Maklumat Stemtech AFA Extract, SOALAN mengenai stemtech, dan perbagai fakta mengenai stemtech AFA Extract. sila baca selanjutnya
1. Apakah sel stem?
Sel stem ialah sel yang berupaya menduplikasi dirinya berulang
kali dan seterusnya berubah menjadi apa-apa sel sahaja di dalam tubuh.
Terdapat dua kategori sel stem: embrionik dan dewasa.
2. Apakah perbezaan di antara sel-sel stem embrionik dan dewasa?
Sel stem embrionik ialah sel-sel stem yang terdapat di dalam
embrio dan berperanan menjadi bahagian-bahagian sel yang berlainan untuk
perkembangan seseorang bayi yang sempurna. Sel stem dewasa ialah
sel-sel stem yang dijumpai di dalam tubuh selepas proses kelahiran.
Sebelum ini, sel stem dewasa dipercayai hanya berkeupayaan untuk berubah
menjadi sel-sel darah, tulang dan tisu penghubung. Walau bagaimanapun,
teknologi penyelidikan terkini telah membuktikan bahawa sel-sel stem
dewasa boleh menjadi apa-apa sel sahaja di dalam tubuh.
3. Kenapa media masa lebih banyak membuat sorotan mengenai sel stem embrionik berbanding sel stem dewasa?
Berbeza dengan sel stem dewasa, penggunaan sel-sel stem
embrionik telah mencetuskan pelbagai kontroversi. Daripada aspek
penyelidikan, sel stem embrionik pada mulanya dianggap lebih berguna
kerana ia mudah dibiak di luar tubuh dan dimanipulasi menjadi sel-sel
lain di dalam tabung uji.
4. Bolehkah sel stem dewasa berubah menjadi sebarang jenis sel dalam tubuh?
Ya, kajian saintifik terbaru menunjukkan bahawa sel stem dewasa
boleh berubah menjadi hampir apa jua sel di dalam tubuh seperti sel
otak, buah pinggang, jantung, otot dan sebagainya.
5. Adakah produk Stemtech mengandungi sel-sel stem?
Produk kami tidak mengandungi sebarang jenis sel stem dan tidak
dikaitkan dengan sel stem embrionik mahu pun rawatan melibatkan apa-apa
jenis sel stem.
6. Bagaimanakah produk Stemtech bertindak di dalam tubuh?
Produk Stemtech merangsang pengeluaran semula jadi dan aktiviti sel stem dewasa di dalam tubuh.
7. Apakah peranan yang dimainkan oleh sel stem dewasa di dalam tubuh?
Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat menyatakan bahawa
peranan utama sel stem dewasa di dalam tubuh adalah untuk mengekalkan
kelancaran fungsi serta membaik pulih tisu.
8. Apakah Teori Pembaharuan Sel Stem Dewasa?
Teori ini mencadangkan bahawa sel stem dewasa dirembeskan secara
semula jadi oleh sum-sum tulang dan diangkut melalui saluran darah
hingga memasuki tisu-tisu bagi merangsang proses pembaharuan semula tisu
secara semula jadi oleh tubuh.
9. Berapa kerapkah tisu diperbaharui?
Sel-sel tubuh sentiasa ditukar ganti, bermaksud sel-sel akan
mati dan digantikan dengan sel-sel yang baru bagi menjana pembaharuan
tisu. Sebagai contoh:
Pembaharuan sepenuhnya tisu-tisu anda berlaku mengikut tempoh masa yang
tertentu:
Lapisan usus – setiap 5 hari
Sel darah merah – setiap 90 hari
Sel darah merah - setiap 90 hari
Hati – setiap 3 tahun
Paru-paru – setiap 4-5 tahun
Jantung – setiap 20-25 tahun
10. Bagaimanakah mekanisme tindakan sel stem dewasa dalam proses pembaharuan tisu tersebut?
Apabila tisu perlu diperbaharui, sel-sel stem dewasa akan bertindak melalui cara berikut:
- Bahan kimia dirembeskan oleh tisu-tisu yang memerlukan khasiat sel stem dari sum-sum tulang.
- Sel-sel stem dewasa dibebaskan ke dalam saluran darah.
- Rembesan bahan-bahan kimia yang lain akan menarik
sel-sel stem dewasa memasuki tisu di mana sel-sel stem dewasa ini akan
membahagi dan menjadi sel-sel yang sihat untuk tisu atau organ tersebut.
11. Apakah manfaat Stemtech AFA Extract® terhadap kesihatan?
Stemtech AFA Extract merangsang pengeluaran sel-sel stem dewasa
anda secara semula jadi dari sum-sum tulang ke dalam sistem peredaran
darah. Menurut pelbagai kajian, tahap sel stem dewasa yang lebih tinggi
dalam tubuh adalah bersamaan dengan kesihatan keseluruhan yang lebih
baik.
12. Apakah ramuan Stemtech AFA Extract dan bagaimanakah ia berbeza dengan Aphanizomenon flos-aquae?
Stemtech AFA Extract ialah rumusan serba semula jadi dan
berpaten daripada pati proprietari penuh khasiat Aphanizomenon
flos-aquae (AFA). Komponen Mobilin
™ yang terkandung di dalam
produk ini padat dengan sejenis molekul semula jadi yang telah
didokumenkan berkesan bagi merangsang pengeluaran sel stem dewasa. Walau
bagaimanapun, Alga AFA yang asli tidak mengandungi pati komponen ini.
Stemtech AFA Extract dirumus dan dikembangkan khusus bagi merangsang
fisiologi sel stem dewasa. Selain itu, ia juga dipenuhi pelbagai nutrien
semula jadi termasuklah phenylethylamine (PEA), phycocyanin, asid-asid
lemak poli tak tepu, klorofil dan lain-lain bagi memantapkan kelancaran
fungsi seluruh tubuh.
13. Apakah manfaat utama Mobilin™?
Mobilin
™ mengandungi sejenis molekul yang dikenali
sebagai L-selectin ligand yang telah terbukti berkesan dalam satu kajian
saintifik (lihat soalan 19) bagi merangsang pengeluaran sel-sel stem
dewasa dari sum-sum tulang.
14. Apakah manfaat-manfaat utama Phenylethylamine (PEA) dan Phycocyanin?
Phenylethylamine (PEA), sejenis nutrien yang wujud secara semula
jadi dalam sesetengah makanan seperti AFA, kerap dirujuk sebagai
"molekul ceria.” Phycocyanin pula ialah sejenis antioksidan. PEA telah
didokumenkan berkesan bagi merangsang mood atau keadaan emosi yang
sihat. Ia adalah sebatian semula jadi yang dihasilkan oleh otak apabila
seseorang berasa puas hati dan gembira. Manfaat utama Phycocyanin adalah
untuk menyeimbangkan tindak balas semula jadi tubuh terhadap proses
keradangan.
15. Adakah Stemtech AFA Extract diiktiraf Vegetarian? Kosher? Halal? Organik?
Stemtech AFA Extract ialah produk vegetarian/vegan yang tidak
mengandungi gula, pewarna tiruan, perisa tiruan, soya, tenusu, yis atau
pengawet. Ia diiktiraf
Kosher dan
Halal – sila
klik pautan ini
untuk melihat sijil-sijil pengiktirafan. Pati Stemtech AFA Extract
disahkan organik dan dihasilkan oleh sebuah kilang organik yang
diiktiraf.
16. Adakah Stemtech AFA Extract diubah secara genetik?
Tidak, Stemtech AFA Extract tidak melalui sebarang pengubahsuaian genetik.
17. Adakah Aphanizomenon flos-aquae (AFA)
yang dirumus di dalam Stemtech AFA Extract diperoleh dari ladang atau tumbuh liar?
AFA yang digunakan untuk menghasilkan Stemtech AFA Extract tumbuh liar di dalam persekitaran semula jadi.
18. Apakah syor pengambilan Stemtech AFA Extract?
Dua biji kapsul Stemtech AFA Extract disyorkan untuk diambil sekali atau dua kali sehari.
19. Apakah cara terbaik untuk mengambil Stemtech AFA Extract?
Stemtech AFA Extract boleh diambil pada bila-bila masa sahaja, sama ada bersama makanan atau dengan perut kosong.
20. Apakah bukti sains yang menyokong keberkesanan Stemtech AFA Extract?

Menurut
satu kajian silang rabun dwi-pihak (double-blind study) dengan kawalan
plasebo yang diterbitkan di dalam sebuah jurnal tersohor, Cardiovascular
Revascularization Medicine edisi September 2007, pengambilan satu gram
(dua kapsul) Stemtech AFA Extract terbukti berupaya merangsang
pembebasan semula jadi sel-sel stem dewasa, dan meningkatkan bilangan
sehingga hampir tiga juta sel stem dewasa di dalam sistem peredaran
tubuh.
21. Adakah Stemtech AFA Extract akan mengurangkan tahap sel stem dewasa di dalam sum-sum tulang saya?
Stemtech AFA Extract tidak akan menjejaskan tahap sel stem
dewasa di dalam sum-sum tulang anda. Sum-sum tulang akan terus
menghasilkan dan membebaskan sel-sel stem dewasa ke dalam saluran darah
di sepanjang hayat anda. Di dalam sum-sum tulang, sel-sel stem dewasa
membiak melalui suatu mekanisme penjanaan diri yang dikenali sebagai
pembiakan asimetri. Melalui proses ini, setiap kali sel stem dewasa
dibebaskan, ia akan meninggalkan sel ‘kembar’ di dalam sum-sum tulang
bagi mengekalkan populasi sel stem dewasa di dalam sum-sum tulang.
Peningkatan bilangan sel stem di dalam sistem peredaran, iaitu
anggaran purata 3 juta sel susulan pengambilan satu gram (2 kapsul)
Stemtech AFA Extract, adalah di dalam julat fisiologi yang normal dan
tidak membebankan sum-sum tulang sama sekali.
22. Apakah yang akan terjadi
kepada sel stem dewasa di dalam sistem peredaran sekiranya ia tidak
sampai kepada tisu-tisu yang memerlukannya?
Sel-sel stem dewasa yang tidak digunakan untuk memperbaharui tisu akan dikembalikan ke sum-sum tulang.
23. Adakah Stemtech AFA Extract mengandungi iodin?
Berbanding sesetengah rumpai dari lautan,
Aphanizomenon flos-aquae
(AFA)
yang digunakan untuk menghasilkan Stemtech AFA Extract
sebenarnya adalah spesis alga air tawar dengan kandungan iodin yang
sangat rendah - hanya 0.39 mcg setiap gram. Syor Pengambilan Harian
iodin ialah 150 mcg. Untuk rujukan, sekeping roti mengandungi hampir 6
mcg iodin; sebiji telur bersaiz sederhana mengandungi 14 mcg; dan satu
gram Kelp (sejenis rumpai laut) mengandungi sekurang-kurangnya 5000 mcg.
24. Bolehkah sel stem dewasa mencetuskan sel-sel tak normal seperti kanser?
Berbanding sel stem embrionik, sel-sel stem dewasa yang
dibebaskan dari sum-sum tulang didapati tidak pernah mengakibatkan
sebarang pertumbuhan sel tak normal. Satu hasil kajian berasaskan
Stemtech AFA Extract telah diterbitkan dalam jurnal saintifik Anticancer
Research edisi Januari 2009 yang boleh memberi maklumat lanjut mengenai
topik ini. Lawati:
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19331184
25. Adakah Stemtech AFA Extract diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat?
Stemtech AFA Extract dikategorikan sebagai suplemen pemakanan
dan bukannya ubat-ubatan. Ia tidak bertujuan untuk digunakan bagi
merawat, menyembuh atau mencegah sebarang masalah kesihatan atau
penyakit. Oleh yang demikian, ia belum lagi dinilai oleh Pentadbiran
Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, FDA
tetap bertanggung jawab bagi memantau pelabelan dan aspek keselamatan
suplemen pemakanan seperti Stemtech AFA Extract. Stemtech AFA Extract
dihasilkan di kilang berlesen yang diiktiraf FDA serta sentiasa mematuhi
Amalan Perkilangan Baik.
26. Mengapakah terdapat kenyataan berikut pada label Stemtech AFA Extract: “dapatkan nasihat doktor anda sekiranya anda hamil atau menyusu”? Apakah yang akan berlaku sekiranya saya hamil ketika sedang mengambil Stemtech AFA Extract?
Kebanyakan produk disertai label sebegini sebagai langkah
berjaga-jaga dan bukannya disebabkan oleh sebarang risiko kehamilan yang
diketahui. Sehingga kini, tiada bukti yang menunjukkan bahawa
pengambilan Stemtech AFA Extract semasa hamil boleh menimbulkan risiko
kesihatan.
27. Bolehkah Stemtech AFA Extract diambil bersama nutrien lain?
Ya. Tiada sebarang interaksi sesama nutrien yang diketahui akibat pengambilan Stemtech AFA Extract.
28. Bolehkah Stemtech AFA Extract diambil bersama produk sel stem dewasa Stemtech yang lain?
Ya, produk Stemtech dirumus khusus bagi menyokong fungsi sel stem dewasa secara menyeluruh.
Stemtech AFA Extract – menyokong pembebasan sel-sel stem dewasa dari sum-sum tulang.
StemFlo® – melancarkan pengaliran sel-sel stem dewasa, nutrien dan oksigen di dalam sistem peredaran darah.
ST-5 dengan MigraStem™ – menyokong keupayaan sel-sel stem dewasa untuk memasuki (bermigrasi ke dalam) tisu-tisu.
29. Mengapakah label produk
menyatakan bahawa orang-orang yang mengambil antikoagulan perlu mendapat
nasihat doktor sebelum mengambil Stemtech AFA Extract, dan apakah
maklumat yang dikehendaki oleh doktor mereka?
Kenyataan pada label ini adalah berkaitan sejenis ubat antikoagulan yang dipanggil Coumadin
™
atau warfarin. Pesakit yang mengambil warfarin lazimnya dinasihatkan
oleh doktor mereka supaya berhati-hati dengan tahap vitamin K di dalam
diet mereka. Seperti kebanyakan makanan hijau, Stemtech AFA Extract
mengandungi vitamin K yang wujud secara semula jadi.
Syor Pengambilan Harian (RDA) Amerika Syarikat untuk vitamin K
ialah 80 mcg. Dua kapsul Stemtech AFA Extract mengandungi lebih kurang
40 mcg vitamin K. Untuk rujukan, separuh cawan brokoli mentah yang
dipotong mengandungi hampir 100 mcg vitamin K manakala separuh cawan
bayam rebus pula mengandungi 540 mcg vitamin K.
30. Bolehkah Stemtech AFA Extract diambil bersama ubat-ubatan?
Bagi ubat-ubat selain antikoagulan (lihat soalan 29
untuk maklumat mengenai ubat-ubat antikoagulan), tidak wujud sebarang
kontraindikasi yang dikaitkan dengan pengambilan Stemtech AFA Extract.
Walau bagaimanapun, terdapat suatu teori yang mengetengahkan kemungkinan
berlaku interaksi dengan ubat-ubat antidepresan.
Seperti makanan asli yang lain seperti coklat, Stemtech AFA
Extract juga mengandungi sejenis nutrien semula jadi iaitu
phenylethylamine (PEA). PEA juga boleh dihasilkan oleh otak setiap kali
seseorang berasa puas hati dan gembira; ia dikenali sebagai “molekul
cinta”. Pengambilan PEA telah didokumenkan berkesan untuk meningkatkan
mood dan emosi. Interaksi dengan ubat-ubatan antidepresan belum pernah
dilaporkan, namun ia adalah pandangan teori dan pengguna seharusnya
mendapat nasihat doktor mereka terlebih dahulu.
31. Bolehkah seseorang yang
mengidap masalah kesihatan dan kini sedang mendapat rawatan doktor mula
mengambil Stemtech AFA Extract?
Disebabkan kandungan nutrien semula jadi PEA (phenylethylamine)
di dalam Stemtech AFA Extract, terdapat kemungkinan bahawa ia mungkin
memberi tindak balas negatif terhadap pesakit mania atau gangguan
bipolar, walaupun ianya tidak berdasarkan sebarang bukti yang kukuh (
lihat soalan 30 mengenai manfaat PEA).
Selain itu, wujud juga kemungkinan kontraindikasi Stemtech AFA
Extract terhadap mereka yang mengidap penyakit sum-sum tulang, walaupun
teori ini tidak berdasarkan sebarang bukti yang kukuh. Namun begitu,
orang-orang yang mengalami masalah-masalah kesihatan ini disyorkan untuk
mendapat nasihat doktor mereka terlebih dahulu sebelum mengambil
Stemtech AFA Extract.
Seperti juga suplemen pemakanan yang lain, anda disyorkan untuk
mendapat nasihat doktor anda sebelum mengambil Stemtech AFA Extract
sekiranya anda sedang menjalani rawatan doktor atau mengambil sebarang
ubat. Kami mengesyorkan agar anda memastikan maklumat seperti
Soalan-Soalan Lazim ini sentiasa tersedia untuk doktor atau petugas
kesihatan anda, supaya mereka boleh membuat keputusan yang sewajarnya.
Sehingga kini, tiada risiko yang diketahui akibat pengambilan Stemtech
AFA Extract.
32. Bolehkah sesiapa sahaja mengambil Stemtech AFA Extract, tanpa mengira usia?
Ya, hanya patuhi arahan pada label dan lakukan di bawah penyeliaan orang dewasa.
33. Adakah Stemtech AFA Extract menggunakan kapsul sayur-sayuran?
Ya. Khasiat Stemtech AFA Extract terkandung di dalam kapsul
sayur-sayuran yang lazim digunakan dalam industri suplemen pemakanan. Ia
tidak mengandungi gelatin atau sebarang jenis bahan sampingan haiwan.
Ia diperbuat kebanyakannya daripada selulosa, sejenis serat polisakarida
yang wujud secara semula jadi dalam sayur-sayuran.
34. Adakah prosedur sinar-X yang dilaksanakan oleh beberapa khidmat penghantaran menjejaskan produk Stemtech?
Menurut dapatan kami yang terkini, produk Stemtech tidak
terjejas sama sekali oleh radiasi sinar-X yang digunakan bagi tujuan
keselamatan oleh khidmat penghantaran terhadap bungkusan-bungkusan.
35. Adakah Stemtech AFA Extract dilindungi paten?
Ya, Stemtech AFA Extract memiliki dua paten. Paten Penggunaan merangkumi penggunaan
Aphanizomenon flos-aquae
(AFA) bagi menyokong fisiologi sel stem dewasa. Paten kedua ialah Paten
Komposisi yang telah difailkan di seluruh dunia. Ia merangkumi komponen
spesifik dalam AFA yang berperanan merangsang fungsi sel-sel stem
dewasa.
36. Mengapa warna dan bau Stemtech AFA Extract berubah-ubah? Kadang kala ia kelihatan lebih gelap, dan baunya juga berlainan?
Stemtech AFA Extract ialah produk semula jadi, dan seperti alam
semula jadi, warna dan bau biasanya tidak konsisten. Bergantung kepada
keadaan cuaca dan waktu pertumbuhan serta penuaian alga, warna pati
Stemtech AFA Extract berpaten boleh berubah dari hijau gelap ke hijau
sederhana dan adakalanya agak keperang-perangan. Baunya juga sering
berubah. Walaupun warna dan bau produk ini mungkin berubah, nutrien
penting yang menyokong fisiologi sel stem dewasa tetap sama dan tidak
terjejas sama sekali.
37. Mengapa Stemtech memilih pemasaran rangkaian sebagai saluran pengedarannya?
Teori Pembaharuan Sel Stem Dewasa melambangkan paradigma baru
dalam konsep kesihatan dan kesejahteraan. Produk Stemtech menjadi
pelopor kategori baru suplemen pemakanan yang dikenali sebagai nutrisi
sel stem dewasa. Oleh yang demikian, suatu proses pembelajaran yang
menyeluruh adalah penting untuk membantu pelanggan memahami manfaat
teknologi baru ini.
Pemasaran berangkai yang melibatkan jalinan hubungan nyata
memiliki lebih banyak kelebihan berbanding pasaran jualan runcit
konvensional kerana ia menawarkan kaedah yang lebih berkesan untuk
menjana kesedaran mengenai nutrisi sel stem dewasa dan mendidik orang
ramai mengenai paradigma "Teori Pembaharuan Sel Stem". Selain itu,
pemasaran berangkai meningkatkan kepuasan pelanggan dan usahawan dengan
mewujudkan peluang untuk mengembangkan perniagaan di rumah, menjana
pendapatan tambahan dan seterusnya memiliki bisnes milik sendiri.
Respons kepada Mr. Stephen Barrett dari MLM Watch.org
dan National Council Against Health Fraud
Baru-baru ini, orang ramai yang melayari internet untuk
memperoleh maklumat mengenai "perangsang sel stem dewasa" terperanjat
apabila membaca artikel oleh Stephen Barrett yang menimbulkan keraguan
mengenai Stemtech AFA Extract dan agen-agen perangsang sel stem yang
lain. Kami ingin mengambil peluang ini untuk memberi anda maklumat yang
lebih terperinci dan lebih tepat mengenai Stemtech AFA Extract.
Barrett memulakan artikelnya dengan memberi latar belakang yang
agak baik mengenai Stemtech AFA Extract dan Stemtech HealthSciences
(STHS). Walau bagaimanapun, dia telah membuat andaian yang tidak tepat
mengenai STHS dan Cell Tech. STHS mahupun Desert Lake Technologies TIDAK
PERNAH dikenakan sebarang tindakan saman berkaitan apa-apa dakwaan
palsu. Segala usaha yang dilakukan oleh STHS dan DLT adalah berasaskan
sains, ia sama sekali tiada hubungan dengan Cell Tech, dan semua dakwaan
kami disokong sepenuhnya oleh fakta-fakta sains yang telah diiktiraf.
Barrett juga mendakwa bahawa produk alga biru-hijau mungkin
mengandungi toksin berbahaya. (Lihat laporan di bawah mengenai
microcystin dan keracunan saraf). Sesungguhnya ia adalah satu alasan
yang tidak munasabah untuk mengetengahkan dakwaan tersebut kerana pada
ketika ini, iaitu setelah hampir satu dekad berlalu, industri ini telah
berjaya mengembangkan dan melaksanakan pelbagai program kawalan kualiti
yang ketat. Dalam senario di mana jangkitan daging oleh E.coli masih
menyumbang kepada 20,000 kes keracunan dan hampir 500 kematian setiap
tahun; di mana aflatoksin yang terkandung dalam jagung, kacang, produk
tenusu, rempah dan bahan-bahan makanan lain masih bertanggung jawab
terhadap beberapa kematian; dan di mana toksin kerang-kerangan masih
mengakibatkan berlakunya kematian setiap tahun, alga biru-hijau
sebaliknya tidak pernah dikaitkan dengan sebarang kesan yang
memudaratkan. Seperti juga produk makanan yang lain, sekiranya
bahan-bahan cemar seperti logam berat, racun makhluk perosak dan toksin
kerang-kerangan wujud dalam kuantiti di bawah tahap yang diiktiraf
selamat, maka produk tersebut adalah dianggap selamat untuk diambil.
Kenyataan yang dikeluarkan bahawa alga biru-hijau adalah berbahaya boleh
diumpamakan seperti tanggapan bahawa memakan koktel udang atau
hamburger di restoran kegemaran anda juga adalah berbahaya. Kenyataan
sebegitu mencerminkan latar belakang dan pengetahuan saintifik yang
cetek atau niat jahat untuk memesongkan keyakinan pengguna.
Barret mengesyorkan bahawa sebelum mengambil apa-apa produk,
anda hendaklah mengetahui sama ada ia terbukti selamat dan berkesan
untuk tujuan yang dinyatakan, dan untuk Stemtech AFA Extract,
soalan-soalan berikut perlu dijawab dengan sebaiknya.
Soalan-Soalan Lazim
Soalan-Soalan Lazim
- Apakah bukti yang menunjukkan bahawa pengambilan Stemtech AFA Extract mampu meningkatkan kesihatan individu?
- Adakah terdapat sebarang ujian yang menunjukkan peningkatan kesihatan di kalangan pengguna?
- Apakah bukti yang menunjukkan bahawa Stemtech AFA Extract adalah selamat untuk penggunaan jangka panjang?
- Bagaimanakah
caranya untuk meyakinkan pengguna bahawa penggunaan jangka panjang
tidak akan mengakibatkan pertumbuhan tisu yang tidak normal?
- Siapakah yang dinasihatkan untuk mengambil produk ini?
- Siapakah yang tidak disyorkan untuk mengambilnya?
1. Apakah bukti yang menunjukkan bahawa pengambilan Stemtech AFA Extract mampu meningkatkan kesihatan individu?
Pelbagai kajian yang dijalankan oleh beberapa pasukan
penyelidik di seluruh dunia, termasuk di Institut Kesihatan Nasional,
telah membuktikan dengan jelas bahawa semakin banyak sel stem dewasa
yang dibebaskan ke dalam sistem peredaran, maka semakin tinggi keupayaan
tubuh untuk mengekalkan kesihatan yang optimum. Suatu laporan yang
diterbitkan di dalam New England Journal of Medicine[2] baru-baru ini
menerangkan bahawa tahap sel stem dewasa dalam darah adalah salah satu
petunjuk terbaik untuk kesihatan kardiovaskular. Peningkatan bilangan
sel stem dewasa dalam darah telah terbukti berkesan untuk meningkatkan
kesihatan dalam pelbagai aspek. [3-6] Stemtech AFA Extract merangsang
pembebasan semula jadi sel stem dewasa dari sum-sum tulang di samping
meningkatkan bilangan sel stem dewasa dalam peredaran, seterusnya
membantu tubuh mengekalkan kesihatan yang optimum.
Sebagaimana yang harus diketahui oleh Mr. Barrett,
berbekalkan dakwaannya bahawa dia memiliki pengalaman yang luas dengan
pihak FDA, kita tidak boleh membuat sebarang dakwaan kesihatan berkaitan
Stemtech AFA Extract kerana ia dikategorikan sebagai suplemen pemakanan
dan bukannya ubat. Dakwaan keberkesanan produk kami adalah terhad
kepada dakwaan struktur dan fungsi, yang kami telah selidik dan
dokumenkan dengan kukuh. Stemtech AFA Extract menyokong pembebasan
semula jadi sel stem dewasa dari sum-sum tulang bagi membantu tubuh
mengekalkan kesihatan yang optimum. Kami mengalu-alukan peluang untuk
menerbitkan testimoni pengguna kami, namun ianya mungkin akan dianggap
sebagai dakwaan kesihatan mengikut gambaran individu semata-mata. Walau
bagaimanapun, kajian klinikal kini sedang giat dijalankan melibatkan
organ-organ dan sistem tubuh yang tertentu bagi mendokumenkan mekanisme
fisiologi sel stem dengan lebih jelas dan lebih terperinci. Laporan
klinikal akan diterbitkan apabila penyelidikan ini siap dilaksanakan
tidak lama lagi.
2. Adakah terdapat sebarang ujian yang menunjukkan peningkatan kesihatan di kalangan pengguna?
Pelbagai laporan empirikal dan testimoni telah mengesahkan
manfaat-manfaat kesihatan yang mengagumkan hasil pengambilan Stemtech
AFA Extract. Sehingga kini, banyak syarikat yang telah diarah tutup oleh
pihak FDA disebabkan dakwaan kesihatan yang dikaitkan dengan laporan
rawatan pelbagai penyakit. Kami berhasrat untuk mengekalkan dakwaan kami
mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Dietary Supplement
Health and Education Act, dan membiarkan Stemtech AFA Extract
membuktikan keupayaannya sendiri. Kami tidak teragak-agak untuk
membekalkan beberapa botol Stemtech AFA Extract kepada Mr. Barrett
supaya dia boleh merasai sendiri manfaat produk ini terhadap
kesihatannya.
3. Apakah bukti yang menunjukkan bahawa Stemtech AFA Extract adalah selamat untuk penggunaan jangka panjang?
AFA, bahan mentah yang merupakan kandungan utama Stemtech
AFA Extract, telah berada di pasaran lebih daripada dua dekad dengan
rekod keselamatan yang amat baik. Suatu kajian terhadap tikus makmal
menunjukkan bahawa pengambilan yang bersamaan dengan 2,000 kapsul AFA
sehari tidak akan menimbulkan sebarang kemudaratan terhadap kesihatan.
Malah, penulis juga mendakwa bahawa tikus yang menerima dos AFA yang
tertinggi adalah lebih sihat dan menjadi kurang agresif. Stemtech AFA
Extract ialah pati AFA dan ia adalah selamat untuk diambil seperti AFA
asli. Ia boleh diumpamakan seperti pati echinacea atau biji anggur atau
ginkgo atau jus rumput gandum yang juga seselamat tumbuhan asal
masing-masing. Hubungan di antara Stemtech AFA Extract kepada AFA asli
adalah seperti jus lobak merah kepada lobak merah asli.
Soalan ini juga mungkin merujuk kepada soal keselamatan
disebabkan peningkatan bilangan sel stem dewasa dalam sistem peredaran
setiap hari. Nyata dalam aspek ini, keselamatan tidak diabaikan sama
sekali. Julat normal untuk bilangan sel stem dalam peredaran ialah 1.2
dan 5.0 sel stem dewasa bagi setiap L darah. Peningkatan sebanyak 3-4
juta sel stem dewasa dalam peredaran bermaksud peningkatan sebanyak 1.5
sel bagi setiap L, yang masih merangkumi julat fisiologi yang normal.
Dari sudut pandangan yang berbeza, Krause et al. [7] melaporkan bahawa
satu sel stem dewasa sahaja sudah cukup untuk menjana keseluruhan sistem
hematopoietik (sel darah merah) dan sistem imun. Sekiranya hanya satu
sel stem dewasa boleh berbuat begini, maka baki berjuta-juta sel stem
dewasa dalam sum-sum tulang yang akan dibebaskan oleh Stemtech AFA
Extract pasti berupaya mengekalkan sum-sum tulang yang sihat dan kuat.
4. Bagaimanakah caranya
untuk meyakinkan pengguna bahawa penggunaan jangka panjang tidak akan
mengakibatkan pertumbuhan tisu yang tidak normal?
Pembebasan sel stem dewasa dari sum-sum tulang dan
migrasinya ke dalam tisu merupakan proses semula jadi yang berlaku
setiap hari. Stemtech AFA Extract hanya menyokong proses semula jadi ini
di samping menyeimbangkan kelancaran fungsi bagi menjana kesihatan yang
optimum. Stemtech AFA Extract tidak memperkenalkan sebarang aktiviti
luar biasa, ia hanya menyokong apa yang lazim dilakukan oleh tubuh
setiap hari. Sehingga kini, tidak ada bukti yang menunjukkan berlakunya
kanser atau masalah-masalah berkaitan pembebasan semula jadi sel stem
dewasa dari sum-sum tulang tubuh. Pertumbuhan sel tidak normal hanya
dilihat apabila saintis memanipulasi sel stem dewasa dalam tiub ujikaji
makmal.
5. Siapakah yang dinasihatkan untuk mengambil produk ini?
Stemtech AFA Extract menyokong pembebasan semula jadi sel
stem dewasa dari sum-sum tulang, yang seterusnya akan diangkut ke
seluruh tubuh bagi mengekalkan kesihatan pelbagai organ dan tisu.
Stemtech AFA Extract ialah agen sokongan harian yang menyeluruh bagi
mengekalkan kesihatan yang optimum. Ia sesuai diambil oleh sesiapa
sahaja yang ingin memberi tubuh mereka rangsangan harian tambahan bagi
memperbaharui sel sel di seluruh tubuh. Ia juga dirumus khusus bagi
mereka yang berhasrat untuk menyokong sistem pembaharuan semula jadi
tubuh.
6. Siapakah yang tidak disyorkan untuk mengambilnya?
Stemtech AFA Extract mengandungi tahap vitamin K semula jadi
yang tinggi. Oleh yang demikian, mereka yang sedang menjalani rawatan
dengan ubat-ubat antikoagulan perlu mendapat nasihat doktor terlebih
dahulu bagi melaraskan semula dos ubat masing-masing, sekiranya perlu.
Stemtech AFA Extract juga dikontraindikasi untuk sesiapa sahaja yang
mengalami penyakit sum-sum tulang, walaupun ini hanyalah berdasarkan
spekulasi semata-mata dan tidak berasaskan sebarang bukti yang kukuh.
AFA mengandungi phenylethylamine (PEA), juga dikenali
sebagai "molekul cinta" atau "molekul ceria". PEA ialah bahan semula
jadi yang dihasilkan oleh otak setiap kali seseorang berasa puas hati
dan gembira. Kekurangan PEA telah dikaitkan dengan masalah tumpuan dan
mood, dan pengambilan PEA oral nyata terbukti mampu menangani
masalah-masalah ini. Stemtech AFA Extract mengandungi pati PEA sebanyak
5mg/g. PEA bertanggung jawab mencetuskan perasaan tenang dan gembira,
iaitu yang akan dialami apabila pengguna mengambil Stemtech AFA Extract.
Disebabkan kesan PEA terhadap fungsi otak, Stemtech AFA Extract mungkin
dikontraindikasi untuk pesakit kemurungan manik yang teruk.
Akhirnya, Barrett menyatakan bahawa "Beberapa kajian, yang
kebanyakannya dijalankan terhadap haiwan makmal, telah menunjukkan
bahawa sel stem yang dibebaskan dari sum-sum tulang mampu berkembang
menjadi beberapa jenis sel matang yang lain. Walau bagaimanapun, setakat
yang saya tahu, tiada kajian berjaya membuktikan bahawa peningkatan
bilangan sel stem dalam sistem peredaran adalah selamat atau menyumbang
kepada tahap kesihatan yang lebih baik." Ungkapan ini nyata menunjukkan
betapa ceteknya pengetahuan Barrett dalam bidang nutrisi sel stem
dewasa.
Pembaca yang berminat untuk meninjau sekiranya terdapat
"hanya beberapa kajian" yang menunjukkan bahawa sel stem dewasa dalam
peredaran berupaya berkembang menjadi "beberapa jenis sel yang lain"
boleh membuat carian di Medline yang memaparkan beribu-ribu artikel
berkaitan topik tersebut. Atau hanya rujuk kepada kajian oleh Krause[7]
di mana sel stem dewasa dari sum-sum tulang didapati mampu berubah
menjadi sel-sel fungsian pada kulit, hati, kolon, usus, perut, esofagus,
buah pinggang dan paru-paru. Sel-sel stem dewasa dari sum-sum tulang
telah didokumenkan berubah menjadi sel-sel otak,[8] sel-sel jantung,[1]
sel-sel otot,[9] sel-sel pankreas [10] dan apa jua jenis sel lain di
dalam tubuh. Mengenai kenyataan kedua Barrett bahawa " tiada kajian
berjaya membuktikan bahawa peningkatan bilangan sel stem dalam sistem
peredaran adalah selamat atau menyumbang kepada tahap kesihatan yang
lebih baik," anda hanya perlu merujuk kepada kajian oleh Orlic di NIH[1]
dan oleh Werner et al.[2] Barrett hanya perlu membuat carian mudah di
perpustakaan NIH dengan kata kunci “penyembuhan oleh sel stem dewasa”
(PubMed) dan dia boleh mengelak daripada memberi tanggapan yang salah
selama ini.
Saya yakin bahawa adalah penting dari aspek etika dan
integriri umum untuk mengakhiri perbincangan ini dengan memetik
komen-komen di atas dari Stephen Barret. Barrett ialah seorang pakar
psikiatri bersara yang tidak memberi banyak komen positif mengenai
suplemen pemakanan, dan kebelakangan ini telah memilih untuk membalas
dendam terhadap apa-apa sahaja yang berkait dengan Pemasaran Rangkaian.
Malah, dia mungkin akan melancarkan peraang terhadap mentega kacang
sekiranya ia dijual melalui MLM. Serangannya terhadap pendekatan semula
jadi alternatif seperti homeopati dan perubatan herba nyata menampakkan
kejahilan dirinya.
Barrett telah menubuhkan National Council Against Health
Fraud, yang pada hakikatnya adalah ironi kerana ia melibatkan penipuan
dan memberi tanggapan yang salah. Ia tidak mewakili sebarang objektif
mahupun majlis pakar, ia tidak mewakili mana-mana organisasi kebangsaan
yang rasmi, dan ia sering memberi maklumat yang bersifat berat sebelah.
Barrett mendakwa bahawa dia mempunyai hubungan yang kukuh dengan FDA dan
merupakan pakar yang amat berpengetahuan dalam hal-hal berkaitan FDA.
Marilah kita lihat kata-kata Hakim Fromholz dari California Superior
Court Case yang akan memberi fakta sebenar mengenai Mr. Barrett. Seperti
yang dinyatakan oleh Hakim tersebut, motif Barret nampaknya lebih
memihak kepada usaha untuk memperoleh keuntungan bagi tujuan peribadi
dan bukannya berbakti untuk pendidikan umum.
Berikut adalah satu petikan daripada keputusan Hakim yang
dikeluarkan terhadap NCAHF 12/17/01 oleh Hakim Framholz dari California
Superior Court. Anda boleh membaca transkrip yang lengkap, "A Judges
View of the Quackbusters"
"Dr. Barrett telah dikemukakan beberapa isu oleh Plaintif, namun
Mahkamah mendapati bahawa terdapat pertingkahan yang besar mengenai
pembentangan yang diberi oleh pihaknya dan pihak Dr.Sampson". Oleh yang
demikian, untuk mengelakkan bukti yang bersifat duplikatif atau
kumulatif (lihat Cal. Evidence Code 352, 411, 723), testimoni Dr.
Barrett telah dihadkan kepada satu-satunya isu yang melibatkan
pengendalian FDA dalam rawatan homeopati. Kaitan terhadap isu tersebut
telah dipertikaikan kerana Plaintif sebelum ini menyatakan bahawa kes
ini tidak membangkitkan, atau bukannya untuk membuktikan, sebarang
pelanggaran undang-undang makanan dan dadah persekutuan. Walau
bagaimanapun, Palintif telah mencungkil testimoni dari Dr. Barrett
mengenai pengalamannya dengan FDA kerana isu di atas adalah berkaitan
kawalan ubat-ubat homeopati.
"Dr. Barrett ialah seorang pakar psikiatri yang bersara pada
1993, iaitu tahun sama di mana dia membiarkan lesen perubatannya tamat
tempoh. Seperti Dr. Sampson, beliau tidak memiliki sebarang latihan
formal dalam rawatan atau perubatan homeopati, walaupun beliau
berkali-kali mendakwa telah membaca dan menulis secara ekstensif
mengenai homeopati dan perubatan alternatif yang lain. Dakwaan Dr.
Barrett bahawa beliau pakar dalam isu FDA timbul daripada perbualannya
dengan ejen-ejen FDA, ulasannya terhadap artikel profesional mengenai
subjek ini di samping beberapa aktiviti pendidikan yang berterusan.
"Berkaitan dakwaannya sebagai pakar dalam isu-isu kawalan ubat
homeopati oleh FDA, Mahkamah mendapati bahawa Dr. Barrett tidak
mempunyai kelayakan yang mencukupi dalam bidang tersebut. Kemahiran
dalam undang-undang FDA melibatkan pengetahuan mendalam tentang
bagaimana agensi tersebut menguatkuasakan akta persekutuan dan peraturan
agensi itu sendiri. Pengetahuan undang-undang dan penguatkuasaan yang
didakwa oleh Dr. Barrett nyata tidak sah. Dia bukan seorang peguam,
walaupun dia mendakwa bahawa telah menghadiri beberapa semester di
sebuah sekolah perundangan jarak jauh. Walaupun Dr. Barrett telah
mengadakan beberapa perbincangan dengan wakil-wakil FDA, ia sebenarnya
berlaku sekali-sekali dan kebanyakannya adalah di atas ajakannya
sendiri, dengan tujuan utama untuk mengumpul maklumat bagi penulisan
artikel dan juga untuk dimuat naik ke laman webnya. Dia tidak pernah
memberi keterangan di hadapan mana-mana panel atau agensi kerajaan
mengenai isu-isu berkaitan kawalan ubat-ubatan oleh FDA. Kemungkinan
besar pengetahuan profesionalnya juga tidak dikemas kini kerana dia
tidak memiliki sebarang lesen perubatan selama lebih tujuh tahun. Di
atas sebab-sebab ini, tidak ada bukti kukuh yang menunjukkan bahawa Dr.
Barrett adalah pakar yang bertauliah dalam isu-isu yang ingin
dikemukakannya. Malah, tidak wujud sebarang testimoni kukuh mengenai
dakwaannya dalam sebarang isu yang dikaitkan dengan produk Defendan.
"Selain itu, Mahkamah juga mendapati bahawa kedua-dua Dr.
Sampson dan Dr. Barrett bersikap berat sebelah bagi pihak Plaintif dan
oleh yang demikian, testimoni mereka tidak akan diambil kira sepenuhnya.
Kedua-duanya merupakan ahli lembaga Plaintif yang telah lama
berkhidmat; Dr. Barrett bertindak sebagai Pengerusi. Kedua-duanya pernah
memfailkan permohonan kepada U.S. FDA pada awal tahun 1990-an untuk
menghadkan jualan sebilangan besar ubat-ubat homeopati di pasaran.
Kursus universiti Dr.Sampson telah mendedahkan apa yang dilihat sebagai
pandangan kritikal berat sebelah terhadap perubatan alternatif. Aktiviti
giat Dr. Barrett dalam penceramahan dan penulisan mengenai perubatan
alternatif juga memfokus kepada usaha untuk memusnahkan amalan tersebut.
Kedua-dua yuran saksi, menurut keterangan Dr. Barrett, dibayar daripada
satu dana yang ditubuhkan oleh NCAHF Plaintif hasil kutipan tuntutan
saman sepertimana kes yang sedang berlangsung. Berdasarkan fakta ini
sahaja, Mahkamah mendapat gambaran bahawa Dr. Barrett dan Sampson
berkemungkinan besar menerima bayaran bagi pihak NCAHF dalam kes-kes
yang akan datang sekiranya Plaintif berada di pihak yang menang.
Kedua-duanya pasti akan memperoleh sumber kewangan bagi mengkayakan lagi
dana litigasi sepertimana yang dijelaskan oleh Dr.Barrett. Oleh yang
demikian, ianya jelas bahawa kedua-dua individu ini mempunyai
kepentingan kewangan peribadi dalam perbicaraan ini. Semua faktor di
atas menggambarkan bahawa Dr. Sampson dan Dr. Barrett adalah penyokong
kukuh pihak Plaintif, dan bukannya sebagai saksi atau pakar yang neutral
atau tidak berpihak. Berdasarkan pembentangan dan fakta-fakta ini, Dr.
Barrett dan Dr.Sampson boleh dianggap sebagai klien itu sendiri, dan
oleh yang demikian, testimoni mereka hanya akan diberi sedikit
kredibiliti, sekiranya ada."
Rujukan
[1] Orlic D, Kajstura J, Chimenti S, Limana F, Jakoniuk I, Quaini F, Nadal-Ginard
B, Bodine DM, Leri A. & Piero Anversa. (2001) Mobilized bone marrow cells repair
the infracted heart, improving function and survival. PNAS 98(18):1034410349.
[2] Werner N, Kosiol S, Schiegl T, Ahlers P, Walenta K, Link A, Bohm M, Nickenig
G. (2005) Circulating endothelial progenitor cells and cardiovascular outcomes.
N Engl J Med. 8;353(10):999-1007.
[3] Bozlar M, Aslan B, Kalaci A, Baktiroglu L, Yanat AN, Tasci A. (2005) Effects
of human granulocyte-colony stimulating factor on fracture healing in rats. Saudi
Med J. 26(8):1250-4.
[4] Kong D, Melo LG, Gnecchi M, Zhang L, Mostoslavsky G, Liew CC, Pratt RE, Dzau
VJ. (2004) Cytokine-induced mobilization of circulating endothelial progenitor cells
enhances repair of injured arteries. Circulation. 110(14):2039-46.
[5] Eroglu E, Agalar F, Altuntas I, Eroglu F. (2004) Effects of granulocyte-colony
stimulating factor on wound healing in a mouse model of burn trauma. Tohoku J Exp
Med. 204(1):11-6.
[6] Tomoda H, Aoki N. Bone marrow stimulation and left ventricular function in acute
myocardial infarction. Clin Cardiol. 2003 Oct;26(10):455-7.
[7] Krause DS, Theise ND, Collector MI, Henegariu O, Hwang S, Gardner R, Neutzel
S, Sharkis SJ. (2001) Multi-organ, multi-lineage engraftment by a single bone marrow-derived
stem cell. Cell 105:369-77.
[8] Eglitis MA and Mezey VA. (1997) Hematopoietic cells differentiate into both
microglia and macroglia in the brains of adult mice. Proc. Natl. Acad. Sci. USA
Vol. 94, pp. 40804085.
[9] Camargo FD, Green R, Capetenaki Y, Jackson KA, and Goodell MA. (2003) Single
hematopoietic stem cells generate skeletal muscle through myeloid intermediates.
Nature 9(12):1520-27.
[10] Ianus A, Holz GG, Theise ND, and Hussain MA. (2003) In vivo derivation of glucosecompetent
cells from bone marrow without evidence of cell fusion. J. Clin. Invest. 111:843-850.
Asal-Usul Microcystin dan AFA
Banyak yang telah diperkatakan dan ditulis mengenai mikrocystin
sebagai bahan cemar cyanophyta Aphanizomenon flos-aquae (AFA). Segala
yang ditonton di media dan yang dibaca di Internet sebenarnya tercetus
daripada suatu peristiwa yang terjadi pada musim panas 1996, di mana
saya adalah salah seorang protagonis utama. Ketika itu, kami menganggap
bahawa salah faham mengenai maklumat ini mungkin tidak akan berlarutan
hingga kami memilih untuk tidak memberi sebarang tindak balas. Namun,
rupa-rupanya keputusan itu tidak tepat sama sekali, dan kini saya ingin
mengambil peluang untuk menerangkan kisah yang sebenarnya terjadi.
AFA ialah suplemen pemakanan yang sungguh mengagumkan dan telah
berada di pasaran selama lebih dari dua dekad. Sepanjang tempoh ini,
tiada satupun insiden yang dikaitkan dengan microcystin mahupun dengan
sebarang toksin telah dilaporkan. Namun begitu, pihak media telah
mencetuskan suatu prasangka yang makin tersebar luas mengenai AFA,
berikutan suatu peristiwa yang ‘unik’.
Pada 1996, saya berkhidmat sebagai Pengarah Penyelidikan dan
Perkembangan sebuah syarikat pemasaran dengan jualan berteraskan AFA.
Sejurus selepas ketibaan saya pada 1995, saya telah melaksanakan suatu
prosedur ujian terhadap suatu jenis toksin yang dahulunya tidak begitu
dikenali, bersama Dr. Wayne Carmichael dari Wright State University.
Toksin tersebut ialah microcystin yang dihasilkan oleh sejenis alga
biru-hijau yang dipanggil Microcystis. Oleh kerana Microcystis kerap
dilihat berulang-kali di Tasik Klamath pada musim panas, dan disebabkan
wujudnya suatu ujian baru bagi menyukat microcystin, kami memutuskan
untuk menjalankan ujian ini sebagai sebahagian daripada program kawalan
kualiti kami. Untuk mempunyai rekod selengkap yang mungkin, kami telah
menguji sampel sejauh tahun 1992. Seperti yang dijangka, microcystin
wujud dalam kuantiti kecil yang tidak mungkin berpotensi menimbulkan
sebarang masalah kesihatan.
Walau bagaimanapun, pada musim panas 1996, kami menyaksikan
ledakan Microcystis yang agak besar berbanding tahun-tahun
kebelakangannya. Selepas perbincangan yang ekstensif dengan beberapa
pakar, kami memilih untuk menjadi proaktif dengan mencetuskan kempen
bercorak pendidikan. Sama seperti kisah aflatoxin dalam kacang dan
jagung, kami memutuskan untuk mendidik pihak berkuasa tempatan dan untuk
berusaha membangunkan tahap microcystin yang selamat bagi memastikan
kualiti dan keselamatan produk. Kami telah menjemput para pegawai dari
Bahagian Kesihatan Oregon (OHD) untuk melawat kilang kami serta
memaklumkan kepada mereka mengenai microcystin dan program Kawalan
Kualiti kami. Itulah kali pertama mereka mendengar mengenai microcystin.
Kami membentangkan segala keputusan ujian, inventori produk yang
terjejas dan yang dikenal pasti oleh program kawalan kualiti kami yang
cekap; kami mendedahkan semuanya kepada mereka.
Kami sangka kami telah menjalankan tugas kami dan bertindak
dengan penuh tanggung jawab; kami menunggu respons dari OHD yang kami
sangka pasti akan memuji pendekatan yang kami ambil. Alangkah
terkejutnya kami, tidak lama kemudiannya pegawai-pegawai di OHD telah
menerbitkan suatu artikel yang menyatakan bahawa microcystin adalah
toksin yang berbahaya, dan bahawa lebih 60 orang telah maut di Brazil
akibat ketoksikan microcystin. Apa yang mereka gagal nyatakan sebenarnya
adalah bahawa insiden ini dikaitkan dengan pendedahan intravenus
melalui dialisis akibat penggunaan 25 gelen air yang tercemar dengan
microcystin. Terdapat jurang perbezaan yang amat besar antara pendedahan
intravena dan oral. Ianya diumpamakan seperti menyuntik satu sudu
mentega kacang ke dalam vena anda.
Dalam artikel yang sama, mereka juga menyatakan bahawa produk
yang mengandungi setinggi 20ppm microcystin telah dihasilkan, walaupun
mereka gagal untuk mendedahkan bahawa produk ini telah telah berjaya
dikesan oleh program kawalan kualiti yang cekap dan tidak pernah sampai
ke pasaran. Kami berasa sungguh terperanjat. Sebaik sahaja kami cuba
mempertahankan kedudukan kami, kami terus dianggap sebagai entiti
korporat yang ingin membuat keuntungan dengan meracuni orang ramai.
Fakta ini perlu dijelaskan. Walaupun tahap selamat sebanyak 20ppb telah
ditetapkan untuk aflatoksin, tahap setinggi 300ppb telah dapat
disesuaikan dan diterima pada waktu-waktu tertentu, seperti pada tahun
1998 ketika kemarau melanda petani di Midwest. Salmonella wujud dalam
0.02% telur yang dimakan oleh rakyat Amerika, dan ini bermaksud ribuan
pendedahan berisiko yang nyata setiap hari. Pencemaran daging kisar oleh
E.coli bertanggung jawab terhadap hampir 20,000 kes-kes keracunan dan
hampir 500 kematian setiap tahun. Walaupun kesemua ini dianggap sebagai
sesuatu yang masih boleh diterima umum, OHD telah mencetuskan pemahaman
yang salah dan reputasi buruk untuk produk yang sebenarnya tidak
mempunyai sebarang kesan kemudaratan.
Pegawai-pegawai di OHD bertindak lebih jauh lagi dengan
menerbitkan rencana dalam sebuah jurnal saintifik yang melaporkan bahawa
walaupun terdapat peraturan yang menghadkan tahap microcystin dalam AFA
pada 1ppm, 85 daripada 87 sampel yang diambil dari pasaran mengandungi
tahap microcystin yang lebih tinggi daripada 1ppm. Sama seperti
penerbitan sebelumnya, mereka gagal untuk menyatakan suatu maklumat yang
penting. Peraturan tersebut diluluskan pada 17 Oktober 1997. Di antara
musim panas 1996 dan tarikh kelulusan peraturan tersebut, industri ini
telah mengguna pakai tahap selamat iaitu 5 ppm yang disyorkan oleh dua
orang saintis, Dr. Wayne Carmichael, pakar dalam cyanobacteria toksik di
Wright State University, dan Dr. Gary Flamm, bekas Ketua Pakar
Toksikologi FDA di Washington. Testimoni mereka boleh didapati dari
bahagian rekod di Jabatan Pertanian Oregon (ODA). Sampel yang diuji oleh
OHD diambil dari pasaran dalam bulan-bulan selepas peraturan 1ppm
tersebut dilaksanakan. Walau bagaimanapun, semua sampel diperoleh
daripada produk yang dikeluarkan untuk dijual di pasaran sebelum
peraturan tersebut bermula, yang menepati tahap interim 5ppm yang
disyorkan oleh kedua-dua pakar ini. Jadi, walaupun industri bertindak
mengikut peraturan dan menghormati pendapat pakar, OHD sekali lagi
bertindak mengabui pengguna dengan menyimpulkan bahawa industri tidak
mempedulikan peraturan tersebut. Situasi ini adalah seperti menukar
takat kelajuan di jalanraya pada hari ini dan seterusnya menuduh orang
lain memandu terlalu laju pada hari sebelumnya. Niat untuk menipu
sesungguhnya amat jelas bagi mereka yang mengetahui situasi ini dengan
terperinci.
Dengan sokongan pakar, kami mencadangkan moratorium pada tahap 5
ppm selama 2 tahun sementara kami membiayai dana untuk kajian
keselamatan tahap microcystin yang rendah di dalam AFA. Kajian tersebut
menunjukkan bahawa OHD bergantung kepada suatu penilaian keselamatan
berdasarkan hasil ujikaji tikus makmal yang diberi larutan toksin tulen.
Proses ini pada hakikatnya boleh mengakibatkan kecederaan hati yang
serius. Dalam ujian tersebut, ada kalanya kumpulan kawalan menunjukkan
tahap ketoksikan yang lebih tinggi beerbanding kumpulan yang menerima
toksin yang paling banyak. Nyata kajian ini tidak boleh dipercayai sama
sekali. Selain itu, penggunaan toksin tulen tidak sewajarnya dilakukan.
AFA mengandungi tahap silymarin yang tinggi, iaitu sejenis bioflavanoid
yang terkenal mampu memberi perlindungan 100% daripada microcystin.
Untuk mengetahui tahap microcystin sebagai bahan cemar AFA, kita perlu
menguji microcystin dalam produk AFA. OHD menolak sebarang cadangan.
Tidak lama kemudiannya, seseorang yang rapat dengan ketua OHD,
Duncan Gilroy, memaklumkan saya bahawa tiada sebarang perbalahan pun
yang boleh mengubah keputusan OHD kerana Duncan Gilroy tidak menyukai
alga biru-hijau dan mempunyai niat jelas untuk meruntuhkan industri ini.
Walaupun selepas peraturan 1ppm dikuatkuasakan, Gilroy terus
memberitahu pelanggan bahawa tiada satupun tahap microcystin yang
selamat dan orang ramai sepatutnya berhenti mengambil produk alga
biru-hijau ini. Dalam apa jua industri, sekiranya sesuatu produk itu
adalah di bawah tahap yang diiktiraf selamat, maka produk itu dianggap
asli dan selamat untuk diambil, seperti jagung dan kacang dengan
aflatoksin, dan daging dengan E.coli.
Fakta Sebenar
Alga biru-hijau yang dituai dari Tasik Klamath dan kini dijual
di pasaran terdiri daripada 99% Aphanizomenon flos-aquae. Alga
biru-hijau dari Tasik Klamath tidak toksik sama sekali, sebagaimana yang
dibuktikan oleh penyelidikan ekstensif yang telah dijalankan selama
bertahun-tahun. Selama beberapa minggu pada musim panas, Microsystis,
sejenis alga biru-hijau yang berupaya menghasilkan toksin microcystin,
turut sama membiak dalam komuniti fitoplankton Tasik Klamath. Fenomena
ini bukanlah sesuatu yang baru, malah Microcystis kerap didapati dalam
kuantiti yang sangat kecil di Tasik Klamath. Walaupun begitu,
Microsystis tidak menimbulkan sebarang masalah kerana Desert Lake
Technologies (DLT) telah berjaya mengembangkan suatu kaedah untuk
mengasingkan alga ini dari Aphanizomenon flos-aquae.
Pada 1995, Dr. Wayne Carmichael dari Wright State University dan
Dr. Don Anderson dari Woodshole Oceanographic Institute telah dilantik
menjadi perunding salah satu ahli industri Alga Tasik Klamath, untuk
menangani isu khusus mengenai ketoksikan alga. Semasa musim panas 1996,
ledakan Microcystis yang besar telah berlaku, bermula pada awal Julai
hingga minggu ketiga bulan September. Dengan kerjasama Dr. Jake Kann,
Dr. Wayne Carmichael dan Dr. Don Anderson, situasi ini telah dibawa ke
pengetahuan umum, kerana industri ini mempunyai komitmen yang tinggi
terhadap keselamatan dan pendidikan umum. Langkah ini seterusnya telah
menarik minat Jabatan Kesihatan Oregon dan menyedarkan mereka tentang
situasi yang sedang berlaku.
Oleh kerana hanya wujud beberapa garis panduan berdasarkan
kajian-kajian persendirian, yang sendirinya diselubungi ketidakpastian,
suatu dana tanpa had telah diberi kepada University of Illinois untuk
menyiapkan penilaian risiko yang menyeluruh. Mereka menyemak semula
lebih 300 artikel saintifik, dengan matlamat untuk menilai dengan tepat
risiko yang dikaitkan dengan microcystin sebagai bahan cemar dalam
produk alga biru-hijau. Penilaian risiko ini menetapkan bahawa 10 g/g
ialah tahap yang selamat. Tahap selamat sama (5 g/g) telah disahkan oleh
suatu penilaian risiko yang dijalankan oleh Dr. Gary Flamm, bekas ketua
pakar toksikologi FDA idi Washington, DC. Tahap selamat 5 g/g ini juga
disokong oleh Dr. Wayne Carmichael dalam testimoni bertulis.
Walaupun terdapat testimoni ramai pakar dan data ekstensif yang
menyatakan bahawa tahap 5 g/g, malah 10 g/g, adalah selamat untuk
pengambilan manusia, Jabatan Pertanian Oregon telah memutuskan untuk
menguatkuasakan peraturan yang menetapkan 1 g/g sebagai kepekatan
maksimum yang boleh diterima (MAC). Tahap selamat sebenar ang ditentukan
di dalam kajian terhadap haiwan adalah di antara 2,500 dan 6,000 g
microcystin sehari. Untuk meningkatkan margin keselamatan, tahap selamat
ini seterusnya dibahagikan lagi oleh 1,000. Oleh itu, tahap selamat
yang dikemukakan, iaitu 1 g/g, adalah 1,000 kali lebih rendah berbanding
tahap yang ditetapkan selamat dalam kajian terhadap haiwan, dan ini
adalah penting bagi memastikan keselamatan yang sepenuhnya untuk
kanak-kanak. Microcystin ialah toksin hati, walau bagaimanapun, ia
sangat selamat pada tahap yang dijumpai dalam produk alga biru-hijau.
Kerosakan hati hanya akan berlaku pada tahap yang melebihi 10,000 kali
tahap selamat 1 g/g. Seseorang individu perlu mengambil lebih daripada
5,000 kapsul setiap hari untuk mencapai tahap sedemikian.
Walau bagaimanapun, industri ini menerima peraturan itu dan
segera patuh. Sepanjang proses penilaian dan selepas pelaksaan peraturan
tersebut, industri alga biru-hijau sentiasa memberi kerjasama penuh
dengan pihak ODA.
Salah satu elemen dalam proses regulatori ini yang belum
ditangani ialah pembangunan suatu esei yang sah untuk menilai kuantiti
microcystin. Esei ini dipercayai boleh dibangunkan dalam tahun berikutan
pelaksaan peraturan tersebut. Walau bagaimanapun, kerjasama di antara
pihak ODA dan FDA di Washington State, dan juga dengan universiti dan
institusi bebas, telah gagal untuk menghasilkan ujian yang sah untuk
mengukur microcystin dengan tepat pada tahap yang rendah. Namun begitu,
ujian-ujian yang sedang diguna pakai yang telah dikembangkan dan
dipertingkatkan sepanjang tempoh 5 tahun yang lalu iaitu esei
imunoserapan berkaitan enzim (ELISA) dan esei perencat protein
phospatase, adalah cukup tepat bagi memantau pematuhan, walaupun tahap
yang dijumpai dalam sampel sama yang dianalisis pada waktu yang
berlainan dan oleh makmal yang berlainan, ada kalanya boleh menunjukkan
perbezaan yang ketara.
Kesimpulannya, industri alga biru-hijau telah memainkan peranan
yang proaktif untuk menangani masalah penyebaran Microcystis di Tasik
Klamath. Ahli-ahli industri Alga Tasik Klamath telah bekerjasama dengan
Jabatan Pertanian Oregon untuk meningkatkan tahap yang dibenarkan oleh
undang-undang kepada 5 g/g. Walau bagaimanapun, DLT berhasrat untuk
mengintegrasikan sepenuhnya tahap tersebut ke 1 g/g serta mengembangkan
kaedah untuk mengurangkan kandungan microcystin. Seperti yang dinyatakan
sebelum ini, DLT telah membangunkan dan melaksanakan suatu kaedah bagi
mengasingkan Microcystis dari Aphanizomenon flos-aquae. Kebanyakan AFA
yang dituai sejak 2000 didapati mengandungi kurang daripada 1 g/g.
Aphanizomenon flos-aquae
Ulasan Laporan Ketoksikan Saraf
Aphanizomenon flos-aquae (Aph. flos-aquae) ialah spesis alga
biru-hijau berfilamen yang dituai setiap musim panas dari Hulu Tasik
Klamath di Air Terjun Klamath, Oregon. Ia kaya dengan pelbagai vitamin
(B12, karotenoid, K) dan mineral surih. Manfaat Aph. flos-aquae dihargai
oleh jutaan pelanggan, dan kebanyakannya melaporkan bahawa tenaga dan
stamina mereka semakin meningkat; manakala kecerdasan mental, daya
ingatan, tumpuan dan kesejahteraan keseluruhan juga semakin baik.
Aph. flos-aquae dari Hulu Tasik Klamath
Untuk mengetahui apakah sebenarnya Aph. flos-aquae dari Tasik
Klamath, anda perlu memahami ekosistem unik yang menjadi habitat asal
alga ini. Hulu Tasik Klamath, yang meliputi hampir 325 km2, mempunyai
luas permukaan paling besar bagi mana-mana takungan air semula jadi di
Oregon (Gearheart et al. 1995). Mata air yang banyak mengalirkan air
yang bersih melalui tanah gunung berapi yang padat dengan nutrien sejauh
berbatu-batu jaraknya di cerun pergunungan Cascade (Gearheart et al.
1995), dan enam anak sungai utama menyumbang kepada 90% aliran masuk air
ke tasik ini setiap tahun (1,527,600 ekar-kaki purata (1929-1993);
Gearheart et al. 1995). Secara amnya, Hulu Tasik Klamath digambarkan
sebagai sebuah tasik eutrofik yang sangat produktif dengan tahap nutrien
dan hidupan botani yang tinggi. Nutrien yang tinggi inilah yang
membolehkan Aph. flos-aquae membiak dengan pesat dalam dunia semula
jadi. Hulu Tasik Klamath adalah di antara beberapa ekosistem yang terus
giat menyokong ledakan pertumbuhan Aph. flos-aquae.
Hulu Tasik Klamath kadang kala dianggap tercemar disebabkan
apungan alga Aph. flos-aquae yang banyak di tasik tersebut. Pengaruh
paling ketara yang diakibatkan oleh alga biru-hijau ini adalah perubahan
sifat bahan kimia air di sekeliling kumpulan alga tersebut, terutamanya
oksigen terlarut, pH dan amonia. Sifat kimia air boleh berubah secara
drastik mengikut keadaan suhu musim panas dan saiz perkembangan alga,
hinggakan parameter ini boleh mencecah tahap yang boleh menjejaskan
spesis ikan secara langsung (Monda dan Saiki, 1993).. Ikan lazimnya akan
berkumpul di kawasan aliran masuk air yang mempunyai kualiti air yang
lebih baik, namun bilangan ikan yang terlalu banyak dan keadaan hidup
yang tertekan menyebabkan mereka lebih terdedah kepada wabak penyakit
dan kematian. Di Hulu Tasik Klamath, kematian ikan sebegitu (1971, 1986,
1995) secara amnya diakibatkan oleh penularan penyakit "Columnaris"
(Logan dan Markle, 1993) yang lazim berlaku di kolam air di dalam
keadaan yang sesak dan bersuhu tinggi (Piper et al. 1982). Impak yang
mengejutkan terhadap populasi ikan ini telah menyebabkan orang ramai
yang tidak memahami tindak balas kimia semula jadi ini mengatakan bahawa
Tasik Klamath tercemar. Pelbagai ujian untuk racun makhluk perosak,
petrokimia dan bahan-bahan cemar lain di sepanjang tempoh 10 tahun yang
lalu gagal untuk mendedahkan kewujudan bahan-bahan cemar sedemikian.
Aph. flos-aquae dan isu ketoksikan
Beberapa laporan ketoksikan saraf dalam jurnal saintifik telah
mencetuskan kebimbingan yang tidak berasas. Hakikatnya, ujian yang
dilakukan dengan kerap (lebih 300 sampel telah diuji) telah gagal untuk
membuktikan kewujudan sebarang toksin saraf. Pada lewat tahun 1990-an,
dua saman telah difailkan berkaitan ketoksikan saraf terhadap syarikat
yang menuai alga dari Tasik Klamath. Kedua-dua kes telah digugurkan
selepas usaha yang gigih untuk mengesan toksin saraf ini nyata tidak
berjaya. Akhirnya, satu kajian yang menggunakan teknologi genetik telah
berjaya membuktikan bahawa laporan ketoksikan saraf Aph. flos aquae yang
sebelum ini diterbitkan telah salah mengenalpasti spesis alga, dan
sampel alga yang toksik itu sebenarnya ialah spesis Anabaena dan
bukannya Aph. flos aquae. Di bawah ialah penjelasan yang lebih
terperinci serta data saintifik mengenai ketoksikan saraf Aph. flos
aquae.
Tasik Klamath
Artikel pertama yang melaporkan ketoksikan Aph. flos aquae
memetik ringkasan sebuah seminar Jabatan Kesihatan, Pendidikan dan
Kebajikan Amerika Syarikat pada 1960 di mana penulisnya Phinney dan Peek
(1961) merujuk kepada ledakan alga toksik yang berlaku di Hulu Tasik
Klamath pada penghujung 1950-an. Sampel ledakan alga ini telah dihantar
kepada Dr. Paul Gorham, pada masa itu berkhidmat di National Research
Council, Ottawa, Kanada, untuk analisis toksikologi. Walaupun Phinney
dan Peek melaporkan:
"tiada bukti kukuh telah diperoleh mengenai kesan toksin ini
terhadap biota Tasik dan Sungai, namun eksperimen terhadap tikus
membuktikan bahawa pengambilan bahan alga ini boleh membawa maut dengan
cepat manakala suntikan intraperitoneal ekstrak akueus boleh menyebabkan
kematian hampir serta-merta"
Gorham mendapati bahawa sampel tersebut bukanlah Aph. flos-aquae
tulen, sebaliknya adalah campuran Aph. flos-aquae dan Microcystis -
sejenis alga yang terkenal dengan penghasilan microcystin. Gorham
membuat kesimpulan bahawa ketoksikan tersebut bukanlah disebabkan oleh
Aph. flos-aquae, tetapi sebenarnya daripada Microcystis (Gorham, 1964;
Carmichael dan Gorham, 1980; Gorham, komunikasi peribadi ke W.W.C.,
1995).
Artikel kedua mengenai Tasik Klamath menyentuh mengenai
ringkasan awal ujian ketoksikan Aph. flos-aquae di Hulu Tasik Klamath
yang diterbitkan oleh Gentile (1971) dalam ulasan artikel mengenai
toksin alga biru-hijau dan hijau. Esei tikus (n=1) telah dijalankan ke
atas isolat koloni Aph. flos-aquae yang dikulturkan untuk suatu tempoh
masa yang singkat di makmal. Tanda-tanda keracunan pada tikus itu telah
dilaporkan sama seperti yang berlaku di Tasik Kezar, New Hampshire.
(Lihat di bawah). Sampel Aph. flos-aquae kemudiannya didapati
menghasilkan sejenis toksin yang mempunyai persamaan dengan saxitoksin
dan derivatifnya.
Dalam kedua-dua artikel, beberapa elemen telah dikenalpasti
menimbulkan kesangsian berkaitan kemungkinan ketoksikan saraf oleh Aph.
flos-aquae di Hulu Tasik Klamath. Ini termasuklah:
- ketiadaan pengesahan taksonomi yang menunjukkan bahawa Aph. flos-aquae ialah alga dominan dalam kultur yang diuji;
- ketiadaan bioesei tikus yang lengkap yang mungkin boleh
membantu menentukan dos minimum yang boleh membawa maut, LD50 dan
ketoksikan berbanding piawaian saxitoksin sedia ada; dan
- Ketiadaan pengesahan ketoksikan oleh makmal-makmal lain yang membuat ujian terhadap toksin saraf ini.
Di atas sebab-sebab ini, kesimpulan tidak dapat dibuat
mengatakan Aph. flos-aquae dari Hulu Tasik Klamath menghasilkan toksin
saraf. Sebagaimana yang dipetik oleh Gentile (komunikasi peribadi kepada
W.W.C., Mac 27, 1996), "Ujian ketoksikan anekdot terhadap flos-aquae
dari Hulu Tasik Klamath hendaklah diuji semula dengan terperinci sebelum
membuat sebarang kesimpulan bahawa alga ini menghasilkan toksin". Ujian
ketoksikan berkala pada tahun 1980-an termasuk ujian yang kerap
dijalankan sejak 1991 telah gagal mendedahkan sebarang toksin saraf
dalam Aph. flos-aquae dari Hulu Tasik Klamath (Carmichael et al., 2000).
Sampel Aph. flos-aquae dari lokasi lain
Walaupun tiada langsung bukti ketoksikan saraf sebagaimana yang
diuji beberapa kali menggunakan HPLC dan bioesei tikus, rasa sangsi
masyarakat terhadap kemungkinan berlakunya ketoksikan saraf akibat Aph.
flos-aquae dari Tasik Klamath terus menebal disebabkan penemuan tiga
sampel Aph. flos-aquae yang mengandungi toksin saraf di tempat-tempat
lain (Amerika Syarikat dan Finland).
Sawyer et al. (1968) dan Gentile dan Maloney (1969) melaporkan
ketoksikan sejenis Aph. flos-aquae dari spesis bukan pembentuk koloni
yang mampu membunuh ikan dan tikus makmal. Aph. flos-aquae ini diperoleh
dari Tasik Kezar di New Hampshire. Ini disusuli dengan laporan
ketoksikan Aph. flos-aquae yang diasingkan dari apungan alga air di
Finland (Rapala et al. ,1993). Kajian-kajian ini menunjukkan dengan
jelas bahawa Aph. flos-aquae bersifat toksik hanya di beberapa lokasi
geografi. Ia juga mendemonstrasikan bahawa adalah tidak mustahil untuk
Aph. flos-aquae yang tidak toksik berubah menjadi toksik di dalam
persekitaran tertentu.
Pada ketika ini, pemahaman umum di kalangan saintis adalah
bahawa sesetengah strain Aph. flos-aquae mampu menghasilkan toksin
saraf, namun kebanyakan strain, temasuk yang terdapat di Tasik Klamath,
adalah tidak toksik.
Salah satu aspek yang menjadi tumpuan saintis ialah sebuah
artikel yang menyatakan bahawa sample toksik Aph. flos-aquae berasal
dari spesis bukan pembentuk koloni. Dalam erti kata lain, strain toksik
yang telah dikenal pasti sebagai Aph. flos-aquae sebenarnya bukanlah
Aph. flos-aquae yang biasa dan pengenalpastian asal itu mungkin tidak
tepat. Hakikatnya, sempadan yang memisahkan di antara Aph. flos-aquae
dan sesetengah spesis Anabaena adalah tidak jelas dan pengenalpastian
yang salah boleh menimbulkan pelbagai masalah. Anabaena spp. terkenal
kerana ia mampu menghasilkan pelbagai jenis toksin saraf.
Perkembangan terkini dalam genetik telah menghasilkan alat-alat
bagi menentukan, menggunakan persamaan genetik, sama ada strain toksik
Aph. flos-aquae adalah spesis yang sama seperti strain yang tidak
toksik. Baru-baru ini, Li et al. (2000) telah menunjukkan bahawa semua
strain toksik Aph. flos-aquae adalah sama sekali tidak sama dari aspek
genetik kepada strain tidak toksik, dan kemungkinan besar ia tergolong
dalam genera Anabaena.
Kes-Kes Mahkamah
Marilah kita membincangkan secara ringkas mengenai dua kes saman
yang melibatkan isu ketoksikan saraf Aph. flos-aquae dari Tasik
Klamath.
Dalam kes pertama, seorang individu bernama Mr. Fineman telah
mendakwa bahawa pengambilan Aph. flos-aquae boleh mencetuskan neuropati.
Perbicaraan mendedahkan bahawa Mr. Fineman telah mengidap kencing manis
sejak zaman kanak-kanak lagi, dan dia telah banyak kali mengalami
episod neuropati. Selepas dua tahun berurusan dengan beberapa makmal di
seluruh dunia untuk mengesan dan mengenal pasti toksin saraf di dalam
Aph. flos-aquae, Mr. Fineman akhirnya terpaksa menarik balik saman
tersebut disebabkan kekurangan bukti. Mahkamah mengarahkan Mr. Fineman
mengeluarkan kenyataan berikut:
"Saya, Samuel Fineman, memfailkan tuntutan saman terhadap
Cell Tech dan Kollmans kerana saya menyangka kesihatan saya telah
terjejas disebabkan kandungan produk Cell Tech. Ujian dan penyelidikan
(termasuk ujian untuk toksin saraf) tidah mendapati kewujudan
bahan-bahan sedemikian. Oleh yang demikian, saya telah bersetuju untuk
menarik balik keseluruhan tuntutan saman saya itu."
Dalam kes kedua, syarikat Cell Tech telah memfailkan tuntutan
saman terhadap seorang individu, lawsuit Mark Thorson, yang telah
berulang kali memuat naik artikel dalam internet menyatakan bahawa Aph.
flos-aquae dari Tasik Klamath mengandungi toksin saraf yang serupa
dengan kokain dan boleh memudaratkan. Sekali lagi, selepas
bertungkus-lumus untuk membuktikan dakwaannya, Mr. Thorson terpaksa akur
dengan keputusan mahkamah bahawa dia telah tewas dalam perbicaraan
tersebut. Dia juga telah diarahkan untuk mengeluarkan kenyataan berikut
dalam internet:
"Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, dari semasa ke
semasa, saya telah memuat naik suatu fail yang dipanggil "An Anatoxin-a
Primer" ke laman web ini dan juga ke beberapa laman web yang lain. Saya
kini menarik balik kenyataan yang saya buat di dalam Anatoxin-a Primer.
Anatoxin-a Primer menggambarkan bahawa Super Blue Green
Algae dari Tasik Klamath yang dikilang oleh Cell Tech mengandungi
anatoxin-a (sejenis toksin saraf I yang dikategorikan sebagai boleh
menyebabkan ketagihan), dan bahawa Cell Tech sengaja mengelak daripada
menjalankan ujian pengesahan untuk toksin ini kerana anatoxin-a
bertanggung jawab terhadap kesan-kesan yang dilaporkan oleh pengguna
SBGA. Namun begitu, saya telah dimaklumkan bahawa Cell Tech kerap
menjalankan ujian-ujian pengesahan untuk anatoxin-a, dan bahawa toksin
ini tidak pernah ditemui dalam Super Blue Green Algae. Saya telah
membuat kenyataan tidak berasas tentang Anatoxin-a Primer, dan oleh itu,
saya telah menarik balik dakwaan saya dengan sepenuhnya."
Kedua-dua kes ini adalah menarik kerana ia melibatkan
demonstrasi terperinci bahawa Aph. flos-aquae dari Tasik Klamath tidak
mengandungi toksin saraf. Kedua-dua kes juga mengguna pakai khidmat
beberapa makmal di seluruh dunia yang memiliki keupayaan dan kepakaran
untuk mengesan dan menentukan kuantiti toksin saraf dalam Aph.
flos-aquae dari Tasik Klamath, namun tiada satu pun yang berjaya memberi
keputusan positif.
Ringkasan
Kesimpulannya, laporan-laporan ujian membuktikan bahawa
ketoksikan saraf yang dikatakan berlaku akibat Aph. flos-aquae
sebenarnya adalah berpunca daripada satu spesis yang dikenali sebagai
Anabaena. Semua sampel yang dikenal pasti sebagai Aph. flos-aquae oleh
teknologi PCR (genetik) dilaporkan tidak toksik. Selain itu, dua
tuntutan saman berprofail tinggi juga gagal membuktikan kewujudan
sebarang toksin saraf dalam Aph. Flos-aquae dari Hulu Tasik Klamath.
Secara ringkasnya, kesemua data yang diperoleh menunjukkan
bahawa Aph. flos-aquae dari Hulu Tasik Klamath adalah tidak toksik sama
sekali.
Rujukan
Carmichael, W.W., Drapeau, C., and Anderson, D.M. (2000) Harvesting of Aphanizomenon
flos-aquae Ralfs ex Born. & Flah. Var. flos-aquae (Cyanobacteria) from Klamath
Lake for human dietary use, J. App. Phyco., vol. 12, pp. 585-595.
Carmichael, W.W., and P.R. Gorham. (1980) Freshwater cyanophyte toxins, In: Algae
Biomass, Elsevier, New York, pp. 437-448.
Gearheart, R.A., J.K Anderson, M.G. Forbes, M. Osburn, and D. Oros. (1995) Watershed
strategies for improving water quality in Upper Klamath Lake, Oregon. Humboldt State
University, Environmental Resources Engineering Department. 3 Volumes.
Gentile, J.H., and T.E. Maloney. (1969) Toxicity and environmental requirements
of a strain of Aphanizomenon flos aquae (L.) Ralfs, Can. J. Microbiol., vol. 15
(2), pp. 165-173.
Gentile, J.H. (1971) Blue green and green algal toxins. In: Microbial Toxins, Vol.
7, Academic Press, New York, pp. 27-67.
Gorham, P.R. (1964) Toxic Algae. In: Algae and Man, Plenum Press, New York, pp.
307-306.
Logan, D.J., and D.F. Markle (1993) Fish faunal survey of Agency Lake and northern
Upper Klamath Lake, Oregon. In Environmental research in the Klamath Basin, Oregon
- 1992 Annual Report. S.G. Campbell (ed.) p. 341.
Monda, D.P. and M.K. Saiki. (1993) Tolerance of Juvenile Lost River and Shortnose
suckers to high pH, ammonia concentration, and temperature, and to low dissolved
oxygen concentration. In Environmental research in the Klamath Basin, Oregon - 1992
Annual Report. S.G. Campbell (ed.) p. 341.
Piper, R.G, I.B. McElwain, L.E. Orme, J.P. McCraren, L.G. Fowler, and J.R. Leonard.
(1982) Fish Hatchery Management. U.S. Department of the Interior, Fish and Wildlife
Service. Washington D.C. p. 517.
Phinney, H.K. and Peek, C.A. (1961) Klamath Lake, an instance of natural enrichment.
In Transactions of the seminar on Algae and Metropolitan Wastes. U.S. Public Health
Service, pp. 22-27.
Rapala, J., Sivonen, K., Luukkainen, R., and S.I. Niemela. (1993) Anatoxin-a concentration
in Anabaena and Aphanizomenon under different environmental conditions and comparison
of growth by toxic and non-toxic Anabaena strains - a laboratory study, J. Applied
Phycol., vol. 5, pp. 581-591.
Li, R., Carmichael, W.W., Liu, Y., and Watanabe, M.M. (2000) Taxonomic re-evaluation
of Aphanizomenon flos-aquae NH-5 based on morphological and 16 rRNA gene sequences,
Hydrobiologica, vol. 438, pp. 99-105.
Sawyer, P.J., Gentile J.H., and J.J. Sasner. (1968) Demonstration of a toxin from
Aphanizomenon flos-aquae (L.) Ralfs, Can. J. Microbiol., vol. 14, pp. 1199-1204.
Kualiti dan Keselamatan Alga Biru-Hijau Tasik Klamath
Gambaran Keseluruhan
Alga Tasik Klamath ialah suplemen pemakanan penuh khasiat yang
dituai setiap musim panas dari Hulu Tasik Klamath di Air Terjun Klamath,
Oregon. Ia terdiri hampir sepenuhnya daripada spesis alga biru-hijau
Aphanizomenon flos-aquae. Aph. flos-aquae padat dengan nutrien seperti
vitamin, mineral, asid amino perlu dan protein. Alga Tasik Klamath amat
berkhasiat khususnya untuk meningkatkan tenaga dan memperbaiki kesihatan
keseluruhan.
Alga Tasik Klamath dari Hulu Tasik Klamath adalah tidak toksik
sama sekali. Walau bagaimanapun, seperti juga kebanyakan produk
pertanian, Alga Tasik Klamath mungkin mengandungi bahan-bahan semula
jadi, mikroorganisme atau produk sampingan aktiviti manusia yang perlu
dipantau dan dikawal. Setiap kelompok (lot) Alga Tasik Klamath terpaksa
melalui pelbagai kajian saintifik bagi memastikan agar alga tersebut
sentiasa menepati piawaian keselamatan dan ketulenan yang paling ketat.
Hasilnya, Alga Tasik Klamath adalah salah satu produk makannan yang
paling asli dan paling selamat di pasaran.
Alga Tasik Klamath dari Hulu Tasik Klamath
Untuk mengetahui apakah sebenarnya Aph. flos-aquae dari Tasik
Klamath, anda perlu memahami ekosistem unik yang menjadi habitat asal
alga ini. Hulu Tasik Klamath, yang meliputi hampir 325 km2, mempunyai
luas permukaan paling besar bagi mana-mana takungan air semula jadi di
Oregon (Gearheart et al. 1995). Mata air yang banyak mengalirkan air
yang bersih melalui tanah gunung berapi yang padat dengan nutrien sejauh
berbatu-batu jaraknya di cerun pergunungan Cascade (Gearheart et al.
1995), dan enam anak sungai utama menyumbang kepada 90% aliran masuk air
ke tasik ini setiap tahun (1,527,600 ekar-kaki purata (1929-1993);
Gearheart et al. 1995). Secara amnya, Hulu Tasik Klamath digambarkan
sebagai sebuah tasik eutrofik yang sangat produktif dengan tahap nutrien
dan hidupan botani yang tinggi. Nutrien yang tinggi inilah yang
membolehkan Aph. flos-aquae membiak dengan pesat dalam dunia semula
jadi. Hulu Tasik Klamath adalah di antara beberapa ekosistem yang terus
giat menyokong ledakan pertumbuhan Aph. flos-aquae.
Pada asalnya, Upper Klamath Lake merupakan ekosistem yang sangat
produktif (eutrofik) dengan kepelbagaian flora disebabkan aliran
nutrien semula jadinya yang tinggi (Gearheart et al. 1995). Walaupun
istilah eutrofik lazimnya dikaitkan dengan masalah kualiti air yang
terjejas, pada realitinya, satu takungan air semula jadi boleh bersifat
eutrofik dan pada masa yang sama, mempunyai ekologi yang sihat. Di dalam
laporan 1967 Miller dan Tash, mereka telah menggambarkan lapisan
sedimen yang kaya dengan nutrien yang terletak pada kedalaman beberapa
kaki di bawah Hulu Tasik Klamath. Mereka melaporkan bahawa
nutrient-nutrien penting di Hulu Tasik Klamath dibekalkan melalui proses
geologi semula jadi dalam kuantiti yang cukup untuk mengekalkan ledakan
alga. Walau bagaimanapun, ini tidak termasuk pengumpulan nutrien
daripada sumber bukan mata air tempatan atau takungan hulu
(kebanyakannya akibat pengurusan hutan dan tanah pertanian yang tidak
lancar); Gearheart et al. 1995). Maklumat terkini menunjukkan bahawa
aktiviti manusia telah meningkatkan pengumpulan nutrien di tasik hingga
melebihi tahap asal (Bortleson dan Fretwell 1993; Gearheart et al.
1995). Namun begitu, kebanyakan debat terkini menumpukan kepada kesan
nutrien tambahan ke atas persekitaran yang sudah pun produktif.
Pengumpulan nutrien internal dan eksternal boleh mempengaruhi kepekatan
nutrien dalam tasik (Bortleson dan Fretwell 1993) dan mungkin juga
komposisi plankton. Walau bagaimanapun, kekurangan data saintifik jangka
panjang menyebabkan kita sukar untuk menentukan punca sebenar. Kaffka
et al. (1995) memberi komen bahawa tahap fosforus dalam kajian-kajian
yang telah dijalankan adalah, menurut ramai pakar limnologi, melebihi
tahap yang boleh menjejaskan pertumbuhan alga. Beliau menyimpulkan
bahawa pengaruh antropogenik (manusia) di tasik ini tidak begitu
menyumbang kepada keadaan sekitar berbanding proses semula jadi. Namun
begitu, semasa ledakan alga yang besar di Hulu Tasik Klamath, tahap
fosforus terlarut berkurangan hingga sampai ke tahap yang boleh
menjejaskan ekologi (Gearheart et al. 1995). Pakar-pakar biologi lain
(Gearheart et al. 1995; Bortleson dan Fretwell 1993; Kann dan Smith
1993; Miller dan Tash 1967) telah merekodkan peningkatan dalam
produktiviti dan pertumbuhan alga di sepanjang abad yang lalu. Bortleson
dan Fretwell (1993) pula menyatakan bahawa peningkatan produktiviti ini
boleh memudaratkan ikan-ikan dan bahawa sistem yang sebegitu produktif
adalah berpotensi untuk menggalakkan saiz ledakan alga, dengan itu
menjejaskan populasi ikan dengan lebih teruk. Untuk memerangi perubahan
yang bakal terjadi ini, kebanyakan pakar biologi Tasik Klamath telah
menyatakan sokongan untuk usaha-usaha pemuliharaan alam semula jadi
melalui pemuliharaan paya bakau dan pelaksanaan amalan pengurusan tanah
yang sewajarnya di takungan air itu.
Oleh kerana aktiviti-aktiviti pertanian dan perhutanan
dijalankan di tanah yang bersempadan dengan Hulu Tasik Klamath (walaupun
lebih 70% takungan air ini adalah di bawah pemilikan persekutuan),
sisa-sisa yang diakibatkan olehnya akan terus mengalir memasuki Hulu
Tasik Klamath. Walaupun persoalan mengenai kesan penambahan nutrien
(kadang kala dirujuk secara teknikal sebagai pencemaran sumber
"non-point") terhadap kualiti air tasik dan produktiviti tasik memang
wujud, ia tidak menjejaskan keselamatan dan ketulenan Aph. flos aquae
untuk pengambilan manusia. Walaupun perkataan "tercemar" membawa impak
yang mendalam dari aspek emosi mahupun politik, ianya berlainan dalam
ekosistem Hulu Tasik Klamath di mana ia menggambarkan satu keadaan di
mana kepekatan nutrien terlarut (fosforus dan nitrogen) telah meningkat
ke tahap yang lebih tinggi daripada yang pernah direkodkan sebelum ini.
Nutrien ini seterusnya telah memberi kesan yang mendalam terhadap
hidupan akuatik tasik dengan merangsang pertumbuhan alga dan menjejaskan
sifat-sifat kimia (oksigen terlarut, pH, amonia, dsb) dalam air tasik.
Apabila Hulu Tasik Klamath dikatakan tercemar, terma ini lazimnya
merujuk kepada tahap nutrien yang wujud, pengaruhnya terhadap
pertumbuhan alga, dan impak pertumbuhan alga ini rterhadap hidupan
akuatik tasik. Air Hulu Tasik Klamath sebenarnya bebas sepenuhnya
daripada bahan cemar dan bahan cemar toksik buatan manusia. Nutrien yang
mengalir ke dalam Hulu Tasik Klamath mempunyai ciri yang sama seperti
baja yang dijumpai dalam lapisan tanah atas (sebatian nitrogen dan
fosforus). Walaupun air ini tidak disyorkan untuk pengambilan manusia
secara langsung, ia mengandungi komponen yang sangat penting sebagai
medium pertumbuhan semua tumbuhan, termasuk alga dalam Hulu Tasik
Klamath. Untuk alga, Hulu Tasik Klamath adalah umpama tanah yang subur
dan kaya nutrien untuk mana-mana sayur-sayuran.
Salah satu sebab kenapa Hulu Tasik Klamath dikatakan tercemar
atau dipercayai tercemar, tanpa mengira sumber nutriennya, ialah
disebabkan tahap Aph. flos-aquae yang amat banyak dalam tasik tersebut.
Pertumbuhan alga yang sebegitu banyak lazimnya dikaitkan dengan
pencemaran. Salah satu pengaruh paling ketara yang diakibatkan oleh
pertumbuhan alga yang terlalu banyak ialah perubahan ciri-ciri kimia
dalam air di sekeliling apungan alga yang sedang berkembang itu. Dalam
cahaya matahari, alga menggunakan karbon dioksida dan menghasilkan
oksigen sebagai produk sampingan fotosintesis (penukaran tenaga cahaya
ke tenaga kimia). Disebabkan kelarutan oksigen dalam air yang terhad
pada suhu yang tinggi, hanya sedikit oksigen sahaja akan larut dalam air
manakala yang selebihnya akan dibebaskan ke atmosfera. Walau
bagaimanapun, pada waktu malam, alga tidak menjalankan fotosintesis,
sebaliknya menggunakan oksigen dan dengan itu mengurangkan jumlah
oksigen terlarut dalam air. Apabila apungan alga berkurangan dan sel-sel
mula mati, keperluan oksigen untuk saki-baki alga pada waktu malam dan
juga untuk bahan-bahan yang mereput dalam air boleh mengurangkan tahap
oksigen dalam Hulu Tasik Klamath ke tahap yang boleh menjejaskan
kesihatan haiwan akuatik. Tahap karbon dioksida yang kerap turun naik
juga mencetuskan perubahan pH tasik yang secara langsung atau tidak
langsung boleh mempengaruhi kesihatan ikan dalam kawasan terbabit.
Dengan keadaan musim panas dan apungan alga yang besar, sifat kimia air
boleh berubah dengan drastik manakala oksigen terlarut, pH dan amonia
boleh mencecah tahap yang boleh memberi kesan kepada spesis ikan secara
langsung (Monda dan Saiki, 1993). Sekiranya ikan tidak terjejas secara
langsung, ia boleh menjadi tertekan akibat keadaan persekitaran dan
ketahanan mereka terhadap parasit dan penyakit juga akan berkurangan.
Ikan-ikan ini seterusnya akan berkumpul di dalam dan/atau berdekatan
aliran masuk air di kawasan air yang berkualiti lebih baik, namun
bilangannya yang ramai dan keadaannya yang tertekan membuatkan ia lebih
mudah diserang penyakit dan mati. Di Hulu Tasik Klamath, kematian ikan
yang sebegitu banyak (1971, 1986, 1995) lazimnya disebabkan oleh wabak
"Columnaris" (Logan dan Markle, 1993). Wabak ini lazimnya berlaku di
kolam ikan yang sesak dan bersuhu tinggi (Piper et al. 1982), akibat
sejenis bakteria yang boleh menjangkiti ikan secara khususnya. Di bawah
keadaan tertentu, Columnaris, yang biasanya terkawal, mungkin akan
meledak dan mengakibatkan kematian yang teruk dalam masa satu atau dua
hari selepas ia mula muncul (Piper et al. 1982).
Walaupun spesis alga yang kini dikaitkan secara tidak langsung
dengan kematian ikan di Hulu Tasik Klamath ini ialah Aph. flos-aquae,
jenis tindak balas sebegini terhadap suhu yang tinggi dan keadaan air
yang berubah akibat fotosintesis adalah tidak terhad kepada waktu,
lokasi atau spesis yang tertentu. Kematian ikan yang banyak di Hulu
Tasik Klamath pada mulanya telah dilaporkan oleh Gilbert pada buan Jun
1894 (Logan dan Markle 1993). Walaupun kematian ini mungkin
sebahagiannya diakibatkan oleh tekanan selepas mengawan, kemungkinan
besar keadaan panas yang tenang dan ledakan alga yang terhasil mungkin
menjejaskan keadaan air dan menyumbang kepada kejadian tersebut.
Walaupun ini memberi gambaran bahawa ledakan alga di Hulu Tasik Klamath
adalah bersifat semula jadi dan berlaku sebelum sebarang aktiviti
antropogenik besar-besaran di sekitar tasik, kekerapan kematian ikan
nampaknya semakin bertambah dari semasa ke semasa. Kematian ikan yang
banyak pada musim panas juga telah dilaporkan di beberapa tasik yang
kaya dengan nutrien di Kanada (Barica 1975). Dalam usaha untuk
memulihkan populasi ikan yang kian berkurangan di Hulu Tasik Klamath,
kerjasama ekstensif di antara agensi alam sekitar tempatan telah
dimulakan bagi menerokai kaedah dan mengambil tindakan yang sewajarnya
untuk memperbaiki keadaan yang boleh mengakibatkan kematian ikan-ikan
ini.
Rujukan
Barica, J. 1975. Summerkill risk in prairie ponds and possibilities of its prediction.
Journal Fisheries Research Board of Canada. Vol 32, pp. 1283-1288.
Bortleson G.C., and M.O. Fretwell. 1993. A review of possible causes of nutrient
enrichment and decline of endangered sucker populations in the Upper Klamath Lake,
Oregon. U.S.G.S. Water-Resources Investigations Report 93-4087, p. 24.
Gearheart, R.A., J.K Anderson, M.G. Forbes, M. Osburn, and D. Oros. 1995. Watershed
strategies for improving water quality in Upper Klamath Lake, Oregon. Humboldt State
University, Environmental Resources Engineering Department. 3 Volumes.
Kaffka, S.R., Lu, T.X., and H.L. Carlson. 1995. An assessment of the effects of
agriculture on water quality in the Tule lake Region of California. Research Progress
Report 108. Univ. Of California. p. 85.
Kann, J. and V.H. Smith. 1993. Chlorophyll as a predictor of elevated pH in a hypertrophic
Lake: Estimating the probability of exceeding critical values for fish success.
Klamath Tribes Research Report: KT-93-02. The Klamath Tribes, Chiloquin, Oregon.
p. 22.
Logan, D.J., and D.F. Markle 1993. Fish faunal survey of Agency Lake and northern
Upper Klamath Lake, Oregon. In Environmental research in the Klamath Basin, Oregon
- 1992 Annual Report. S.G. Campbell (ed.) p. 341.
Matsunaga, S., Moore, R.E., Niernezura, W.P., and W.W. Carmichael. 1989. Anatoxin-a(s)
a potent anticholinesterase from Anabaena flos-aquae, J. Amer. Chem. Soc., vol.
111, pp. 8021-8023.
Miller, W.F, and J.C. Tash. 1967. Interim report: Upper Klamath Lake Studies, Oregon,
Federal Water Pollution Control Administration. p. 37.
Monda, D.P. and M.K. Saiki. 1993. Tolerance of Juvenile Lost River and Shortnose
suckers to high pH, ammonia concentration, and temperature, and to low dissolved
oxygen concentration. In Environmental research in the Klamath Basin, Oregon - 1992
Annual Report. S.G. Campbell (ed.) p. 341.
Oshima, Y., Sugino, K., and T. Yasumoto. 1989. Latest advances in HPLC analysis
of paralytic shellfish toxins. In: Mycotoxins and phycotoxins, Natoris, S., Hashimoto,
K., and Ueno, T. [Eds], Elsevier, New York, pp. 319-326.
Piper, R.G, I.B. McElwain, L.E. Orme, J.P. McCraren, L.G. Fowler, and J.R. Leonard.
1982. Fish Hatchery Management. U.S. Department of the Interior, Fish and Wildlife
Service. Washington D.C. p. 517.
SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI DRAF GARIS PANDUAN FDA
PRODUK KOMPLEMENTARI DAN ALTERNATIF SERTA KAWALANNYA OLEH PENTADBIRAN DADAH DAN UBAT-UBATAN
S: Adakah Draf Garis Panduan ini mengubah undang-undang kawalan FDA terhadap suplemen pemakanan seperti Stemtech AFA Extract?
J: Tidak – Draf Garis Panduan ini menyatakan definisi
produk CAM yang disyorkan oleh FDA dan menerangkan bagaimana
produk-produk ini, bergantung kepada bagaimana ia dilabel dan dipasarkan
serta untuk tujuan tertentu, akan dimasukkan ke dalam kategori
pengawalan FDA sedia ada seperti "ubat", "biologik", "alatan" atau
"makanan" (termasuk “suplemen pemakanan”).
S: Bolehkah produk suplemen pemakanan masih
dipasarkan dengan dakwaan struktur/fungsi seperti "menyokong pembebasan
semula jadi sel-sel stem dewasa”?
J: Ya – Draf Garis Panduan ini tidak menjejaskan
dakwaan struktur/fungsi yang sah untuk makanan atau suplemen pemakanan,
dan tidak mengubah apa-apa kaedah kawalan untuk produk yang menghasilkan
dakwaan sedemikian.
S: Sekiranya pengedar atau pengilang membuat
dakwaan secara lisan atau bertulis yang menyatakan bahawa sesuatu
suplemen pemakanan mampu mencegah atau merawat penyakit, bagaimanakah
produk itu akan dikawal mengikut Draf Garis Panduan ini?
J: Sebagai ubat yang salah di sisi undang-undang –
Dakwaan pencegahan atau rawatan penyakit, seperti mencegah atau merawat
kanser, kencing manis, artritis atau penyakit lain, akan menyebabkan FDA
mengkategorikan suplemen pemakanan tersebut sebagai ubat yang salah di
sisi undang-undang. Namun begitu, sekiranya ia disertai dakwaan
kesihatan yang diluluskan oleh FDA, maka dakwaan mengenai pencegahan
penyakit mungkin akan dibenarkan. Dakwaan untuk rawatan pnyakit adalah
salah di sisi undang-undang, walaupun sebelum pelaksanaan Draf Garis
Panduan hinggalah pada saat ini. Dakwaan untuk mengurangkan risiko atau
mencegah penyakit tidak seharusnya dibuat dalam konteks jualan suplemen
pemakanan tanpa mengesahkan terlebih dahulu bahawa dakwaan sedemikian
adalah sah dan diiktiraf FDA.
sumber http://fauziahmad.stemtechbiz.com.my/malay/
© 2013 Stemtech International, Inc. - Semua hak terpelihara.