Wednesday, August 14, 2013

Apakah Stem Sel Dewasa

Apakah Stem Sel Dewasa
Apakah Stem Sel Dewasa. Setakat ini hanya ada tiga tempat untuk mengambil stem sel yang popular di dunia iaitu dari Embrio, Plasenta dan dari Tulang Sum-Sum. Stem Sel Embrio diambil sewaktu janin itu masih di peringkat Blastula, sel yang awal sebelum janin menjadi lengkap sempurna, baru berusia 3 hingga 5 hari. Perbuatan ini sangat ditentang oleh masyarakat antarabangsa kerana tidak berperikemanusiaan, zalim dan dikira membunuh.
 
Manakala Stem Sel Plasenta diambil dari lapisan uri mamalia yang baru lahir, samada dari manusia atau binatang. Dalam kedua-dua  kaedah Embrio dan Plasenta, walaupun stem sel itu "kosong" tetapi masih ada tindakbalas penolakan dari tubuh yang berlainan, ini tidak berlaku pada stem sel dewasa kerana ia diambil dari tubuh yang sama. Walau bagaimanapun semuanya memerlukan kos yang tinggi, kira-kira 2 hingga 5 ribu USD untuk sekali suntikan, lagipun ia sangat tidak sesuai untuk umat islam.
 
Stem Sel Dewasa memang sudah ada di dalam tubuh kita semasa kita dilahirkan. Ia berterusan dikeluarkan  secara semulajadi sepanjang hayat. Cara yang popular masa kini untuk mendapatkanya ialah menarik keluar dari sum-sum tulang, proses ini sangat menyakitkan. Kajian terbaru menunjukan stem sel dewasa tidak ada beza dari segi keupayaan dengan Stem Sel Embrio dan stem sel Plasenta cuma tempat sahaja yang berbeza. Malangnya pengeluaran stem sel dewasa akan menurun atas faktor umur dan sebagainya. 
 

No comments:

Post a Comment