Apakah Stem Sel Dewasa. Setakat ini hanya ada tiga tempat untuk mengambil stem sel yang
popular di dunia iaitu dari Embrio, Plasenta dan dari Tulang Sum-Sum. Stem Sel Embrio
diambil
sewaktu janin itu masih di peringkat Blastula, sel yang awal sebelum
janin menjadi lengkap sempurna, baru berusia 3 hingga 5 hari. Perbuatan
ini sangat ditentang oleh masyarakat antarabangsa
kerana tidak berperikemanusiaan, zalim dan dikira membunuh.
Manakala Stem Sel Plasenta diambil dari
lapisan uri mamalia yang baru lahir, samada dari manusia atau binatang.
Dalam kedua-dua kaedah Embrio dan Plasenta,
walaupun stem sel itu "kosong" tetapi masih ada tindakbalas
penolakan dari tubuh yang berlainan, ini tidak berlaku pada stem sel
dewasa kerana ia diambil dari tubuh yang sama.
Walau bagaimanapun semuanya memerlukan kos yang tinggi, kira-kira 2
hingga 5 ribu USD untuk sekali suntikan, lagipun ia sangat tidak sesuai
untuk umat islam.
Stem Sel Dewasa memang sudah ada di dalam
tubuh kita semasa kita dilahirkan. Ia berterusan dikeluarkan secara
semulajadi sepanjang hayat. Cara yang popular masa
kini untuk mendapatkanya ialah menarik keluar dari sum-sum tulang,
proses ini sangat menyakitkan. Kajian terbaru menunjukan stem sel dewasa
tidak ada beza dari segi keupayaan dengan Stem Sel
Embrio dan stem sel Plasenta cuma tempat sahaja yang berbeza.
Malangnya pengeluaran stem sel dewasa akan menurun atas faktor umur dan
sebagainya.
No comments:
Post a Comment