Friday, July 19, 2013

Bukti Stemtech AFA mampu meningkatkan kesihatan

Bukti Stemtech AFA Extract mampu meningkatkan kesihatan. Pelbagai kajian yang dijalankan oleh beberapa pasukan penyelidik di seluruh dunia, termasuk di Institut Kesihatan Nasional, telah membuktikan dengan jelas bahawa semakin banyak sel stem dewasa yang dibebaskan ke dalam sistem peredaran, maka semakin tinggi keupayaan tubuh untuk mengekalkan kesihatan yang optimum.

Suatu laporan yang diterbitkan di dalam New England Journal of Medicine[2] baru-baru ini menerangkan bahawa tahap sel stem dewasa dalam darah adalah salah satu petunjuk terbaik untuk kesihatan kardiovaskular. Peningkatan bilangan sel stem dewasa dalam darah telah terbukti berkesan untuk meningkatkan kesihatan dalam pelbagai aspek. [3-6] Stemtech AFA Extract merangsang pembebasan semula jadi sel stem dewasa dari sum-sum tulang di samping meningkatkan bilangan sel stem dewasa dalam peredaran, seterusnya membantu tubuh mengekalkan kesihatan yang optimum.

Sebagaimana yang harus diketahui oleh Mr. Barrett, berbekalkan dakwaannya bahawa dia memiliki pengalaman yang luas dengan pihak FDA, kita tidak boleh membuat sebarang dakwaan kesihatan berkaitan Stemtech AFA Extract kerana ia dikategorikan sebagai suplemen pemakanan dan bukannya ubat.

Dakwaan keberkesanan produk kami adalah terhad kepada dakwaan struktur dan fungsi, yang kami telah selidik dan dokumenkan dengan kukuh. Stemtech AFA Extract menyokong pembebasan semula jadi sel stem dewasa dari sum-sum tulang bagi membantu tubuh mengekalkan kesihatan yang optimum.

Kami mengalu-alukan peluang untuk menerbitkan testimoni pengguna kami, namun ianya mungkin akan dianggap sebagai dakwaan kesihatan mengikut gambaran individu semata-mata. Walau bagaimanapun, kajian klinikal kini sedang giat dijalankan melibatkan organ-organ dan sistem tubuh yang tertentu bagi mendokumenkan mekanisme fisiologi sel stem dengan lebih jelas dan lebih terperinci. Laporan klinikal akan diterbitkan apabila penyelidikan ini siap dilaksanakan tidak lama lagi. 

No comments:

Post a Comment