah didokumenkan berkesan untuk meningkatkan mood dan emosi. Interaksi dengan ubat-ubatan antidepresan belum pernah dilaporkan, namun ia adalah pandangan teori dan pengguna seharusnya mendapat nasihat doktor mereka terlebih dahulu.
31. Bolehkah seseorang yang mengidap masalah kesihatan dan kini sedang mendapat rawatan doktor mula mengambil Stemtech AFA Extract?

Disebabkan kandungan nutrien semula jadi PEA (phenylethylamine) di dalam Stemtech AFA Extract, terdapat kemungkinan bahawa ia mungkin memberi tindak balas negatif terhadap pesakit mania atau gangguan bipolar, walaupun ianya tidak berdasarkan sebarang bukti yang kukuh (lihat soalan 30 mengenai manfaat PEA).

Selain itu, wujud juga kemungkinan kontraindikasi Stemtech AFA Extract terhadap mereka yang mengidap penyakit sum-sum tulang, walaupun teori ini tidak berdasarkan sebarang bukti yang kukuh. Namun begitu, orang-orang yang mengalami masalah-masalah kesihatan ini disyorkan untuk mendapat nasihat doktor mereka terlebih dahulu sebelum mengambil Stemtech AFA Extract.

Seperti juga suplemen pemakanan yang lain, anda disyorkan untuk mendapat nasihat doktor anda sebelum mengambil Stemtech AFA Extract sekiranya anda sedang menjalani rawatan doktor atau mengambil sebarang ubat. Kami mengesyorkan agar anda memastikan maklumat seperti Soalan-Soalan Lazim ini sentiasa tersedia untuk doktor atau petugas kesihatan anda, supaya mereka boleh membuat keputusan yang sewajarnya. Sehingga kini, tiada risiko yang diketahui akibat pengambilan Stemtech AFA Extract.
32. Bolehkah sesiapa sahaja mengambil Stemtech AFA Extract, tanpa mengira usia?

Ya, hanya patuhi arahan pada label dan lakukan di bawah penyeliaan orang dewasa.
33. Adakah Stemtech AFA Extract menggunakan kapsul sayur-sayuran?

Ya. Khasiat Stemtech AFA Extract terkandung di dalam kapsul sayur-sayuran yang lazim digunakan dalam industri suplemen pemakanan. Ia tidak mengandungi gelatin atau sebarang jenis bahan sampingan haiwan. Ia diperbuat kebanyakannya daripada selulosa, sejenis serat polisakarida yang wujud secara semula jadi dalam sayur-sayuran.
34. Adakah prosedur sinar-X yang dilaksanakan oleh beberapa khidmat penghantaran menjejaskan produk Stemtech?

Menurut dapatan kami yang terkini, produk Stemtech tidak terjejas sama sekali oleh radiasi sinar-X yang digunakan bagi tujuan keselamatan oleh khidmat penghantaran terhadap bungkusan-bungkusan.
35. Adakah Stemtech AFA Extract dilindungi paten?

Ya, Stemtech AFA Extract memiliki dua paten. Paten Penggunaan merangkumi penggunaan Aphanizomenon flos-aquae (AFA) bagi menyokong fisiologi sel stem dewasa. Paten kedua ialah Paten Komposisi yang telah difailkan di seluruh dunia. Ia merangkumi komponen spesifik dalam AFA yang berperanan merangsang fungsi sel-sel stem dewasa.
36. Mengapa warna dan bau Stemtech AFA Extract berubah-ubah? Kadang kala ia kelihatan lebih gelap, dan baunya juga berlainan?

Stemtech AFA Extract ialah produk semula jadi, dan seperti alam semula jadi, warna dan bau biasanya tidak konsisten. Bergantung kepada keadaan cuaca dan waktu pertumbuhan serta penuaian alga, warna pati Stemtech AFA Extract berpaten boleh berubah dari hijau gelap ke hijau sederhana dan adakalanya agak keperang-perangan. Baunya juga sering berubah. Walaupun warna dan bau produk ini mungkin berubah, nutrien penting yang menyokong fisiologi sel stem dewasa tetap sama dan tidak terjejas sama sekali.
37. Mengapa Stemtech memilih pemasaran rangkaian sebagai saluran pengedarannya?

Teori Pembaharuan Sel Stem Dewasa melambangkan paradigma baru dalam konsep kesihatan dan kesejahteraan. Produk Stemtech menjadi pelopor kategori baru suplemen pemakanan yang dikenali sebagai nutrisi sel stem dewasa. Oleh yang demikian, suatu proses pembelajaran yang menyeluruh adalah penting untuk membantu pelanggan memahami manfaat teknologi baru ini.

Pemasaran berangkai yang melibatkan jalinan hubungan nyata memiliki lebih banyak kelebihan berbanding pasaran jualan runcit konvensional kerana ia menawarkan kaedah yang lebih berkesan untuk menjana kesedaran mengenai nutrisi sel stem dewasa dan mendidik orang ramai mengenai paradigma "Teori Pembaharuan Sel Stem". Selain itu, pemasaran berangkai meningkatkan kepuasan pelanggan dan usahawan dengan mewujudkan peluang untuk mengembangkan perniagaan di rumah, menjana pendapatan tambahan dan seterusnya memiliki bisnes milik sendiri.


Respons kepada Mr. Stephen Barrett dari MLM Watch.org
dan National Council Against Health Fraud


Baru-baru ini, orang ramai yang melayari internet untuk memperoleh maklumat mengenai "perangsang sel stem dewasa" terperanjat apabila membaca artikel oleh Stephen Barrett yang menimbulkan keraguan mengenai Stemtech AFA Extract dan agen-agen perangsang sel stem yang lain. Kami ingin mengambil peluang ini untuk memberi anda maklumat yang lebih terperinci dan lebih tepat mengenai Stemtech AFA Extract.

Barrett memulakan artikelnya dengan memberi latar belakang yang agak baik mengenai Stemtech AFA Extract dan Stemtech HealthSciences (STHS). Walau bagaimanapun, dia telah membuat andaian yang tidak tepat mengenai STHS dan Cell Tech. STHS mahupun Desert Lake Technologies TIDAK PERNAH dikenakan sebarang tindakan saman berkaitan apa-apa dakwaan palsu. Segala usaha yang dilakukan oleh STHS dan DLT adalah berasaskan sains, ia sama sekali tiada hubungan dengan Cell Tech, dan semua dakwaan kami disokong sepenuhnya oleh fakta-fakta sains yang telah diiktiraf.

Barrett juga mendakwa bahawa produk alga biru-hijau mungkin mengandungi toksin berbahaya. (Lihat laporan di bawah mengenai microcystin dan keracunan saraf). Sesungguhnya ia adalah satu alasan yang tidak munasabah untuk mengetengahkan dakwaan tersebut kerana pada ketika ini, iaitu setelah hampir satu dekad berlalu, industri ini telah berjaya mengembangkan dan melaksanakan pelbagai program kawalan kualiti yang ketat. Dalam senario di mana jangkitan daging oleh E.coli masih menyumbang kepada 20,000 kes keracunan dan hampir 500 kematian setiap tahun; di mana aflatoksin yang terkandung dalam jagung, kacang, produk tenusu, rempah dan bahan-bahan makanan lain masih bertanggung jawab terhadap beberapa kematian; dan di mana toksin kerang-kerangan masih mengakibatkan berlakunya kematian setiap tahun, alga biru-hijau sebaliknya tidak pernah dikaitkan dengan sebarang kesan yang memudaratkan. Seperti juga produk makanan yang lain, sekiranya bahan-bahan cemar seperti logam berat, racun makhluk perosak dan toksin kerang-kerangan wujud dalam kuantiti di bawah tahap yang diiktiraf selamat, maka produk tersebut adalah dianggap selamat untuk diambil. Kenyataan yang dikeluarkan bahawa alga biru-hijau adalah berbahaya boleh diumpamakan seperti tanggapan bahawa memakan koktel udang atau hamburger di restoran kegemaran anda juga adalah berbahaya. Kenyataan sebegitu mencerminkan latar belakang dan pengetahuan saintifik yang cetek atau niat jahat untuk memesongkan keyakinan pengguna.

Barret mengesyorkan bahawa sebelum mengambil apa-apa produk, anda hendaklah mengetahui sama ada ia terbukti selamat dan berkesan untuk tujuan yang dinyatakan, dan untuk Stemtech AFA Extract, soalan-soalan berikut perlu dijawab dengan sebaiknya.

Soalan-Soalan Lazim
    Soalan-Soalan Lazim
    1. Apakah bukti yang menunjukkan bahawa pengambilan Stemtech AFA Extract mampu meningkatkan kesihatan individu?
    2. Adakah terdapat sebarang ujian yang menunjukkan peningkatan kesihatan di kalangan pengguna?
    3. Apakah bukti yang menunjukkan bahawa Stemtech AFA Extract adalah selamat untuk penggunaan jangka panjang?
    4. Bagaimanakah caranya untuk meyakinkan pengguna bahawa penggunaan jangka panjang tidak akan mengakibatkan pertumbuhan tisu yang tidak normal?
    5. Siapakah yang dinasihatkan untuk mengambil produk ini?
    6. Siapakah yang tidak disyorkan untuk mengambilnya?
      1. Apakah bukti yang menunjukkan bahawa pengambilan Stemtech AFA Extract mampu meningkatkan kesihatan individu?

      Pelbagai kajian yang dijalankan oleh beberapa pasukan penyelidik di seluruh dunia, termasuk di Institut Kesihatan Nasional, telah membuktikan dengan jelas bahawa semakin banyak sel stem dewasa yang dibebaskan ke dalam sistem peredaran, maka semakin tinggi keupayaan tubuh untuk mengekalkan kesihatan yang optimum. Suatu laporan yang diterbitkan di dalam New England Journal of Medicine[2] baru-baru ini menerangkan bahawa tahap sel stem dewasa dalam darah adalah salah satu petunjuk terbaik untuk kesihatan kardiovaskular. Peningkatan bilangan sel stem dewasa dalam darah telah terbukti berkesan untuk meningkatkan kesihatan dalam pelbagai aspek. [3-6] Stemtech AFA Extract merangsang pembebasan semula jadi sel stem dewasa dari sum-sum tulang di samping meningkatkan bilangan sel stem dewasa dalam peredaran, seterusnya membantu tubuh mengekalkan kesihatan yang optimum.

      Sebagaimana yang harus diketahui oleh Mr. Barrett, berbekalkan dakwaannya bahawa dia memiliki pengalaman yang luas dengan pihak FDA, kita tidak boleh membuat sebarang dakwaan kesihatan berkaitan Stemtech AFA Extract kerana ia dikategorikan sebagai suplemen pemakanan dan bukannya ubat. Dakwaan keberkesanan produk kami adalah terhad kepada dakwaan struktur dan fungsi, yang kami telah selidik dan dokumenkan dengan kukuh. Stemtech AFA Extract menyokong pembebasan semula jadi sel stem dewasa dari sum-sum tulang bagi membantu tubuh mengekalkan kesihatan yang optimum. Kami mengalu-alukan peluang untuk menerbitkan testimoni pengguna kami, namun ianya mungkin akan dianggap sebagai dakwaan kesihatan mengikut gambaran individu semata-mata. Walau bagaimanapun, kajian klinikal kini sedang giat dijalankan melibatkan organ-organ dan sistem tubuh yang tertentu bagi mendokumenkan mekanisme fisiologi sel stem dengan lebih jelas dan lebih terperinci. Laporan klinikal akan diterbitkan apabila penyelidikan ini siap dilaksanakan tidak lama lagi.

      2. Adakah terdapat sebarang ujian yang menunjukkan peningkatan kesihatan di kalangan pengguna?

      Pelbagai laporan empirikal dan testimoni telah mengesahkan manfaat-manfaat kesihatan yang mengagumkan hasil pengambilan Stemtech AFA Extract. Sehingga kini, banyak syarikat yang telah diarah tutup oleh pihak FDA disebabkan dakwaan kesihatan yang dikaitkan dengan laporan rawatan pelbagai penyakit. Kami berhasrat untuk mengekalkan dakwaan kami mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Dietary Supplement Health and Education Act, dan membiarkan Stemtech AFA Extract membuktikan keupayaannya sendiri. Kami tidak teragak-agak untuk membekalkan beberapa botol Stemtech AFA Extract kepada Mr. Barrett supaya dia boleh merasai sendiri manfaat produk ini terhadap kesihatannya.

      3. Apakah bukti yang menunjukkan bahawa Stemtech AFA Extract adalah selamat untuk penggunaan jangka panjang?

      AFA, bahan mentah yang merupakan kandungan utama Stemtech AFA Extract, telah berada di pasaran lebih daripada dua dekad dengan rekod keselamatan yang amat baik. Suatu kajian terhadap tikus makmal menunjukkan bahawa pengambilan yang bersamaan dengan 2,000 kapsul AFA sehari tidak akan menimbulkan sebarang kemudaratan terhadap kesihatan. Malah, penulis juga mendakwa bahawa tikus yang menerima dos AFA yang tertinggi adalah lebih sihat dan menjadi kurang agresif. Stemtech AFA Extract ialah pati AFA dan ia adalah selamat untuk diambil seperti AFA asli. Ia boleh diumpamakan seperti pati echinacea atau biji anggur atau ginkgo atau jus rumput gandum yang juga seselamat tumbuhan asal masing-masing. Hubungan di antara Stemtech AFA Extract kepada AFA asli adalah seperti jus lobak merah kepada lobak merah asli.

      Soalan ini juga mungkin merujuk kepada soal keselamatan disebabkan peningkatan bilangan sel stem dewasa dalam sistem peredaran setiap hari. Nyata dalam aspek ini, keselamatan tidak diabaikan sama sekali. Julat normal untuk bilangan sel stem dalam peredaran ialah 1.2 dan 5.0 sel stem dewasa bagi setiap L darah. Peningkatan sebanyak 3-4 juta sel stem dewasa dalam peredaran bermaksud peningkatan sebanyak 1.5 sel bagi setiap L, yang masih merangkumi julat fisiologi yang normal. Dari sudut pandangan yang berbeza, Krause et al. [7] melaporkan bahawa satu sel stem dewasa sahaja sudah cukup untuk menjana keseluruhan sistem hematopoietik (sel darah merah) dan sistem imun. Sekiranya hanya satu sel stem dewasa boleh berbuat begini, maka baki berjuta-juta sel stem dewasa dalam sum-sum tulang yang akan dibebaskan oleh Stemtech AFA Extract pasti berupaya mengekalkan sum-sum tulang yang sihat dan kuat.

      4. Bagaimanakah caranya untuk meyakinkan pengguna bahawa penggunaan jangka panjang tidak akan mengakibatkan pertumbuhan tisu yang tidak normal?

      Pembebasan sel stem dewasa dari sum-sum tulang dan migrasinya ke dalam tisu merupakan proses semula jadi yang berlaku setiap hari. Stemtech AFA Extract hanya menyokong proses semula jadi ini di samping menyeimbangkan kelancaran fungsi bagi menjana kesihatan yang optimum. Stemtech AFA Extract tidak memperkenalkan sebarang aktiviti luar biasa, ia hanya menyokong apa yang lazim dilakukan oleh tubuh setiap hari. Sehingga kini, tidak ada bukti yang menunjukkan berlakunya kanser atau masalah-masalah berkaitan pembebasan semula jadi sel stem dewasa dari sum-sum tulang tubuh. Pertumbuhan sel tidak normal hanya dilihat apabila saintis memanipulasi sel stem dewasa dalam tiub ujikaji makmal.

      5. Siapakah yang dinasihatkan untuk mengambil produk ini?

      Stemtech AFA Extract menyokong pembebasan semula jadi sel stem dewasa dari sum-sum tulang, yang seterusnya akan diangkut ke seluruh tubuh bagi mengekalkan kesihatan pelbagai organ dan tisu. Stemtech AFA Extract ialah agen sokongan harian yang menyeluruh bagi mengekalkan kesihatan yang optimum. Ia sesuai diambil oleh sesiapa sahaja yang ingin memberi tubuh mereka rangsangan harian tambahan bagi memperbaharui sel sel di seluruh tubuh. Ia juga dirumus khusus bagi mereka yang berhasrat untuk menyokong sistem pembaharuan semula jadi tubuh.

      6. Siapakah yang tidak disyorkan untuk mengambilnya?

      Stemtech AFA Extract mengandungi tahap vitamin K semula jadi yang tinggi. Oleh yang demikian, mereka yang sedang menjalani rawatan dengan ubat-ubat antikoagulan perlu mendapat nasihat doktor terlebih dahulu bagi melaraskan semula dos ubat masing-masing, sekiranya perlu. Stemtech AFA Extract juga dikontraindikasi untuk sesiapa sahaja yang mengalami penyakit sum-sum tulang, walaupun ini hanyalah berdasarkan spekulasi semata-mata dan tidak berasaskan sebarang bukti yang kukuh.

      AFA mengandungi phenylethylamine (PEA), juga dikenali sebagai "molekul cinta" atau "molekul ceria". PEA ialah bahan semula jadi yang dihasilkan oleh otak setiap kali seseorang berasa puas hati dan gembira. Kekurangan PEA telah dikaitkan dengan masalah tumpuan dan mood, dan pengambilan PEA oral nyata terbukti mampu menangani masalah-masalah ini. Stemtech AFA Extract mengandungi pati PEA sebanyak 5mg/g. PEA bertanggung jawab mencetuskan perasaan tenang dan gembira, iaitu yang akan dialami apabila pengguna mengambil Stemtech AFA Extract. Disebabkan kesan PEA terhadap fungsi otak, Stemtech AFA Extract mungkin dikontraindikasi untuk pesakit kemurungan manik yang teruk.

      Akhirnya, Barrett menyatakan bahawa "Beberapa kajian, yang kebanyakannya dijalankan terhadap haiwan makmal, telah menunjukkan bahawa sel stem yang dibebaskan dari sum-sum tulang mampu berkembang menjadi beberapa jenis sel matang yang lain. Walau bagaimanapun, setakat yang saya tahu, tiada kajian berjaya membuktikan bahawa peningkatan bilangan sel stem dalam sistem peredaran adalah selamat atau menyumbang kepada tahap kesihatan yang lebih baik." Ungkapan ini nyata menunjukkan betapa ceteknya pengetahuan Barrett dalam bidang nutrisi sel stem dewasa.

      Pembaca yang berminat untuk meninjau sekiranya terdapat "hanya beberapa kajian" yang menunjukkan bahawa sel stem dewasa dalam peredaran berupaya berkembang menjadi "beberapa jenis sel yang lain" boleh membuat carian di Medline yang memaparkan beribu-ribu artikel berkaitan topik tersebut. Atau hanya rujuk kepada kajian oleh Krause[7] di mana sel stem dewasa dari sum-sum tulang didapati mampu berubah menjadi sel-sel fungsian pada kulit, hati, kolon, usus, perut, esofagus, buah pinggang dan paru-paru. Sel-sel stem dewasa dari sum-sum tulang telah didokumenkan berubah menjadi sel-sel otak,[8] sel-sel jantung,[1] sel-sel otot,[9] sel-sel pankreas [10] dan apa jua jenis sel lain di dalam tubuh. Mengenai kenyataan kedua Barrett bahawa " tiada kajian berjaya membuktikan bahawa peningkatan bilangan sel stem dalam sistem peredaran adalah selamat atau menyumbang kepada tahap kesihatan yang lebih baik," anda hanya perlu merujuk kepada kajian oleh Orlic di NIH[1] dan oleh Werner et al.[2] Barrett hanya perlu membuat carian mudah di perpustakaan NIH dengan kata kunci “penyembuhan oleh sel stem dewasa” (PubMed) dan dia boleh mengelak daripada memberi tanggapan yang salah selama ini.

      Saya yakin bahawa adalah penting dari aspek etika dan integriri umum untuk mengakhiri perbincangan ini dengan memetik komen-komen di atas dari Stephen Barret. Barrett ialah seorang pakar psikiatri bersara yang tidak memberi banyak komen positif mengenai suplemen pemakanan, dan kebelakangan ini telah memilih untuk membalas dendam terhadap apa-apa sahaja yang berkait dengan Pemasaran Rangkaian. Malah, dia mungkin akan melancarkan peraang terhadap mentega kacang sekiranya ia dijual melalui MLM. Serangannya terhadap pendekatan semula jadi alternatif seperti homeopati dan perubatan herba nyata menampakkan kejahilan dirinya.

      Barrett telah menubuhkan National Council Against Health Fraud, yang pada hakikatnya adalah ironi kerana ia melibatkan penipuan dan memberi tanggapan yang salah. Ia tidak mewakili sebarang objektif mahupun majlis pakar, ia tidak mewakili mana-mana organisasi kebangsaan yang rasmi, dan ia sering memberi maklumat yang bersifat berat sebelah. Barrett mendakwa bahawa dia mempunyai hubungan yang kukuh dengan FDA dan merupakan pakar yang amat berpengetahuan dalam hal-hal berkaitan FDA. Marilah kita lihat kata-kata Hakim Fromholz dari California Superior Court Case yang akan memberi fakta sebenar mengenai Mr. Barrett. Seperti yang dinyatakan oleh Hakim tersebut, motif Barret nampaknya lebih memihak kepada usaha untuk memperoleh keuntungan bagi tujuan peribadi dan bukannya berbakti untuk pendidikan umum.

      Berikut adalah satu petikan daripada keputusan Hakim yang dikeluarkan terhadap NCAHF 12/17/01 oleh Hakim Framholz dari California Superior Court. Anda boleh membaca transkrip yang lengkap, "A Judges View of the Quackbusters"
      "Dr. Barrett telah dikemukakan beberapa isu oleh Plaintif, namun Mahkamah mendapati bahawa terdapat pertingkahan yang besar mengenai pembentangan yang diberi oleh pihaknya dan pihak Dr.Sampson". Oleh yang demikian, untuk mengelakkan bukti yang bersifat duplikatif atau kumulatif (lihat Cal. Evidence Code 352, 411, 723), testimoni Dr. Barrett telah dihadkan kepada satu-satunya isu yang melibatkan pengendalian FDA dalam rawatan homeopati. Kaitan terhadap isu tersebut telah dipertikaikan kerana Plaintif sebelum ini menyatakan bahawa kes ini tidak membangkitkan, atau bukannya untuk membuktikan, sebarang pelanggaran undang-undang makanan dan dadah persekutuan. Walau bagaimanapun, Palintif telah mencungkil testimoni dari Dr. Barrett mengenai pengalamannya dengan FDA kerana isu di atas adalah berkaitan kawalan ubat-ubat homeopati.

      "Dr. Barrett ialah seorang pakar psikiatri yang bersara pada 1993, iaitu tahun sama di mana dia membiarkan lesen perubatannya tamat tempoh. Seperti Dr. Sampson, beliau tidak memiliki sebarang latihan formal dalam rawatan atau perubatan homeopati, walaupun beliau berkali-kali mendakwa telah membaca dan menulis secara ekstensif mengenai homeopati dan perubatan alternatif yang lain. Dakwaan Dr. Barrett bahawa beliau pakar dalam isu FDA timbul daripada perbualannya dengan ejen-ejen FDA, ulasannya terhadap artikel profesional mengenai subjek ini di samping beberapa aktiviti pendidikan yang berterusan.

      "Berkaitan dakwaannya sebagai pakar dalam isu-isu kawalan ubat homeopati oleh FDA, Mahkamah mendapati bahawa Dr. Barrett tidak mempunyai kelayakan yang mencukupi dalam bidang tersebut. Kemahiran dalam undang-undang FDA melibatkan pengetahuan mendalam tentang bagaimana agensi tersebut menguatkuasakan akta persekutuan dan peraturan agensi itu sendiri. Pengetahuan undang-undang dan penguatkuasaan yang didakwa oleh Dr. Barrett nyata tidak sah. Dia bukan seorang peguam, walaupun dia mendakwa bahawa telah menghadiri beberapa semester di sebuah sekolah perundangan jarak jauh. Walaupun Dr. Barrett telah mengadakan beberapa perbincangan dengan wakil-wakil FDA, ia sebenarnya berlaku sekali-sekali dan kebanyakannya adalah di atas ajakannya sendiri, dengan tujuan utama untuk mengumpul maklumat bagi penulisan artikel dan juga untuk dimuat naik ke laman webnya. Dia tidak pernah memberi keterangan di hadapan mana-mana panel atau agensi kerajaan mengenai isu-isu berkaitan kawalan ubat-ubatan oleh FDA. Kemungkinan besar pengetahuan profesionalnya juga tidak dikemas kini kerana dia tidak memiliki sebarang lesen perubatan selama lebih tujuh tahun. Di atas sebab-sebab ini, tidak ada bukti kukuh yang menunjukkan bahawa Dr. Barrett adalah pakar yang bertauliah dalam isu-isu yang ingin dikemukakannya. Malah, tidak wujud sebarang testimoni kukuh mengenai dakwaannya dalam sebarang isu yang dikaitkan dengan produk Defendan.

      "Selain itu, Mahkamah juga mendapati bahawa kedua-dua Dr. Sampson dan Dr. Barrett bersikap berat sebelah bagi pihak Plaintif dan oleh yang demikian, testimoni mereka tidak akan diambil kira sepenuhnya. Kedua-duanya merupakan ahli lembaga Plaintif yang telah lama berkhidmat; Dr. Barrett bertindak sebagai Pengerusi. Kedua-duanya pernah memfailkan permohonan kepada U.S. FDA pada awal tahun 1990-an untuk menghadkan jualan sebilangan besar ubat-ubat homeopati di pasaran. Kursus universiti Dr.Sampson telah mendedahkan apa yang dilihat sebagai pandangan kritikal berat sebelah terhadap perubatan alternatif. Aktiviti giat Dr. Barrett dalam penceramahan dan penulisan mengenai perubatan alternatif juga memfokus kepada usaha untuk memusnahkan amalan tersebut. Kedua-dua yuran saksi, menurut keterangan Dr. Barrett, dibayar daripada satu dana yang ditubuhkan oleh NCAHF Plaintif hasil kutipan tuntutan saman sepertimana kes yang sedang berlangsung. Berdasarkan fakta ini sahaja, Mahkamah mendapat gambaran bahawa Dr. Barrett dan Sampson berkemungkinan besar menerima bayaran bagi pihak NCAHF dalam kes-kes yang akan datang sekiranya Plaintif berada di pihak yang menang. Kedua-duanya pasti akan memperoleh sumber kewangan bagi mengkayakan lagi dana litigasi sepertimana yang dijelaskan oleh Dr.Barrett. Oleh yang demikian, ianya jelas bahawa kedua-dua individu ini mempunyai kepentingan kewangan peribadi dalam perbicaraan ini. Semua faktor di atas menggambarkan bahawa Dr. Sampson dan Dr. Barrett adalah penyokong kukuh pihak Plaintif, dan bukannya sebagai saksi atau pakar yang neutral atau tidak berpihak. Berdasarkan pembentangan dan fakta-fakta ini, Dr. Barrett dan Dr.Sampson boleh dianggap sebagai klien itu sendiri, dan oleh yang demikian, testimoni mereka hanya akan diberi sedikit kredibiliti, sekiranya ada."

      Rujukan

      [1] Orlic D, Kajstura J, Chimenti S, Limana F, Jakoniuk I, Quaini F, Nadal-Ginard B, Bodine DM, Leri A. & Piero Anversa. (2001) Mobilized bone marrow cells repair the infracted heart, improving function and survival. PNAS 98(18):1034410349.

      [2] Werner N, Kosiol S, Schiegl T, Ahlers P, Walenta K, Link A, Bohm M, Nickenig G. (2005) Circulating endothelial progenitor cells and cardiovascular outcomes. N Engl J Med. 8;353(10):999-1007.

      [3] Bozlar M, Aslan B, Kalaci A, Baktiroglu L, Yanat AN, Tasci A. (2005) Effects of human granulocyte-colony stimulating factor on fracture healing in rats. Saudi Med J. 26(8):1250-4.

      [4] Kong D, Melo LG, Gnecchi M, Zhang L, Mostoslavsky G, Liew CC, Pratt RE, Dzau VJ. (2004) Cytokine-induced mobilization of circulating endothelial progenitor cells enhances repair of injured arteries. Circulation. 110(14):2039-46.

      [5] Eroglu E, Agalar F, Altuntas I, Eroglu F. (2004) Effects of granulocyte-colony stimulating factor on wound healing in a mouse model of burn trauma. Tohoku J Exp Med. 204(1):11-6.

      [6] Tomoda H, Aoki N. Bone marrow stimulation and left ventricular function in acute myocardial infarction. Clin Cardiol. 2003 Oct;26(10):455-7.

      [7] Krause DS, Theise ND, Collector MI, Henegariu O, Hwang S, Gardner R, Neutzel S, Sharkis SJ. (2001) Multi-organ, multi-lineage engraftment by a single bone marrow-derived stem cell. Cell 105:369-77.

      [8] Eglitis MA and Mezey VA. (1997) Hematopoietic cells differentiate into both microglia and macroglia in the brains of adult mice. Proc. Natl. Acad. Sci. USA Vol. 94, pp. 40804085.

      [9] Camargo FD, Green R, Capetenaki Y, Jackson KA, and Goodell MA. (2003) Single hematopoietic stem cells generate skeletal muscle through myeloid intermediates. Nature 9(12):1520-27.

      [10] Ianus A, Holz GG, Theise ND, and Hussain MA. (2003) In vivo derivation of glucosecompetent cells from bone marrow without evidence of cell fusion. J. Clin. Invest. 111:843-850.



      Asal-Usul Microcystin dan AFA



      Banyak yang telah diperkatakan dan ditulis mengenai mikrocystin sebagai bahan cemar cyanophyta Aphanizomenon flos-aquae (AFA). Segala yang ditonton di media dan yang dibaca di Internet sebenarnya tercetus daripada suatu peristiwa yang terjadi pada musim panas 1996, di mana saya adalah salah seorang protagonis utama. Ketika itu, kami menganggap bahawa salah faham mengenai maklumat ini mungkin tidak akan berlarutan hingga kami memilih untuk tidak memberi sebarang tindak balas. Namun, rupa-rupanya keputusan itu tidak tepat sama sekali, dan kini saya ingin mengambil peluang untuk menerangkan kisah yang sebenarnya terjadi.

      AFA ialah suplemen pemakanan yang sungguh mengagumkan dan telah berada di pasaran selama lebih dari dua dekad. Sepanjang tempoh ini, tiada satupun insiden yang dikaitkan dengan microcystin mahupun dengan sebarang toksin telah dilaporkan. Namun begitu, pihak media telah mencetuskan suatu prasangka yang makin tersebar luas mengenai AFA, berikutan suatu peristiwa yang ‘unik’.

      Pada 1996, saya berkhidmat sebagai Pengarah Penyelidikan dan Perkembangan sebuah syarikat pemasaran dengan jualan berteraskan AFA. Sejurus selepas ketibaan saya pada 1995, saya telah melaksanakan suatu prosedur ujian terhadap suatu jenis toksin yang dahulunya tidak begitu dikenali, bersama Dr. Wayne Carmichael dari Wright State University. Toksin tersebut ialah microcystin yang dihasilkan oleh sejenis alga biru-hijau yang dipanggil Microcystis. Oleh kerana Microcystis kerap dilihat berulang-kali di Tasik Klamath pada musim panas, dan disebabkan wujudnya suatu ujian baru bagi menyukat microcystin, kami memutuskan untuk menjalankan ujian ini sebagai sebahagian daripada program kawalan kualiti kami. Untuk mempunyai rekod selengkap yang mungkin, kami telah menguji sampel sejauh tahun 1992. Seperti yang dijangka, microcystin wujud dalam kuantiti kecil yang tidak mungkin berpotensi menimbulkan sebarang masalah kesihatan.

      Walau bagaimanapun, pada musim panas 1996, kami menyaksikan ledakan Microcystis yang agak besar berbanding tahun-tahun kebelakangannya. Selepas perbincangan yang ekstensif dengan beberapa pakar, kami memilih untuk menjadi proaktif dengan mencetuskan kempen bercorak pendidikan. Sama seperti kisah aflatoxin dalam kacang dan jagung, kami memutuskan untuk mendidik pihak berkuasa tempatan dan untuk berusaha membangunkan tahap microcystin yang selamat bagi memastikan kualiti dan keselamatan produk. Kami telah menjemput para pegawai dari Bahagian Kesihatan Oregon (OHD) untuk melawat kilang kami serta memaklumkan kepada mereka mengenai microcystin dan program Kawalan Kualiti kami. Itulah kali pertama mereka mendengar mengenai microcystin. Kami membentangkan segala keputusan ujian, inventori produk yang terjejas dan yang dikenal pasti oleh program kawalan kualiti kami yang cekap; kami mendedahkan semuanya kepada mereka.

      Kami sangka kami telah menjalankan tugas kami dan bertindak dengan penuh tanggung jawab; kami menunggu respons dari OHD yang kami sangka pasti akan memuji pendekatan yang kami ambil. Alangkah terkejutnya kami, tidak lama kemudiannya pegawai-pegawai di OHD telah menerbitkan suatu artikel yang menyatakan bahawa microcystin adalah toksin yang berbahaya, dan bahawa lebih 60 orang telah maut di Brazil akibat ketoksikan microcystin. Apa yang mereka gagal nyatakan sebenarnya adalah bahawa insiden ini dikaitkan dengan pendedahan intravenus melalui dialisis akibat penggunaan 25 gelen air yang tercemar dengan microcystin. Terdapat jurang perbezaan yang amat besar antara pendedahan intravena dan oral. Ianya diumpamakan seperti menyuntik satu sudu mentega kacang ke dalam vena anda.

      Dalam artikel yang sama, mereka juga menyatakan bahawa produk yang mengandungi setinggi 20ppm microcystin telah dihasilkan, walaupun mereka gagal untuk mendedahkan bahawa produk ini telah telah berjaya dikesan oleh program kawalan kualiti yang cekap dan tidak pernah sampai ke pasaran. Kami berasa sungguh terperanjat. Sebaik sahaja kami cuba mempertahankan kedudukan kami, kami terus dianggap sebagai entiti korporat yang ingin membuat keuntungan dengan meracuni orang ramai. Fakta ini perlu dijelaskan. Walaupun tahap selamat sebanyak 20ppb telah ditetapkan untuk aflatoksin, tahap setinggi 300ppb telah dapat disesuaikan dan diterima pada waktu-waktu tertentu, seperti pada tahun 1998 ketika kemarau melanda petani di Midwest. Salmonella wujud dalam 0.02% telur yang dimakan oleh rakyat Amerika, dan ini bermaksud ribuan pendedahan berisiko yang nyata setiap hari. Pencemaran daging kisar oleh E.coli bertanggung jawab terhadap hampir 20,000 kes-kes keracunan dan hampir 500 kematian setiap tahun. Walaupun kesemua ini dianggap sebagai sesuatu yang masih boleh diterima umum, OHD telah mencetuskan pemahaman yang salah dan reputasi buruk untuk produk yang sebenarnya tidak mempunyai sebarang kesan kemudaratan.

      Pegawai-pegawai di OHD bertindak lebih jauh lagi dengan menerbitkan rencana dalam sebuah jurnal saintifik yang melaporkan bahawa walaupun terdapat peraturan yang menghadkan tahap microcystin dalam AFA pada 1ppm, 85 daripada 87 sampel yang diambil dari pasaran mengandungi tahap microcystin yang lebih tinggi daripada 1ppm. Sama seperti penerbitan sebelumnya, mereka gagal untuk menyatakan suatu maklumat yang penting. Peraturan tersebut diluluskan pada 17 Oktober 1997. Di antara musim panas 1996 dan tarikh kelulusan peraturan tersebut, industri ini telah mengguna pakai tahap selamat iaitu 5 ppm yang disyorkan oleh dua orang saintis, Dr. Wayne Carmichael, pakar dalam cyanobacteria toksik di Wright State University, dan Dr. Gary Flamm, bekas Ketua Pakar Toksikologi FDA di Washington. Testimoni mereka boleh didapati dari bahagian rekod di Jabatan Pertanian Oregon (ODA). Sampel yang diuji oleh OHD diambil dari pasaran dalam bulan-bulan selepas peraturan 1ppm tersebut dilaksanakan. Walau bagaimanapun, semua sampel diperoleh daripada produk yang dikeluarkan untuk dijual di pasaran sebelum peraturan tersebut bermula, yang menepati tahap interim 5ppm yang disyorkan oleh kedua-dua pakar ini. Jadi, walaupun industri bertindak mengikut peraturan dan menghormati pendapat pakar, OHD sekali lagi bertindak mengabui pengguna dengan menyimpulkan bahawa industri tidak mempedulikan peraturan tersebut. Situasi ini adalah seperti menukar takat kelajuan di jalanraya pada hari ini dan seterusnya menuduh orang lain memandu terlalu laju pada hari sebelumnya. Niat untuk menipu sesungguhnya amat jelas bagi mereka yang mengetahui situasi ini dengan terperinci.

      Dengan sokongan pakar, kami mencadangkan moratorium pada tahap 5 ppm selama 2 tahun sementara kami membiayai dana untuk kajian keselamatan tahap microcystin yang rendah di dalam AFA. Kajian tersebut menunjukkan bahawa OHD bergantung kepada suatu penilaian keselamatan berdasarkan hasil ujikaji tikus makmal yang diberi larutan toksin tulen. Proses ini pada hakikatnya boleh mengakibatkan kecederaan hati yang serius. Dalam ujian tersebut, ada kalanya kumpulan kawalan menunjukkan tahap ketoksikan yang lebih tinggi beerbanding kumpulan yang menerima toksin yang paling banyak. Nyata kajian ini tidak boleh dipercayai sama sekali. Selain itu, penggunaan toksin tulen tidak sewajarnya dilakukan. AFA mengandungi tahap silymarin yang tinggi, iaitu sejenis bioflavanoid yang terkenal mampu memberi perlindungan 100% daripada microcystin. Untuk mengetahui tahap microcystin sebagai bahan cemar AFA, kita perlu menguji microcystin dalam produk AFA. OHD menolak sebarang cadangan.

      Tidak lama kemudiannya, seseorang yang rapat dengan ketua OHD, Duncan Gilroy, memaklumkan saya bahawa tiada sebarang perbalahan pun yang boleh mengubah keputusan OHD kerana Duncan Gilroy tidak menyukai alga biru-hijau dan mempunyai niat jelas untuk meruntuhkan industri ini. Walaupun selepas peraturan 1ppm dikuatkuasakan, Gilroy terus memberitahu pelanggan bahawa tiada satupun tahap microcystin yang selamat dan orang ramai sepatutnya berhenti mengambil produk alga biru-hijau ini. Dalam apa jua industri, sekiranya sesuatu produk itu adalah di bawah tahap yang diiktiraf selamat, maka produk itu dianggap asli dan selamat untuk diambil, seperti jagung dan kacang dengan aflatoksin, dan daging dengan E.coli.

      Fakta Sebenar

      Alga biru-hijau yang dituai dari Tasik Klamath dan kini dijual di pasaran terdiri daripada 99% Aphanizomenon flos-aquae. Alga biru-hijau dari Tasik Klamath tidak toksik sama sekali, sebagaimana yang dibuktikan oleh penyelidikan ekstensif yang telah dijalankan selama bertahun-tahun. Selama beberapa minggu pada musim panas, Microsystis, sejenis alga biru-hijau yang berupaya menghasilkan toksin microcystin, turut sama membiak dalam komuniti fitoplankton Tasik Klamath. Fenomena ini bukanlah sesuatu yang baru, malah Microcystis kerap didapati dalam kuantiti yang sangat kecil di Tasik Klamath. Walaupun begitu, Microsystis tidak menimbulkan sebarang masalah kerana Desert Lake Technologies (DLT) telah berjaya mengembangkan suatu kaedah untuk mengasingkan alga ini dari Aphanizomenon flos-aquae.

      Pada 1995, Dr. Wayne Carmichael dari Wright State University dan Dr. Don Anderson dari Woodshole Oceanographic Institute telah dilantik menjadi perunding salah satu ahli industri Alga Tasik Klamath, untuk menangani isu khusus mengenai ketoksikan alga. Semasa musim panas 1996, ledakan Microcystis yang besar telah berlaku, bermula pada awal Julai hingga minggu ketiga bulan September. Dengan kerjasama Dr. Jake Kann, Dr. Wayne Carmichael dan Dr. Don Anderson, situasi ini telah dibawa ke pengetahuan umum, kerana industri ini mempunyai komitmen yang tinggi terhadap keselamatan dan pendidikan umum. Langkah ini seterusnya telah menarik minat Jabatan Kesihatan Oregon dan menyedarkan mereka tentang situasi yang sedang berlaku.

      Oleh kerana hanya wujud beberapa garis panduan berdasarkan kajian-kajian persendirian, yang sendirinya diselubungi ketidakpastian, suatu dana tanpa had telah diberi kepada University of Illinois untuk menyiapkan penilaian risiko yang menyeluruh. Mereka menyemak semula lebih 300 artikel saintifik, dengan matlamat untuk menilai dengan tepat risiko yang dikaitkan dengan microcystin sebagai bahan cemar dalam produk alga biru-hijau. Penilaian risiko ini menetapkan bahawa 10 g/g ialah tahap yang selamat. Tahap selamat sama (5 g/g) telah disahkan oleh suatu penilaian risiko yang dijalankan oleh Dr. Gary Flamm, bekas ketua pakar toksikologi FDA idi Washington, DC. Tahap selamat 5 g/g ini juga disokong oleh Dr. Wayne Carmichael dalam testimoni bertulis.

      Walaupun terdapat testimoni ramai pakar dan data ekstensif yang menyatakan bahawa tahap 5 g/g, malah 10 g/g, adalah selamat untuk pengambilan manusia, Jabatan Pertanian Oregon telah memutuskan untuk menguatkuasakan peraturan yang menetapkan 1 g/g sebagai kepekatan maksimum yang boleh diterima (MAC). Tahap selamat sebenar ang ditentukan di dalam kajian terhadap haiwan adalah di antara 2,500 dan 6,000 g microcystin sehari. Untuk meningkatkan margin keselamatan, tahap selamat ini seterusnya dibahagikan lagi oleh 1,000. Oleh itu, tahap selamat yang dikemukakan, iaitu 1 g/g, adalah 1,000 kali lebih rendah berbanding tahap yang ditetapkan selamat dalam kajian terhadap haiwan, dan ini adalah penting bagi memastikan keselamatan yang sepenuhnya untuk kanak-kanak. Microcystin ialah toksin hati, walau bagaimanapun, ia sangat selamat pada tahap yang dijumpai dalam produk alga biru-hijau. Kerosakan hati hanya akan berlaku pada tahap yang melebihi 10,000 kali tahap selamat 1 g/g. Seseorang individu perlu mengambil lebih daripada 5,000 kapsul setiap hari untuk mencapai tahap sedemikian.

      Walau bagaimanapun, industri ini menerima peraturan itu dan segera patuh. Sepanjang proses penilaian dan selepas pelaksaan peraturan tersebut, industri alga biru-hijau sentiasa memberi kerjasama penuh dengan pihak ODA.

      Salah satu elemen dalam proses regulatori ini yang belum ditangani ialah pembangunan suatu esei yang sah untuk menilai kuantiti microcystin. Esei ini dipercayai boleh dibangunkan dalam tahun berikutan pelaksaan peraturan tersebut. Walau bagaimanapun, kerjasama di antara pihak ODA dan FDA di Washington State, dan juga dengan universiti dan institusi bebas, telah gagal untuk menghasilkan ujian yang sah untuk mengukur microcystin dengan tepat pada tahap yang rendah. Namun begitu, ujian-ujian yang sedang diguna pakai yang telah dikembangkan dan dipertingkatkan sepanjang tempoh 5 tahun yang lalu iaitu esei imunoserapan berkaitan enzim (ELISA) dan esei perencat protein phospatase, adalah cukup tepat bagi memantau pematuhan, walaupun tahap yang dijumpai dalam sampel sama yang dianalisis pada waktu yang berlainan dan oleh makmal yang berlainan, ada kalanya boleh menunjukkan perbezaan yang ketara.

      Kesimpulannya, industri alga biru-hijau telah memainkan peranan yang proaktif untuk menangani masalah penyebaran Microcystis di Tasik Klamath. Ahli-ahli industri Alga Tasik Klamath telah bekerjasama dengan Jabatan Pertanian Oregon untuk meningkatkan tahap yang dibenarkan oleh undang-undang kepada 5 g/g. Walau bagaimanapun, DLT berhasrat untuk mengintegrasikan sepenuhnya tahap tersebut ke 1 g/g serta mengembangkan kaedah untuk mengurangkan kandungan microcystin. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, DLT telah membangunkan dan melaksanakan suatu kaedah bagi mengasingkan Microcystis dari Aphanizomenon flos-aquae. Kebanyakan AFA yang dituai sejak 2000 didapati mengandungi kurang daripada 1 g/g.


      Aphanizomenon flos-aquae
      Ulasan Laporan Ketoksikan Saraf



      Aphanizomenon flos-aquae (Aph. flos-aquae) ialah spesis alga biru-hijau berfilamen yang dituai setiap musim panas dari Hulu Tasik Klamath di Air Terjun Klamath, Oregon. Ia kaya dengan pelbagai vitamin (B12, karotenoid, K) dan mineral surih. Manfaat Aph. flos-aquae dihargai oleh jutaan pelanggan, dan kebanyakannya melaporkan bahawa tenaga dan stamina mereka semakin meningkat; manakala kecerdasan mental, daya ingatan, tumpuan dan kesejahteraan keseluruhan juga semakin baik.

      Aph. flos-aquae dari Hulu Tasik Klamath

      Untuk mengetahui apakah sebenarnya Aph. flos-aquae dari Tasik Klamath, anda perlu memahami ekosistem unik yang menjadi habitat asal alga ini. Hulu Tasik Klamath, yang meliputi hampir 325 km2, mempunyai luas permukaan paling besar bagi mana-mana takungan air semula jadi di Oregon (Gearheart et al. 1995). Mata air yang banyak mengalirkan air yang bersih melalui tanah gunung berapi yang padat dengan nutrien sejauh berbatu-batu jaraknya di cerun pergunungan Cascade (Gearheart et al. 1995), dan enam anak sungai utama menyumbang kepada 90% aliran masuk air ke tasik ini setiap tahun (1,527,600 ekar-kaki purata (1929-1993); Gearheart et al. 1995). Secara amnya, Hulu Tasik Klamath digambarkan sebagai sebuah tasik eutrofik yang sangat produktif dengan tahap nutrien dan hidupan botani yang tinggi. Nutrien yang tinggi inilah yang membolehkan Aph. flos-aquae membiak dengan pesat dalam dunia semula jadi. Hulu Tasik Klamath adalah di antara beberapa ekosistem yang terus giat menyokong ledakan pertumbuhan Aph. flos-aquae.

      Hulu Tasik Klamath kadang kala dianggap tercemar disebabkan apungan alga Aph. flos-aquae yang banyak di tasik tersebut. Pengaruh paling ketara yang diakibatkan oleh alga biru-hijau ini adalah perubahan sifat bahan kimia air di sekeliling kumpulan alga tersebut, terutamanya oksigen terlarut, pH dan amonia. Sifat kimia air boleh berubah secara drastik mengikut keadaan suhu musim panas dan saiz perkembangan alga, hinggakan parameter ini boleh mencecah tahap yang boleh menjejaskan spesis ikan secara langsung (Monda dan Saiki, 1993).. Ikan lazimnya akan berkumpul di kawasan aliran masuk air yang mempunyai kualiti air yang lebih baik, namun bilangan ikan yang terlalu banyak dan keadaan hidup yang tertekan menyebabkan mereka lebih terdedah kepada wabak penyakit dan kematian. Di Hulu Tasik Klamath, kematian ikan sebegitu (1971, 1986, 1995) secara amnya diakibatkan oleh penularan penyakit "Columnaris" (Logan dan Markle, 1993) yang lazim berlaku di kolam air di dalam keadaan yang sesak dan bersuhu tinggi (Piper et al. 1982). Impak yang mengejutkan terhadap populasi ikan ini telah menyebabkan orang ramai yang tidak memahami tindak balas kimia semula jadi ini mengatakan bahawa Tasik Klamath tercemar. Pelbagai ujian untuk racun makhluk perosak, petrokimia dan bahan-bahan cemar lain di sepanjang tempoh 10 tahun yang lalu gagal untuk mendedahkan kewujudan bahan-bahan cemar sedemikian.

      Aph. flos-aquae dan isu ketoksikan

      Beberapa laporan ketoksikan saraf dalam jurnal saintifik telah mencetuskan kebimbingan yang tidak berasas. Hakikatnya, ujian yang dilakukan dengan kerap (lebih 300 sampel telah diuji) telah gagal untuk membuktikan kewujudan sebarang toksin saraf. Pada lewat tahun 1990-an, dua saman telah difailkan berkaitan ketoksikan saraf terhadap syarikat yang menuai alga dari Tasik Klamath. Kedua-dua kes telah digugurkan selepas usaha yang gigih untuk mengesan toksin saraf ini nyata tidak berjaya. Akhirnya, satu kajian yang menggunakan teknologi genetik telah berjaya membuktikan bahawa laporan ketoksikan saraf Aph. flos aquae yang sebelum ini diterbitkan telah salah mengenalpasti spesis alga, dan sampel alga yang toksik itu sebenarnya ialah spesis Anabaena dan bukannya Aph. flos aquae. Di bawah ialah penjelasan yang lebih terperinci serta data saintifik mengenai ketoksikan saraf Aph. flos aquae.

      Tasik Klamath

      Artikel pertama yang melaporkan ketoksikan Aph. flos aquae memetik ringkasan sebuah seminar Jabatan Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan Amerika Syarikat pada 1960 di mana penulisnya Phinney dan Peek (1961) merujuk kepada ledakan alga toksik yang berlaku di Hulu Tasik Klamath pada penghujung 1950-an. Sampel ledakan alga ini telah dihantar kepada Dr. Paul Gorham, pada masa itu berkhidmat di National Research Council, Ottawa, Kanada, untuk analisis toksikologi. Walaupun Phinney dan Peek melaporkan:

      "tiada bukti kukuh telah diperoleh mengenai kesan toksin ini terhadap biota Tasik dan Sungai, namun eksperimen terhadap tikus membuktikan bahawa pengambilan bahan alga ini boleh membawa maut dengan cepat manakala suntikan intraperitoneal ekstrak akueus boleh menyebabkan kematian hampir serta-merta"

      Gorham mendapati bahawa sampel tersebut bukanlah Aph. flos-aquae tulen, sebaliknya adalah campuran Aph. flos-aquae dan Microcystis - sejenis alga yang terkenal dengan penghasilan microcystin. Gorham membuat kesimpulan bahawa ketoksikan tersebut bukanlah disebabkan oleh Aph. flos-aquae, tetapi sebenarnya daripada Microcystis (Gorham, 1964; Carmichael dan Gorham, 1980; Gorham, komunikasi peribadi ke W.W.C., 1995).

      Artikel kedua mengenai Tasik Klamath menyentuh mengenai ringkasan awal ujian ketoksikan Aph. flos-aquae di Hulu Tasik Klamath yang diterbitkan oleh Gentile (1971) dalam ulasan artikel mengenai toksin alga biru-hijau dan hijau. Esei tikus (n=1) telah dijalankan ke atas isolat koloni Aph. flos-aquae yang dikulturkan untuk suatu tempoh masa yang singkat di makmal. Tanda-tanda keracunan pada tikus itu telah dilaporkan sama seperti yang berlaku di Tasik Kezar, New Hampshire. (Lihat di bawah). Sampel Aph. flos-aquae kemudiannya didapati menghasilkan sejenis toksin yang mempunyai persamaan dengan saxitoksin dan derivatifnya.

      Dalam kedua-dua artikel, beberapa elemen telah dikenalpasti menimbulkan kesangsian berkaitan kemungkinan ketoksikan saraf oleh Aph. flos-aquae di Hulu Tasik Klamath. Ini termasuklah:
      1. ketiadaan pengesahan taksonomi yang menunjukkan bahawa Aph. flos-aquae ialah alga dominan dalam kultur yang diuji;
      2. ketiadaan bioesei tikus yang lengkap yang mungkin boleh membantu menentukan dos minimum yang boleh membawa maut, LD50 dan ketoksikan berbanding piawaian saxitoksin sedia ada; dan
      3. Ketiadaan pengesahan ketoksikan oleh makmal-makmal lain yang membuat ujian terhadap toksin saraf ini.
      Di atas sebab-sebab ini, kesimpulan tidak dapat dibuat mengatakan Aph. flos-aquae dari Hulu Tasik Klamath menghasilkan toksin saraf. Sebagaimana yang dipetik oleh Gentile (komunikasi peribadi kepada W.W.C., Mac 27, 1996), "Ujian ketoksikan anekdot terhadap flos-aquae dari Hulu Tasik Klamath hendaklah diuji semula dengan terperinci sebelum membuat sebarang kesimpulan bahawa alga ini menghasilkan toksin". Ujian ketoksikan berkala pada tahun 1980-an termasuk ujian yang kerap dijalankan sejak 1991 telah gagal mendedahkan sebarang toksin saraf dalam Aph. flos-aquae dari Hulu Tasik Klamath (Carmichael et al., 2000).

      Sampel Aph. flos-aquae dari lokasi lain

      Walaupun tiada langsung bukti ketoksikan saraf sebagaimana yang diuji beberapa kali menggunakan HPLC dan bioesei tikus, rasa sangsi masyarakat terhadap kemungkinan berlakunya ketoksikan saraf akibat Aph. flos-aquae dari Tasik Klamath terus menebal disebabkan penemuan tiga sampel Aph. flos-aquae yang mengandungi toksin saraf di tempat-tempat lain (Amerika Syarikat dan Finland).

      Sawyer et al. (1968) dan Gentile dan Maloney (1969) melaporkan ketoksikan sejenis Aph. flos-aquae dari spesis bukan pembentuk koloni yang mampu membunuh ikan dan tikus makmal. Aph. flos-aquae ini diperoleh dari Tasik Kezar di New Hampshire. Ini disusuli dengan laporan ketoksikan Aph. flos-aquae yang diasingkan dari apungan alga air di Finland (Rapala et al. ,1993). Kajian-kajian ini menunjukkan dengan jelas bahawa Aph. flos-aquae bersifat toksik hanya di beberapa lokasi geografi. Ia juga mendemonstrasikan bahawa adalah tidak mustahil untuk Aph. flos-aquae yang tidak toksik berubah menjadi toksik di dalam persekitaran tertentu.

      Pada ketika ini, pemahaman umum di kalangan saintis adalah bahawa sesetengah strain Aph. flos-aquae mampu menghasilkan toksin saraf, namun kebanyakan strain, temasuk yang terdapat di Tasik Klamath, adalah tidak toksik.

      Salah satu aspek yang menjadi tumpuan saintis ialah sebuah artikel yang menyatakan bahawa sample toksik Aph. flos-aquae berasal dari spesis bukan pembentuk koloni. Dalam erti kata lain, strain toksik yang telah dikenal pasti sebagai Aph. flos-aquae sebenarnya bukanlah Aph. flos-aquae yang biasa dan pengenalpastian asal itu mungkin tidak tepat. Hakikatnya, sempadan yang memisahkan di antara Aph. flos-aquae dan sesetengah spesis Anabaena adalah tidak jelas dan pengenalpastian yang salah boleh menimbulkan pelbagai masalah. Anabaena spp. terkenal kerana ia mampu menghasilkan pelbagai jenis toksin saraf.

      Perkembangan terkini dalam genetik telah menghasilkan alat-alat bagi menentukan, menggunakan persamaan genetik, sama ada strain toksik Aph. flos-aquae adalah spesis yang sama seperti strain yang tidak toksik. Baru-baru ini, Li et al. (2000) telah menunjukkan bahawa semua strain toksik Aph. flos-aquae adalah sama sekali tidak sama dari aspek genetik kepada strain tidak toksik, dan kemungkinan besar ia tergolong dalam genera Anabaena.

      Kes-Kes Mahkamah

      Marilah kita membincangkan secara ringkas mengenai dua kes saman yang melibatkan isu ketoksikan saraf Aph. flos-aquae dari Tasik Klamath.

      Dalam kes pertama, seorang individu bernama Mr. Fineman telah mendakwa bahawa pengambilan Aph. flos-aquae boleh mencetuskan neuropati. Perbicaraan mendedahkan bahawa Mr. Fineman telah mengidap kencing manis sejak zaman kanak-kanak lagi, dan dia telah banyak kali mengalami episod neuropati. Selepas dua tahun berurusan dengan beberapa makmal di seluruh dunia untuk mengesan dan mengenal pasti toksin saraf di dalam Aph. flos-aquae, Mr. Fineman akhirnya terpaksa menarik balik saman tersebut disebabkan kekurangan bukti. Mahkamah mengarahkan Mr. Fineman mengeluarkan kenyataan berikut:

      "Saya, Samuel Fineman, memfailkan tuntutan saman terhadap Cell Tech dan Kollmans kerana saya menyangka kesihatan saya telah terjejas disebabkan kandungan produk Cell Tech. Ujian dan penyelidikan (termasuk ujian untuk toksin saraf) tidah mendapati kewujudan bahan-bahan sedemikian. Oleh yang demikian, saya telah bersetuju untuk menarik balik keseluruhan tuntutan saman saya itu."

      Dalam kes kedua, syarikat Cell Tech telah memfailkan tuntutan saman terhadap seorang individu, lawsuit Mark Thorson, yang telah berulang kali memuat naik artikel dalam internet menyatakan bahawa Aph. flos-aquae dari Tasik Klamath mengandungi toksin saraf yang serupa dengan kokain dan boleh memudaratkan. Sekali lagi, selepas bertungkus-lumus untuk membuktikan dakwaannya, Mr. Thorson terpaksa akur dengan keputusan mahkamah bahawa dia telah tewas dalam perbicaraan tersebut. Dia juga telah diarahkan untuk mengeluarkan kenyataan berikut dalam internet:

      "Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, dari semasa ke semasa, saya telah memuat naik suatu fail yang dipanggil "An Anatoxin-a Primer" ke laman web ini dan juga ke beberapa laman web yang lain. Saya kini menarik balik kenyataan yang saya buat di dalam Anatoxin-a Primer.

      Anatoxin-a Primer menggambarkan bahawa Super Blue Green Algae dari Tasik Klamath yang dikilang oleh Cell Tech mengandungi anatoxin-a (sejenis toksin saraf I yang dikategorikan sebagai boleh menyebabkan ketagihan), dan bahawa Cell Tech sengaja mengelak daripada menjalankan ujian pengesahan untuk toksin ini kerana anatoxin-a bertanggung jawab terhadap kesan-kesan yang dilaporkan oleh pengguna SBGA. Namun begitu, saya telah dimaklumkan bahawa Cell Tech kerap menjalankan ujian-ujian pengesahan untuk anatoxin-a, dan bahawa toksin ini tidak pernah ditemui dalam Super Blue Green Algae. Saya telah membuat kenyataan tidak berasas tentang Anatoxin-a Primer, dan oleh itu, saya telah menarik balik dakwaan saya dengan sepenuhnya."

      Kedua-dua kes ini adalah menarik kerana ia melibatkan demonstrasi terperinci bahawa Aph. flos-aquae dari Tasik Klamath tidak mengandungi toksin saraf. Kedua-dua kes juga mengguna pakai khidmat beberapa makmal di seluruh dunia yang memiliki keupayaan dan kepakaran untuk mengesan dan menentukan kuantiti toksin saraf dalam Aph. flos-aquae dari Tasik Klamath, namun tiada satu pun yang berjaya memberi keputusan positif.

      Ringkasan

      Kesimpulannya, laporan-laporan ujian membuktikan bahawa ketoksikan saraf yang dikatakan berlaku akibat Aph. flos-aquae sebenarnya adalah berpunca daripada satu spesis yang dikenali sebagai Anabaena. Semua sampel yang dikenal pasti sebagai Aph. flos-aquae oleh teknologi PCR (genetik) dilaporkan tidak toksik. Selain itu, dua tuntutan saman berprofail tinggi juga gagal membuktikan kewujudan sebarang toksin saraf dalam Aph. Flos-aquae dari Hulu Tasik Klamath.

      Secara ringkasnya, kesemua data yang diperoleh menunjukkan bahawa Aph. flos-aquae dari Hulu Tasik Klamath adalah tidak toksik sama sekali.

      Rujukan

      Carmichael, W.W., Drapeau, C., and Anderson, D.M. (2000) Harvesting of Aphanizomenon flos-aquae Ralfs ex Born. & Flah. Var. flos-aquae (Cyanobacteria) from Klamath Lake for human dietary use, J. App. Phyco., vol. 12, pp. 585-595.

      Carmichael, W.W., and P.R. Gorham. (1980) Freshwater cyanophyte toxins, In: Algae Biomass, Elsevier, New York, pp. 437-448.

      Gearheart, R.A., J.K Anderson, M.G. Forbes, M. Osburn, and D. Oros. (1995) Watershed strategies for improving water quality in Upper Klamath Lake, Oregon. Humboldt State University, Environmental Resources Engineering Department. 3 Volumes.

      Gentile, J.H., and T.E. Maloney. (1969) Toxicity and environmental requirements of a strain of Aphanizomenon flos aquae (L.) Ralfs, Can. J. Microbiol., vol. 15 (2), pp. 165-173.

      Gentile, J.H. (1971) Blue green and green algal toxins. In: Microbial Toxins, Vol. 7, Academic Press, New York, pp. 27-67.

      Gorham, P.R. (1964) Toxic Algae. In: Algae and Man, Plenum Press, New York, pp. 307-306.

      Logan, D.J., and D.F. Markle (1993) Fish faunal survey of Agency Lake and northern Upper Klamath Lake, Oregon. In Environmental research in the Klamath Basin, Oregon - 1992 Annual Report. S.G. Campbell (ed.) p. 341.

      Monda, D.P. and M.K. Saiki. (1993) Tolerance of Juvenile Lost River and Shortnose suckers to high pH, ammonia concentration, and temperature, and to low dissolved oxygen concentration. In Environmental research in the Klamath Basin, Oregon - 1992 Annual Report. S.G. Campbell (ed.) p. 341.

      Piper, R.G, I.B. McElwain, L.E. Orme, J.P. McCraren, L.G. Fowler, and J.R. Leonard. (1982) Fish Hatchery Management. U.S. Department of the Interior, Fish and Wildlife Service. Washington D.C. p. 517.

      Phinney, H.K. and Peek, C.A. (1961) Klamath Lake, an instance of natural enrichment. In Transactions of the seminar on Algae and Metropolitan Wastes. U.S. Public Health Service, pp. 22-27.

      Rapala, J., Sivonen, K., Luukkainen, R., and S.I. Niemela. (1993) Anatoxin-a concentration in Anabaena and Aphanizomenon under different environmental conditions and comparison of growth by toxic and non-toxic Anabaena strains - a laboratory study, J. Applied Phycol., vol. 5, pp. 581-591.

      Li, R., Carmichael, W.W., Liu, Y., and Watanabe, M.M. (2000) Taxonomic re-evaluation of Aphanizomenon flos-aquae NH-5 based on morphological and 16 rRNA gene sequences, Hydrobiologica, vol. 438, pp. 99-105.

      Sawyer, P.J., Gentile J.H., and J.J. Sasner. (1968) Demonstration of a toxin from Aphanizomenon flos-aquae (L.) Ralfs, Can. J. Microbiol., vol. 14, pp. 1199-1204.



      Kualiti dan Keselamatan Alga Biru-Hijau Tasik Klamath



      Gambaran Keseluruhan

      Alga Tasik Klamath ialah suplemen pemakanan penuh khasiat yang dituai setiap musim panas dari Hulu Tasik Klamath di Air Terjun Klamath, Oregon. Ia terdiri hampir sepenuhnya daripada spesis alga biru-hijau Aphanizomenon flos-aquae. Aph. flos-aquae padat dengan nutrien seperti vitamin, mineral, asid amino perlu dan protein. Alga Tasik Klamath amat berkhasiat khususnya untuk meningkatkan tenaga dan memperbaiki kesihatan keseluruhan.

      Alga Tasik Klamath dari Hulu Tasik Klamath adalah tidak toksik sama sekali. Walau bagaimanapun, seperti juga kebanyakan produk pertanian, Alga Tasik Klamath mungkin mengandungi bahan-bahan semula jadi, mikroorganisme atau produk sampingan aktiviti manusia yang perlu dipantau dan dikawal. Setiap kelompok (lot) Alga Tasik Klamath terpaksa melalui pelbagai kajian saintifik bagi memastikan agar alga tersebut sentiasa menepati piawaian keselamatan dan ketulenan yang paling ketat. Hasilnya, Alga Tasik Klamath adalah salah satu produk makannan yang paling asli dan paling selamat di pasaran.

      Alga Tasik Klamath dari Hulu Tasik Klamath

      Untuk mengetahui apakah sebenarnya Aph. flos-aquae dari Tasik Klamath, anda perlu memahami ekosistem unik yang menjadi habitat asal alga ini. Hulu Tasik Klamath, yang meliputi hampir 325 km2, mempunyai luas permukaan paling besar bagi mana-mana takungan air semula jadi di Oregon (Gearheart et al. 1995). Mata air yang banyak mengalirkan air yang bersih melalui tanah gunung berapi yang padat dengan nutrien sejauh berbatu-batu jaraknya di cerun pergunungan Cascade (Gearheart et al. 1995), dan enam anak sungai utama menyumbang kepada 90% aliran masuk air ke tasik ini setiap tahun (1,527,600 ekar-kaki purata (1929-1993); Gearheart et al. 1995). Secara amnya, Hulu Tasik Klamath digambarkan sebagai sebuah tasik eutrofik yang sangat produktif dengan tahap nutrien dan hidupan botani yang tinggi. Nutrien yang tinggi inilah yang membolehkan Aph. flos-aquae membiak dengan pesat dalam dunia semula jadi. Hulu Tasik Klamath adalah di antara beberapa ekosistem yang terus giat menyokong ledakan pertumbuhan Aph. flos-aquae.

      Pada asalnya, Upper Klamath Lake merupakan ekosistem yang sangat produktif (eutrofik) dengan kepelbagaian flora disebabkan aliran nutrien semula jadinya yang tinggi (Gearheart et al. 1995). Walaupun istilah eutrofik lazimnya dikaitkan dengan masalah kualiti air yang terjejas, pada realitinya, satu takungan air semula jadi boleh bersifat eutrofik dan pada masa yang sama, mempunyai ekologi yang sihat. Di dalam laporan 1967 Miller dan Tash, mereka telah menggambarkan lapisan sedimen yang kaya dengan nutrien yang terletak pada kedalaman beberapa kaki di bawah Hulu Tasik Klamath. Mereka melaporkan bahawa nutrient-nutrien penting di Hulu Tasik Klamath dibekalkan melalui proses geologi semula jadi dalam kuantiti yang cukup untuk mengekalkan ledakan alga. Walau bagaimanapun, ini tidak termasuk pengumpulan nutrien daripada sumber bukan mata air tempatan atau takungan hulu (kebanyakannya akibat pengurusan hutan dan tanah pertanian yang tidak lancar); Gearheart et al. 1995). Maklumat terkini menunjukkan bahawa aktiviti manusia telah meningkatkan pengumpulan nutrien di tasik hingga melebihi tahap asal (Bortleson dan Fretwell 1993; Gearheart et al. 1995). Namun begitu, kebanyakan debat terkini menumpukan kepada kesan nutrien tambahan ke atas persekitaran yang sudah pun produktif. Pengumpulan nutrien internal dan eksternal boleh mempengaruhi kepekatan nutrien dalam tasik (Bortleson dan Fretwell 1993) dan mungkin juga komposisi plankton. Walau bagaimanapun, kekurangan data saintifik jangka panjang menyebabkan kita sukar untuk menentukan punca sebenar. Kaffka et al. (1995) memberi komen bahawa tahap fosforus dalam kajian-kajian yang telah dijalankan adalah, menurut ramai pakar limnologi, melebihi tahap yang boleh menjejaskan pertumbuhan alga. Beliau menyimpulkan bahawa pengaruh antropogenik (manusia) di tasik ini tidak begitu menyumbang kepada keadaan sekitar berbanding proses semula jadi. Namun begitu, semasa ledakan alga yang besar di Hulu Tasik Klamath, tahap fosforus terlarut berkurangan hingga sampai ke tahap yang boleh menjejaskan ekologi (Gearheart et al. 1995). Pakar-pakar biologi lain (Gearheart et al. 1995; Bortleson dan Fretwell 1993; Kann dan Smith 1993; Miller dan Tash 1967) telah merekodkan peningkatan dalam produktiviti dan pertumbuhan alga di sepanjang abad yang lalu. Bortleson dan Fretwell (1993) pula menyatakan bahawa peningkatan produktiviti ini boleh memudaratkan ikan-ikan dan bahawa sistem yang sebegitu produktif adalah berpotensi untuk menggalakkan saiz ledakan alga, dengan itu menjejaskan populasi ikan dengan lebih teruk. Untuk memerangi perubahan yang bakal terjadi ini, kebanyakan pakar biologi Tasik Klamath telah menyatakan sokongan untuk usaha-usaha pemuliharaan alam semula jadi melalui pemuliharaan paya bakau dan pelaksanaan amalan pengurusan tanah yang sewajarnya di takungan air itu.

      Oleh kerana aktiviti-aktiviti pertanian dan perhutanan dijalankan di tanah yang bersempadan dengan Hulu Tasik Klamath (walaupun lebih 70% takungan air ini adalah di bawah pemilikan persekutuan), sisa-sisa yang diakibatkan olehnya akan terus mengalir memasuki Hulu Tasik Klamath. Walaupun persoalan mengenai kesan penambahan nutrien (kadang kala dirujuk secara teknikal sebagai pencemaran sumber "non-point") terhadap kualiti air tasik dan produktiviti tasik memang wujud, ia tidak menjejaskan keselamatan dan ketulenan Aph. flos aquae untuk pengambilan manusia. Walaupun perkataan "tercemar" membawa impak yang mendalam dari aspek emosi mahupun politik, ianya berlainan dalam ekosistem Hulu Tasik Klamath di mana ia menggambarkan satu keadaan di mana kepekatan nutrien terlarut (fosforus dan nitrogen) telah meningkat ke tahap yang lebih tinggi daripada yang pernah direkodkan sebelum ini. Nutrien ini seterusnya telah memberi kesan yang mendalam terhadap hidupan akuatik tasik dengan merangsang pertumbuhan alga dan menjejaskan sifat-sifat kimia (oksigen terlarut, pH, amonia, dsb) dalam air tasik. Apabila Hulu Tasik Klamath dikatakan tercemar, terma ini lazimnya merujuk kepada tahap nutrien yang wujud, pengaruhnya terhadap pertumbuhan alga, dan impak pertumbuhan alga ini rterhadap hidupan akuatik tasik. Air Hulu Tasik Klamath sebenarnya bebas sepenuhnya daripada bahan cemar dan bahan cemar toksik buatan manusia. Nutrien yang mengalir ke dalam Hulu Tasik Klamath mempunyai ciri yang sama seperti baja yang dijumpai dalam lapisan tanah atas (sebatian nitrogen dan fosforus). Walaupun air ini tidak disyorkan untuk pengambilan manusia secara langsung, ia mengandungi komponen yang sangat penting sebagai medium pertumbuhan semua tumbuhan, termasuk alga dalam Hulu Tasik Klamath. Untuk alga, Hulu Tasik Klamath adalah umpama tanah yang subur dan kaya nutrien untuk mana-mana sayur-sayuran.

      Salah satu sebab kenapa Hulu Tasik Klamath dikatakan tercemar atau dipercayai tercemar, tanpa mengira sumber nutriennya, ialah disebabkan tahap Aph. flos-aquae yang amat banyak dalam tasik tersebut. Pertumbuhan alga yang sebegitu banyak lazimnya dikaitkan dengan pencemaran. Salah satu pengaruh paling ketara yang diakibatkan oleh pertumbuhan alga yang terlalu banyak ialah perubahan ciri-ciri kimia dalam air di sekeliling apungan alga yang sedang berkembang itu. Dalam cahaya matahari, alga menggunakan karbon dioksida dan menghasilkan oksigen sebagai produk sampingan fotosintesis (penukaran tenaga cahaya ke tenaga kimia). Disebabkan kelarutan oksigen dalam air yang terhad pada suhu yang tinggi, hanya sedikit oksigen sahaja akan larut dalam air manakala yang selebihnya akan dibebaskan ke atmosfera. Walau bagaimanapun, pada waktu malam, alga tidak menjalankan fotosintesis, sebaliknya menggunakan oksigen dan dengan itu mengurangkan jumlah oksigen terlarut dalam air. Apabila apungan alga berkurangan dan sel-sel mula mati, keperluan oksigen untuk saki-baki alga pada waktu malam dan juga untuk bahan-bahan yang mereput dalam air boleh mengurangkan tahap oksigen dalam Hulu Tasik Klamath ke tahap yang boleh menjejaskan kesihatan haiwan akuatik. Tahap karbon dioksida yang kerap turun naik juga mencetuskan perubahan pH tasik yang secara langsung atau tidak langsung boleh mempengaruhi kesihatan ikan dalam kawasan terbabit. Dengan keadaan musim panas dan apungan alga yang besar, sifat kimia air boleh berubah dengan drastik manakala oksigen terlarut, pH dan amonia boleh mencecah tahap yang boleh memberi kesan kepada spesis ikan secara langsung (Monda dan Saiki, 1993). Sekiranya ikan tidak terjejas secara langsung, ia boleh menjadi tertekan akibat keadaan persekitaran dan ketahanan mereka terhadap parasit dan penyakit juga akan berkurangan. Ikan-ikan ini seterusnya akan berkumpul di dalam dan/atau berdekatan aliran masuk air di kawasan air yang berkualiti lebih baik, namun bilangannya yang ramai dan keadaannya yang tertekan membuatkan ia lebih mudah diserang penyakit dan mati. Di Hulu Tasik Klamath, kematian ikan yang sebegitu banyak (1971, 1986, 1995) lazimnya disebabkan oleh wabak "Columnaris" (Logan dan Markle, 1993). Wabak ini lazimnya berlaku di kolam ikan yang sesak dan bersuhu tinggi (Piper et al. 1982), akibat sejenis bakteria yang boleh menjangkiti ikan secara khususnya. Di bawah keadaan tertentu, Columnaris, yang biasanya terkawal, mungkin akan meledak dan mengakibatkan kematian yang teruk dalam masa satu atau dua hari selepas ia mula muncul (Piper et al. 1982).

      Walaupun spesis alga yang kini dikaitkan secara tidak langsung dengan kematian ikan di Hulu Tasik Klamath ini ialah Aph. flos-aquae, jenis tindak balas sebegini terhadap suhu yang tinggi dan keadaan air yang berubah akibat fotosintesis adalah tidak terhad kepada waktu, lokasi atau spesis yang tertentu. Kematian ikan yang banyak di Hulu Tasik Klamath pada mulanya telah dilaporkan oleh Gilbert pada buan Jun 1894 (Logan dan Markle 1993). Walaupun kematian ini mungkin sebahagiannya diakibatkan oleh tekanan selepas mengawan, kemungkinan besar keadaan panas yang tenang dan ledakan alga yang terhasil mungkin menjejaskan keadaan air dan menyumbang kepada kejadian tersebut. Walaupun ini memberi gambaran bahawa ledakan alga di Hulu Tasik Klamath adalah bersifat semula jadi dan berlaku sebelum sebarang aktiviti antropogenik besar-besaran di sekitar tasik, kekerapan kematian ikan nampaknya semakin bertambah dari semasa ke semasa. Kematian ikan yang banyak pada musim panas juga telah dilaporkan di beberapa tasik yang kaya dengan nutrien di Kanada (Barica 1975). Dalam usaha untuk memulihkan populasi ikan yang kian berkurangan di Hulu Tasik Klamath, kerjasama ekstensif di antara agensi alam sekitar tempatan telah dimulakan bagi menerokai kaedah dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memperbaiki keadaan yang boleh mengakibatkan kematian ikan-ikan ini.

      Rujukan

      Barica, J. 1975. Summerkill risk in prairie ponds and possibilities of its prediction. Journal Fisheries Research Board of Canada. Vol 32, pp. 1283-1288.

      Bortleson G.C., and M.O. Fretwell. 1993. A review of possible causes of nutrient enrichment and decline of endangered sucker populations in the Upper Klamath Lake, Oregon. U.S.G.S. Water-Resources Investigations Report 93-4087, p. 24.

      Gearheart, R.A., J.K Anderson, M.G. Forbes, M. Osburn, and D. Oros. 1995. Watershed strategies for improving water quality in Upper Klamath Lake, Oregon. Humboldt State University, Environmental Resources Engineering Department. 3 Volumes.

      Kaffka, S.R., Lu, T.X., and H.L. Carlson. 1995. An assessment of the effects of agriculture on water quality in the Tule lake Region of California. Research Progress Report 108. Univ. Of California. p. 85.

      Kann, J. and V.H. Smith. 1993. Chlorophyll as a predictor of elevated pH in a hypertrophic Lake: Estimating the probability of exceeding critical values for fish success. Klamath Tribes Research Report: KT-93-02. The Klamath Tribes, Chiloquin, Oregon. p. 22.

      Logan, D.J., and D.F. Markle 1993. Fish faunal survey of Agency Lake and northern Upper Klamath Lake, Oregon. In Environmental research in the Klamath Basin, Oregon - 1992 Annual Report. S.G. Campbell (ed.) p. 341.

      Matsunaga, S., Moore, R.E., Niernezura, W.P., and W.W. Carmichael. 1989. Anatoxin-a(s) a potent anticholinesterase from Anabaena flos-aquae, J. Amer. Chem. Soc., vol. 111, pp. 8021-8023.

      Miller, W.F, and J.C. Tash. 1967. Interim report: Upper Klamath Lake Studies, Oregon, Federal Water Pollution Control Administration. p. 37.

      Monda, D.P. and M.K. Saiki. 1993. Tolerance of Juvenile Lost River and Shortnose suckers to high pH, ammonia concentration, and temperature, and to low dissolved oxygen concentration. In Environmental research in the Klamath Basin, Oregon - 1992 Annual Report. S.G. Campbell (ed.) p. 341.

      Oshima, Y., Sugino, K., and T. Yasumoto. 1989. Latest advances in HPLC analysis of paralytic shellfish toxins. In: Mycotoxins and phycotoxins, Natoris, S., Hashimoto, K., and Ueno, T. [Eds], Elsevier, New York, pp. 319-326.

      Piper, R.G, I.B. McElwain, L.E. Orme, J.P. McCraren, L.G. Fowler, and J.R. Leonard. 1982. Fish Hatchery Management. U.S. Department of the Interior, Fish and Wildlife Service. Washington D.C. p. 517.




      SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI DRAF GARIS PANDUAN FDA

      PRODUK KOMPLEMENTARI DAN ALTERNATIF SERTA KAWALANNYA OLEH PENTADBIRAN DADAH DAN UBAT-UBATAN

      S: Adakah Draf Garis Panduan ini mengubah undang-undang kawalan FDA terhadap suplemen pemakanan seperti Stemtech AFA Extract?

      J: Tidak – Draf Garis Panduan ini menyatakan definisi produk CAM yang disyorkan oleh FDA dan menerangkan bagaimana produk-produk ini, bergantung kepada bagaimana ia dilabel dan dipasarkan serta untuk tujuan tertentu, akan dimasukkan ke dalam kategori pengawalan FDA sedia ada seperti "ubat", "biologik", "alatan" atau "makanan" (termasuk “suplemen pemakanan”).

      S: Bolehkah produk suplemen pemakanan masih dipasarkan dengan dakwaan struktur/fungsi seperti "menyokong pembebasan semula jadi sel-sel stem dewasa”?

      J: Ya – Draf Garis Panduan ini tidak menjejaskan dakwaan struktur/fungsi yang sah untuk makanan atau suplemen pemakanan, dan tidak mengubah apa-apa kaedah kawalan untuk produk yang menghasilkan dakwaan sedemikian.

      S: Sekiranya pengedar atau pengilang membuat dakwaan secara lisan atau bertulis yang menyatakan bahawa sesuatu suplemen pemakanan mampu mencegah atau merawat penyakit, bagaimanakah produk itu akan dikawal mengikut Draf Garis Panduan ini?

      J: Sebagai ubat yang salah di sisi undang-undang – Dakwaan pencegahan atau rawatan penyakit, seperti mencegah atau merawat kanser, kencing manis, artritis atau penyakit lain, akan menyebabkan FDA mengkategorikan suplemen pemakanan tersebut sebagai ubat yang salah di sisi undang-undang. Namun begitu, sekiranya ia disertai dakwaan kesihatan yang diluluskan oleh FDA, maka dakwaan mengenai pencegahan penyakit mungkin akan dibenarkan. Dakwaan untuk rawatan pnyakit adalah salah di sisi undang-undang, walaupun sebelum pelaksanaan Draf Garis Panduan hinggalah pada saat ini. Dakwaan untuk mengurangkan risiko atau mencegah penyakit tidak seharusnya dibuat dalam konteks jualan suplemen pemakanan tanpa mengesahkan terlebih dahulu bahawa dakwaan sedemikian adalah sah dan diiktiraf FDA.

      sumber http://fauziahmad.stemtechbiz.com.my/malay/

      © 2013 Stemtech International, Inc. - Semua hak terpelihara.

      No comments:

      Post a Comment